Baru-baru ini tular video di media sosial mengenai video tular yang merakamkan tindakan melampau yang dilakukan seorang wanita terhadap budak dipercayai anak angkatnya.

Usahawan yang kini menetap di Australia, Sajat Kamaruzzaman, 37, mengakui dia pantang sekiranya mendengar kisah penderaan melibatkan kanak-kanak.

Meski tidak menyatakan nama, namun status di Insta Stories Sajat dipercayai berkaitan dengan kes yang diperkatakan baru-baru ini.

“Budak Itu Bukan Lawan Kau!” – Sajat Tak Suka, Terkesan Isu Melibatkan Kanak-Kanak “Budak Itu Bukan Lawan Kau!” – Sajat Tak Suka, Terkesan Isu Melibatkan Kanak-Kanak

Malah secara bersahaja dan berseloroh, Sajat berkata dia ‘sanggup pulang’ ke Malaysia sekiranya ada pihak menyuruh dia berbuat sesuatu ke atas pendera terbabit.

IKLAN

“Aku kalau tiba ada yang kata; kau settle budak perempuan ni, aku balik sekarang (balik ke Malaysia).

“Budak itu bukan lawan kau! Meh (mari) bergasak dengan aku, baru kau ada akal. Ngok ngek punya perempuan berambut pink.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)

IKLAN

“Budak Itu Bukan Lawan Kau!” – Sajat Tak Suka, Terkesan Isu Melibatkan Kanak-Kanak

“Macam tidak ada otak. Kalau aku dapat yang dera anak kecil tu memang aku silat-silat kat bahagian perut dia,” katanya menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Sajat juga mempunyai dua orang anak angkat, Syahmi dan Syaza yang dibelanya sejak kecil.

IKLAN

Terdahulu, video seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipukul menggunakan penyapu menjadi tular pada Jumaat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI