Penyanyi Elyana meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya telah melarikan diri sejak dua minggu lalu.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumah berasal dari Lombok, Indonesia itu akan bertindak sedemikian memandangkan perwatakannya yang kelihatan baik dan sentiasa bertelekung di rumah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elyana percaya pembantu rumah yang dikenali sebagai Isniwati itu mungkin sudah berada di luar kawasan Kuala Lumpur pada ketika ini.
“Saya terima dia bekerja dengan cara yang sangat baik… tapi dia pergi dengan cara yang sangat tidak baik.
Ads
“Dekat rumah bertelekung, sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana.
Dalam perkongsian itu juga, penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan pembantu rumah berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam pada waktu malam.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Seri Nur Heliza Helmi memaklumkan dia sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Heliza berkongsi khabar berita itu bersama lampiran foto sebelum berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Di dalam titipannya, Heliza sekeluarga memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan yang pernah dilakukan.
Selain itu, penyanyi berusia 36 tahun ini juga memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.,
“Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik. Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalakalah.
“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah, aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.
“Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.
“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf.
“Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah menyeru kepada semua pihak agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya untuk mempromosikan produk makanan tambahan.
Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, dia sememangnya agak risau bila melihatkan ramai yang seakan-akan percaya terhadap taktik penipuan tersebut.
“Ada juga yang percaya suruh PM. Facebook ni janganlah percaya sangat. Banyak betul fake account,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Sa Balik Baju itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia juga sebenarnya sudah lama tidak kembali aktif di akaun Facebook miliknya itu.
“Mira ada je Facebook tapi tak aktif pun. So jangan percaya okay. Risau nanti kena tipu ke apa ke.
“Eyy, statement scammer ni, cubit kang,” kongsinya lagi.
Selain Mira, foto suami serta anaknya juga turut digunakan sebagai salah satu taktik tipu helah untuk memperdayakan orang ramai.
Malah, akaun tersebut turut memalsukan kisah kehamilan Mira agar posting berkenaan kelihatan lebih nyata.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu ada mana-mana pihak yang menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggung jawab ini.
Dalam perkembangan lain, Mira kini sedang berehat seketika daripada kerjayanya seninya bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap anaknya yang baru lahir pada tanggal 10 Mei lalu.
Sekadar informasi, Mira dan suami, Wan Emir Astar telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia lakonan, aktres jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya masih lagi belum menemui watak yang mampu memberikan kepuasan terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Lantaran itu, Nora memaklumkan dirinya masih lagi belum bercadang untuk bersara dalam masa yang terdekat.
“Sebenarnya, sejak daripada awal penglibatan saya di dalam dunia seni ini, saya memang tak terfikir untuk berlakon selamanya sehingga dimamah usia. Saya ada sasaran saya sendiri.
“Walaupun sudah meniti usia 40 tahun, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang belum saya kecapi. Ada lagi cita-cita yang saya idamkan. Saya memang sangat sukakan watak ‘hopeless romantic’.
“Kalau orang tanya, watak apa yang saya belum dapat, jawapan saya tetap love story. Saya belum dapat watak yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Jadi, untuk bersara itu, mungkin belum lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon yang menempa nama menerusi sitkom Puteri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milik pelakon, Nabila Huda yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.
Nora turut menambah, dia juga memasang impian untuk memiliki rumah produksi sendiri satu hari nanti.
“Kalau nak beralih ke fasa seterusnya, saya akan teruskan juga dalam bidang industri seni ini kerana ini merupakan minat saya.
“Saya memasang impian untuk membuka sebuah rumah produksi. Saya mahu beri fokus pada bidang penerbitan dan pengarahan,” jelasnya lagi.
Nora turut menambah, antara individu yang memberikannya inspirasi untuk beralih ke bidang belakang tabir ini ialah rakan selebriti iaitu Janna Nick.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, sepanjang berlakon dibawah arahan Janna, dia amat terpegun dengan komitmen dan cara kerja yang ditunjukkan oleh rakan sangkatannya itu.
“Saya sangat kagum dengan Janna Nick. Saya baru sahaja selesai penggambaran dengan dia untuk sebuah karya seram. Saya kagum melihat cara dia mengarah.
“Saya terkejut sebab caranya macam dah berpengalaman. Dia ada karisma dan hala tuju yang tersendiri. Saya sangat terpegun.
“Saya ada bertanya kepada Janna, apa pengalamannya sebelum ini? Ada masuk kelas mengarah ke? Dia kata tiada dan semua itu hadir kerana minat.
“Kalau dia boleh, maknanya saya pun boleh. Dia memberi inspirasi kepada saya walaupun usianya masih muda. Saya in love la dengan cara kerja dia,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem terbaru lakonan Nora yang berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin kini sedang ditayangkan di saluran Astro First.
Selain Nora, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya MK, Ropi, Yassin Senario dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nora Danish & Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.