Pempengaruh Haqiem Stopa mengakui kesilapannya kerana memandu tanpa lesen selepas tular gambar seorang lelaki ditahan polis dan surat saman di laman sosial, kelmarin.
Meski foto berkenaan dikaburkan pada bahagian wajah, namun rata-rata netizen meneka ia ialah ‘influencer’ berusia 22 tahun itu.
Meski mengakui dia ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya terbabit, Haqiem menerusi laporan Harian Metro menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal.
Sebaliknya, dia ditahan ketika memandu kereta dan hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen.
“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh. Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.
“Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Haqiem bagaimanapun kesal apabila gambar dengan notis saman yang tertera butiran peribadinya ditularkan.
Ads
“Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu. Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.
“Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.
“Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan,” katanya.
Dia turut menambah, hanya adik-beradiknya tahu mengenai kes berkenaan setakat kelmarin kerana dia cuba merahsiakan hal itu daripada ibu bapanya.
Ads
“Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jenayah berat seperti dadah. Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.
“Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti. Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana,” katanya lagi.
Berhubung statusnya sebagai ikon permotoran yang sering dipertikai netizen, Haqiem mengulas diasudah banyak kali dia menjelaskan kekeliruan ramai dalam hal itu.
“Banyak kali sudah saya beritahu yang gelaran itu bukan dapat secara rasmi tetapi orang tak faham
Ads
“Apa boleh buat, cuma saya berharap netizen dapatkan berita betul sebelum percaya bulat-bulat kerana kesilapan penyampaian cerita boleh rosakkan reputasi seseorang,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan berita mengenai seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fadzil Zahari menerusi laman Instagram miliknya.
Foto yang telah disunting itu memaparkan Fadzil bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin sedang berendam di dalam sebuah besen berisi air.
“Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri,” tulisnya.
Lantaran itu, foto tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak malah ada juga yang mendakwa Fadzil seperti mahu mempersenda rakan artis, Nonny Nadhirah yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi gara-gara foto berendamnya di Instagram.
“Kesian Nonny maybe gambar dia tu semua superimpose je. Didoakan semoga dia tabah dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang individu.
“Benda tak lawak bro. Padam la,” ujar seorang pengguna Instagram.
“Kalau Nonny tengok mesti dia delete dia punya IG,” respon seorang individu.
Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Fadzil dilihat ada memberikan reaksi balasnya berhubung dakwaan tersebut di ruangan komen.
Jelasnya, foto tersebut bukanlah bertujuan untuk mengaibkan malah dia juga tidak menyebut nama mana-mana pihak.
“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesiapa pun dalam gambar ni.
“Takda nama sesiapa pun kat sini,” jelasnya lagi.
Respon tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada netizen.
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah sering kali menjadi perhatian selepas beberapa foto seksi yang melibatkan bekas bintang Akedemi Fantasia musim ke-5 ini tular di media sosial.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung isu perubahan drastik itu.
Malah, rakan-rakan artis juga turut menzahirkan rasa khuatir selain turut berharap agar Nonny berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Instagram Fadzil Zahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penghibur, Datuk M Daud Kilau mencari pengganti kepada sesiapa yang berminat dan berkebolehan bagi menggantikan tempatnya sebagai Raja Gelek.
Penghibur berusia 83 tahun itu turut menawarkan koleksi baju yang pernah digunakan ketika membuat persembahan secara percuma.
Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu tahu untuk ‘bergelek’, bagi menggantikan tempatnya sebagai penghibur.
“Saya nak cari pengganti. Jika sesiapa nak gantikan tempat saya sebagai Raja Gelek, ambillah pakaian persembahan pentas yang saya simpan ini secara percuma.
“Ada 99 helai, saya nak bagi terus tetapi perlu ikut penampilan dan gaya saya iaitu mesti tahu bergelek semasa menyanyi.
“Kalau nak jadi pengganti saya, silalah datang jumpa datang saya tapi mestilah peminat Daud Kilau, minat lagu-lagu saya. Nak bergelek saya boleh ajarkan,” katanya menerusi laporan Utusan Malasia.
Ditemui di kediamannya di Sungai Balai Baru, beliau yang terkenal dengan lagu ‘Cek Mek Molek’ dan ‘Gila Judi’ menjelaskan, dirinya cukup sayang akan koleksi bajunya itu.
Malah, pernah menolak tawaran pihak yang mahu sewa kerana tidak mahu memberikannya kepada sembarangan orang.
“Daripada baju ini terbiar dalam simpanan saya, lebih baik saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan tempat saya sebagai Raja Gelek,” katanya lagi.
Bercakap mengenai keadaan kesihatannya pula, Daud Kilau menjelaskan, beliau kini semakin sihat dan sudah boleh berjalan, menunaikan solat serta makan seperti biasa namun tetap dengan keputusan untuk meninggalkan terus dunia nyanyian.
“Saya tak akan naik pentas lagi, tak akan buat persembahan walaupun jika ada tawaran. Saya nak menetap di kampung dan buat amal ibadah,” katanya.
Sebelum ini, kesihatan penyanyi veteran itu merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas.
Daud Kilau sebelum ini lebih banyak berbaring di rumahnya di sini dan pada 12 November lalu, beliau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan akibat sesak nafas.
Sumber, Foto : Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) telah disandang lagu Di Matamu dari Sufian Suhaimi.
Pelbagai reaksi diterima menerusi persembahan Sufian yang mengambil elemen pelaminan lalu mendapat tepukan gemuruh penonton yang memenuhi stadium di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Malah, menerusi media sosial rata-ratanya turut meninggalkan komen pada persembahannya termasuk selebriti, Elfira Loy.
Katanya seperti yang diambil menerusi Twitter, pelakon dan ushawan itu mendoakan agar penyanyi terbabit menang pada acara anugerah berprestij itu.
“Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang harini . Semoga dengan kemenangan awak, “derita“ & penceritaan awak akan habis,” tulisnya.
Melihat, di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap tweet Elfira.
Buat pengetahuan, Elfira bersama suaminya kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah.
Sumber: Twitter Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan rakan pelakon, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya,...