Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan khabar duka berhubung perihal neneknya yang telah kembali ke rahmatullah.
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini telah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
Di samping menzahirkan rasa sayu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah tidak menyangka hari yang tidak diduga akhirnya telah tiba.
Akuinya lagi, dia juga turut berasa takut dengan kehilangan dan pemergiaan nenek tercinta ke negeri abadi buat selama-lamanya.
Ads
“Losing a loved one is tough and now I am not able to recover from this and consistently miss her and fall into tears. Hopefully the pain and grief will pass. Miss na kita lola,
“P/s: setiap kali tengok nenek mesti nangis kenapa? Sbb saya selalu takut kalau2 kehilangan dia. Tapi nda sangka kemarin hari yang saya takut betul2 tiba sekarang saya tiada nenek sudah..,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan nenek kepada bintang berusia 28 tahun itu pernah jatuh sakit dan dimasukkan ke Queen Elizabeth Hospital, Sabah, sekitar tiga tahun lalu.
Sedar sepotong video pendek nyanyiannya menjadi tular di media sosial, penyanyi terkenal Ning Baizura menyifatkan tindakan menularkan klip berkenaan tidak munasabah selain menganggap ia seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan reputasinya.
Menerusi video tersebut, memaparkan Ning, 46, atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu hitsnya, Awan Terpilu dengan baik di dalam sebuah persembahan, baru-baru ini.
“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert.
“Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah. Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir.
“Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.
“Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Terpilu ini.
“Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.
“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.
Ning menambah, ada banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu tapi tidak ditularkan.
“Saya mahu meggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan.
“Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif, kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh.
“Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluamg macam tu. Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya menarik minat jutaan penonton dari dalam dan luar negara menerusi drama Melur Untuk Firdaus, spekulasi mengenai hubungan cinta diantara pasangan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling kini hangat diperkatakan.
Ia susulan selepas kedua-dua pelakon ini dilihat sering kali memuat naik gambar-gambar bersama dan saling berbalas hantaran-hantaran mesra di media sosial.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, memberitahu, perkongsian-perkongsian tersebut hanyalah sebagai salah satu bentuk mempromosikan drama terbarunya itu.
“Saya dan Anna sebenarnya sudah berbincang mengenai perkara ini sejak sebelum masuk ke set penggambaran lagi.
“Kami mencapai kata sepakat mengenai apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.
“Apa yang kami kongsikan di media sosial sebenarnya banyak memberi impak kepada drama itu sendiri sehingga menjadikannya sebagai salah sebuah drama popular ketika ini.
“Saya dan Anna tiada apa-apa hubungan yang serius pun,” katanya kepada MH.
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengenalan duta baharu air mineral Spritzer yang berlangsung di Sunway Pyramid pada Khamis.
Meskipun drama ini telah melonjakkan namanya, namun, Meerqeen menegaskan dia tidak mahu dibuai mimpi yang akhirnya akan merugikan dirinya dikemudian hari.
“Saya sendiri tak tahu nak ungkapkan perasaannya bagaimana. Pada mulanya saya merasakan drama ini akan ‘meletup’ tapi buat penonton di Malaysia sahaja.
“Namun, saya pun tak sangka drama ini juga mendapat sambutan luar biasa di luar negara.
“Saya gembira dengan pencapaian ini tapi saya tidak mahu lalai dan akhirnya nanti terjerumus dalam sikap bangga diri. Akhirnya yang malunya nanti saya. Saya takut saya lupa diri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Menunggu ini juga menyatakan rasa terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peminat yang tidak putus-putus menyokongnya selama drama ini berlansung.
“Saya tak pernah merasai pengalaman seperti ini lebih-lebih lagi apabila peminat di negara seberang juga sedar dengan kehadiran saya. Sokongan yang mereka tunjukkan pun sangat gila-gila dan saya hargainya.
“Saya rasa momen paling sweet bila peminat Indonesia berusaha dan bersusah payah datang ke Malaysia untuk berjumpa saya. Saya sendiri tak tahu tapi pihak pengurusan yang temukan saya denga mereka di progam Jom Heboh.
“Saya luangkan masa dengan mereka pada hari tersebut. Mereka dah berkorban masa semata-mata untuk saya. Saya bertemu dan beramah mesra lebih dekat pada hari tersebut.
“Saya harap berjumpaan itu memberi makna dan menjadikan perjalanan mereka berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, dalam acara tersebut Meerqeen telah dilantik sebagai ikon terbaru produk air mineral, Spritzer bersama tiga lagi selebriti lain iaitu Ayda Jebat, Cik Manggis dan Jojo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengakui dia banyak mempunyai koleksi ‘bling-bling’, hingga sanggup membeli sebotol Fendace Logo Travel Cup yang mencecah harga kira-kira RM7,000.
Perkara tersebut dimaklumkan Vida selepas ditanya rakannya yang juga penerbit, Michael Ang ketika berkunjung ke kediamannya.
“You grabbed ni untuk apa?,” tanya Michael.
“I punya collection. I banyak collection ‘bling-bling’. Motifnya i like this.
“Tayang apa? Aku dah beli lima bulan. Aku tak tayang pun. Kau yang nak tengok tadi kan,” jawab Vida selepas diusik Michael.
Vida juga mendedahkan, model berkenaan hanya ada satu unit sahaja di Malaysia.
“Beli ni je (Pamoga). Tumbler ni forget it, buang duit faham? Sekarang zaman ekonomi kegawatan. Beli ni je. Sihat lagi penting daripada untuk glamor ya,” kata Michael.
Video usik mengusik mereka sehingga kini sudah pun ditonton lebih 65,000 kali dan rata-rata wargamaya geli hati melihat celoteh keduanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.