Tidak dinafikan, single Casablanca yang dinyanyikan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun lalu terus menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tanah air hingga mencetuskan sensasi di media sosial.
Di aplikasi TikTok dan Instagram misalnya, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie ini menjadi fenomena apabila ia kerap dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial.
Malah, muzik video rasmi Casablanca yang dimuat naik di saluran YouTube Masyhur sudah mencecah lebih 5 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.
Begitu juga di aplikasi TikTok, lagu ini mencecah tontonan #casablancachallenge mencecah 15 juta tontonan setakat ini.
Pada masa sama, Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesia dan juga menduduki tempat ketiga belas di Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify.
Selain itu, ia berada di kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits sementara menerusi aplikasi Apple MusicTop 100, Casablanca menduduki tempat kedua.
Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng dan Pengarah Urusan BeeGood Music Encik Amir berkata, mereka berbangga dengan pencapaian yang diraih sekaligus menjadikan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media sebagai syarikat rakaman pertama yang berada di tangga teratas carta ‘Spotify Viral’ di Indonesia.
Ads
“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau di mana juga berada kerana mendengar dan menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena yag luar biasa,” katanya.
Malah, resipi itu dilihat sangat sesuai buat mereka yang ada ‘crush’ atau yang sedang dalam percintaan. Disebabkan itu, Casablanca yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu itu berjaya diterima baik dan dekat di hati peminat.
Bagi Nuha, dia tidak menjangka lagu Casablanca mendapat tempat yang hebat dalam kalangan peminat di Indonesia.
Ads
“Perasaan saya sangat terkejut sebab tak jangka lagu itu sudah sampai ke tahap ini, dan dalam masa sama saya teruja dengan projek yang akan datang. Pendek kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.
“Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja dari peminat tanah air tapi juga daripada Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali Nuha amat bersyukur dengan sokongan berterusan daripada peminat.
Sementara itu, Naufal bersyukur dengan sambutan diberikan selain tidak pernah menjangka lagu tersebut boleh mencetuskan fenomena luar biasa. Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja.
Ads
“Kami sudah buat yang terbaik, dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah tuhan beri kami rezeki yang tidak dijangka. Terima kasih Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Ditanya mengenai respons peminat terhadap kerjayanya, menurut Naufal dia sudah mula diikuti peminat baharu.
“Sebelum ini ramai juga yang ‘unfollow’ ataupun menjauhkan diri daripada saya. Tapi Alhamdulillah, selepas keluar lagu Casablanca, ‘follower’ yang baru hadir.
“Insya-Allah, saya akan menjaga semua yang ada dengan saya dari dulu hingga kini. Tidak lupa juga kepada semua yang baru mengenali saya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi foto suami, Haris Ismail atau PU Riz yang sedang bergurau senda dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Video pendek itu dikongsikan pemenang Dewi Remaja 2010 menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Malah, ia turut dikongsikan Neelofa di dalam TikTok dan setakat ini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka selain ditonton jutaan kali.
“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dgn keluarga, travel & of cos berniaga,” tulis Neelofa di dalam video sama.
Bagaimanapun, akses ruangan komen tidak dibuka oleh belas hos program MeleTOP ini.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz yang juga pendakwah bebas itu pada 27 Mac 2021 seterusnya menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu.
Sejak dilahirkan ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh Bilal, namun Neelofa memilih untuk menutup muka anaknya itu jika memuat naik gambar di media sosial sebelum ini.
Malah sebab dia mengambil keputusan sedemikian juga telah diperjelaskan sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Azharina atau nama sebenarnya, Azharina Binti Azhar telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai hijab di akaun Instagram miliknya.
“Asalamualaikum semua . Apa kabar harine ? Jgn lupa ya dapatkan ticket konsert nina yang hampir 550 seats suda terjual. Alhamdulilah terima kasih manager nina @jojieaminuddin dan abg @syahrizal.ismail tuk semua ini . Queen of Soul … coming soon”tulisnya.
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon senior kini dipandang sebelah mata.
Malah, ia turut terkait dengan isu bayaran dan kurang mendapat tawaran daripada mana-mana pihak produksi.
Amyza ditemui di PWTC pada Rabu berkata, industri hiburan tempatan kini lazimnya menilai bakat menerusi bilangan pengikut (followers) di Instagram.
Ia sekali gus menjadikan pelakon senior kurang mendapat perhatian.
“Ini adalah realiti di zaman teknologi yang serba canggih seperti adanya media sosial.
“Sejak bila pula bakat seseorang artis itu dinilai mengikut followers? Saya sangat sedih apabila isu ini timbul.
“Kalau dahulu, pelakon-pelakon dikenali menerusi bakat mereka, sekali gus naskhah yang mereka lakonkan meletop juga,” kata Amyza kepada MH.
Dalam pada itu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019 ini juga mahu setiap bakat anak seni itu dipandang sama rata.
“Kalau melibatkan drama, lebihkan kepada bakat seseorang anak seni itu, bukannya followers di IG.
“Apabila bercakap mengenai kerja pula, tolong beri tumpuan sepenuhnya dan kategorikan antara bakat dan followers.
“Artis pertengahan umur (middle age) seperti saya ini atau yang seangkatan kini kurang diterima lagi kerana faktor usia,” ujarnya.
Terdahulu, pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan agar tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek untuk kelihatan tua bagi memegang watak veteran dalam drama atau telefilem mulai tahun depan.
Peraturan itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran dan sekali gus, ia memberi reaksi yang pelbagai.
Foto: Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sweet Qismina menegur sikap segelintir warganet yang lantang menyokong kempen anti buli terhadap insiden menyayat hati yang menimpa arwah Zara Qairina.
Tetapi dalam masa...