Isu seramai 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mendakwa telah ditipu sebuah agensi pelancongan turut menarik perhatian pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, mengakui kecewa dengan perkara tersebut dan turut bersedih kerana bukan mudah untuk menyimpan duit berpuluh ribu bagi melaksanakan rukun Islam kelima itu.

“Allahuakbar… marah dan sedihnya. Bukan semua orang hidup senang.

“Ada yang berpuluh tahun kumpul duit nak pergi Haji,” tulis Mira menerusi Insta Story.

Luah Mira, dia sedih apabila perkara itu berlaku terhadap bakal jemaah ke Tanah Suci.

“Ada Makcik Pakcik Guna Duit Simpanan Atau Pencen Berpuluh Tahun Untuk Pergi Haji,” – Mira Filzah Ralat & Kecewa

 

IKLAN

 

“Ada Makcik Pakcik Guna Duit Simpanan Atau Pencen Berpuluh Tahun Untuk Pergi Haji,” – Mira Filzah Ralat & Kecewa

 

“Ada makcik dan pakcik guna duit simpanan atau pencen yang dah berpuluh tahun untuk pergi Haji.

“Ada agensi boleh tipu? Tak ingat Tuhan ke orang ni? Allahuakbar,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sebelum ini, media melaporkan hasrat seramai 380 jemaah haji tidak kesampaian apabila terkandas di KLIA malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

“Ada Makcik Pakcik Guna Duit Simpanan Atau Pencen Berpuluh Tahun Untuk Pergi Haji,” – Mira Filzah Ralat & Kecewa

Difahamkan, kesemua bakal jemaah yang berasal dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak terbabit gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

IKLAN

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

“Ada Makcik Pakcik Guna Duit Simpanan Atau Pencen Berpuluh Tahun Untuk Pergi Haji,” – Mira Filzah Ralat & Kecewa “Ada Makcik Pakcik Guna Duit Simpanan Atau Pencen Berpuluh Tahun Untuk Pergi Haji,” – Mira Filzah Ralat & Kecewa

Foto: Instagram Mira Filzah

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI