Penyanyi, Ning Baizura menyifatkan insiden video viral yang melibatkan dirinya baru-baru ini secara tidak langsung telah menaikkan kembali popularitinya.

Lantaran itu, dia berterima kasih khususnya buat golongan remaja yang menyebarkan video tersebut meskipun nyanyiannya itu menerima reaksi pelbagai daripada warganet.

“Mampukah Anda Bertahan Selama 30 Tahun?,” – Video Viral, Ning Baizura Jemput BBNU Tengok Show Penuh “Mampukah Anda Bertahan Selama 30 Tahun?,” – Video Viral, Ning Baizura Jemput BBNU Tengok Show Penuh

“Kepada BBNU dan budak-budak yang tahu kutuk akak je, buat macam-macam video nak naikkan diri sendiri, terima kasih akak ucapkan.

“Alhamdulillah, dapat lebih banyak fans dan followers semalam dan hari ini,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

Malah, dia juga mencabar mana-mana pihak untuk menyaingi kerjaya nyanyiannya yang kini sudah pun bertahan lebih tiga dekad.

IKLAN

“Mampukah Anda Bertahan Selama 30 Tahun?,” – Video Viral, Ning Baizura Jemput BBNU Tengok Show Penuh “Mampukah Anda Bertahan Selama 30 Tahun?,” – Video Viral, Ning Baizura Jemput BBNU Tengok Show Penuh

Pada masa sama, Ning turut menjemput mereka untuk menonton persembahannya secara penuh dan menilai sendiri kualiti nyanyiannya itu.

“Soalannya, mampukah anda bertahan selama 30 tahun? Waallahwaallam. Tak puas hati datang tengok sendiri show atau concert kakak ya. Setakat nak kutuk dan nak cari kelemahan orang, sesiapa pun boleh buat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ning turut menyifatkan tindakan seperti ini adalah bemotifkan dengki dan cuba berbuat khianat terhadap nama baiknya.

IKLAN

“Orang macam ni namanya oppurtunist. Yang suke cut and paste. Penakut actually bukan pengikut. Hmmmmph Allah saja yang tahu kan.

“Alhamdulillah saya masih bertenaga, berupaya, sihat, cantek, bahagia, dan masih bergelar Ning Baizura.

“Aminnn Thank you for making me stronger. I love it,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Mampukah Anda Bertahan Selama 30 Tahun?,” – Video Viral, Ning Baizura Jemput BBNU Tengok Show Penuh

Beberapa hari lalu, tular sepotong video pendek yang memaparkan persembahan Ning sewaktu menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu.

Video tersebut menerima kritikan ramai selepas ada yang mengatakan nyanyiannya sumbang meskipun menyanyikan lagu sendiri.

Disebabkan insiden tersebut, pengikut Ning dikatakan menaik secara mendadak di aplikasi Instagram dan Tik Tok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Ning Baizura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI