Memasuki minggu kedua tayangan, filem lokal yang mencetuskan fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencatatkan jumlah kutipan yang membanggakan apabila berjaya mencecah sebanyak RM53 juta.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur di atas sambutan hangat yang diterima daripada seluruh peminat filem tempatan.

“Setakat Ini RM53 Juta. Luar Biasa Guys, Kuasa Allah,” – Syamsul Yusof“Setakat Ini RM53 Juta. Luar Biasa Guys, Kuasa Allah,” – Syamsul Yusof

“Nak buat video ni untuk cakap terima kasih banyak kepada korang yang banyak DM (mesej) saya. Tak dapat buka satu-satu. Tapi saya sangat hargai.

“Filem Mat Kilau hari ni yang ke-13 tayangan. Still showing, still going strong. Setakat ni RM53 juta. Luar biasa guys, kuasa Allah.

IKLAN

“Walaupun hari kerja, still penuh sehingga ke hari ini. Thank you so much guys.

“Filem Malaysia boleh pergi jauh. Allah is the greatest. I love you guys,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

IKLAN

“Setakat Ini RM53 Juta. Luar Biasa Guys, Kuasa Allah,” – Syamsul Yusof “Setakat Ini RM53 Juta. Luar Biasa Guys, Kuasa Allah,” – Syamsul Yusof

Untuk rekod, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan Studio Kembara Sdn. Bhd. menelan kos produksi sebanyak RM8 juta.

IKLAN

Filem epik ini mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau serta rakan-rakannya dalam menentang penjajahan British pada era 1890-an.

Naskhah ini dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian, Ali Karimi, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Ellie Suriaty, Mubarak Majid, Farah Ahmad dan Zarina Zainordin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto:  Instagram Syamsul Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI