Pengasas kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa sebagai Madammu selamat menjalani prosedur membuang tiub fallopio yang membengkak sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Isnin.

Menurut Madammu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan secepat mungkin susulan bengkak pada saluran tiub dan ia menyukarkan proses pemindahan embrio bagi tujuan IVF.

“Hari ini 18/7/2022, Isnin 10:00am Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga.

“Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo,” tulisnya menerusi Diari Madammu.

IKLAN

Meski banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha memiliki zuriat, namun dia percaya dengan aturan Yang Maha Esa dan bersyukur apa adanya.

Ahli perniagaan ini juga bersangka baik, setiap apa yang dilalui hari ini pasti ada hikmah.

Sementara itu menerusi aplikasi Tik Tok, Madammu reda dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

IKLAN

“Jika ini adalah ujian untuk mendapatkan seorang cahaya mata, Madammu reda. Ya Allah permudahkanlah urusan Madammu,” tulisnya.

Dia pada masa sama memberikan dedikasi atas pengorbanan suami dan anak-anak yang sentiasa berada di sisi.

IKLAN

Eriyca sebelum ini menerusi MH mengakui dia dah suami mulai ikhtiar untuk memiliki cahaya mata mengenangkan tiga anak mereka kini kian menginjak dewasa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/L2UmDyRCSqY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI