Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mertuanya, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.50 pagi Selasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan oleh Shahirah menerusi entri terkini di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada mak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM.

“Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Dato Rahman. Al Fatihah,” tulisnya.

Perkara sama turut dikongsikan oleh suaminya yang juga pelakon dan anak kepada seniwati, Datin Maria Arshad, Ijoy Azari.

“Semoga Ditempatkan Bersama Orang Beriman,” – Bapa Pelakon Ijoy Azhari Meninggal Dunia

IKLAN

Arwah bapa mertua Shahirah difahamkan telah selamat dikebumikan pada hari yang sama.

Kesemua mereka yang terlibat dalam proses pengurusan jenazah dilihat lengkap mengenakan suit personal protective equipment (PPE).

“Semoga Ditempatkan Bersama Orang Beriman,” – Bapa Pelakon Ijoy Azhari Meninggal Dunia “Semoga Ditempatkan Bersama Orang Beriman,” – Bapa Pelakon Ijoy Azhari Meninggal Dunia

IKLAN

Bagaimanapun, punca sebenar kematian Allahyarham Datuk Abd. Rahman masih lagi belum dikongsikan kepada umum.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Salam takziah buat Datin, Kakak dan Abg Ijoy sekeluarga.

IKLAN

“Innalillahiwainnailaihirojiun semoga rohnya dicucuri RahmatNya Dan ditempatkan bersama para solehin.

“Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Salam takziah untuk akak sekeluarga yer.

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahirah & Ijoy Azhari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI