Pelakon Ruhainies tidak menafikan keluarga antara menjadi sebab utama dirinya terus bekerja keras sepanjang tujuh tahun menceburkan diri dalam bidang seni.

Genap 30 tahun pada 27 Julai depan, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut berazam untuk terus membahagiakan kedua orang tuanya.

“Saya Dah Berjanji Dengan Diri Sendiri,” – Ruhainies Nak Terus Tabur Bakti Buat Famili, Puas Hati Hantar Mak Abah Pergi haji “Saya Dah Berjanji Dengan Diri Sendiri,” – Ruhainies Nak Terus Tabur Bakti Buat Famili, Puas Hati Hantar Mak Abah Pergi haji “Saya Dah Berjanji Dengan Diri Sendiri,” – Ruhainies Nak Terus Tabur Bakti Buat Famili, Puas Hati Hantar Mak Abah Pergi haji

“Saya seorang yang rapat dengan keluarga. Ke mana saya pergi, ahli keluarga pasti ada menemani. Sepanjang 30 tahun saya hidup, pastinya pernah melalui zaman susah. Saya percaya setiap orang pun ada zaman jatuh naik bersama keluarga.

“Saya dah berjanji dengan diri sendiri, jika ibu ayah memerlukan saya bila-bila masa misalnya, pasti saya kena ada untuk mereka, tak kiralah dari segi sokongan moral atau kewangan.

“Sebab itu saya bekerja keras kerana tanggungjawab itu ada pada saya. Tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni, saya memang fokus untuk mencari rezeki kerana saya mahu membantu.

IKLAN

“Mana tahu jika ada situasi yang tidak mengizinkan berlaku, saya ada untuk mereka. Saya tak boleh banyak rehat sangat, biarlah saya bekerja kuat kerana jika ada apa-apa yang terjadi kepada keluarga, saya ada, Insya-Allah,” katanya.

Ruhainies ditemui di majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan oleh kelab peminatnya di Riyaaz Event Space, Puchong pada Isnin.

Bersempena dengan hari jadinya juga, pelakon filem Musyrik : Api Neraka Menantimu! ini berhasrat untuk terus membahagiakan keluarganya.

IKLAN

“Saya Dah Berjanji Dengan Diri Sendiri,” – Ruhainies Nak Terus Tabur Bakti Buat Famili, Puas Hati Hantar Mak Abah Pergi haji “Saya Dah Berjanji Dengan Diri Sendiri,” – Ruhainies Nak Terus Tabur Bakti Buat Famili, Puas Hati Hantar Mak Abah Pergi haji

“Saya Dah Berjanji Dengan Diri Sendiri,” – Ruhainies Nak Terus Tabur Bakti Buat Famili, Puas Hati Hantar Mak Abah Pergi haji

“Sempena hari jadi, saya mahu terus membuatkan keluarga saya gembira, terutamanya ibu bapa saya. Saya masih ingat sewaktu awal bekerja, ibu dan ayah saya berhasrat nak menunaikan haji. Jadi saya kerja keras untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

IKLAN

“Mereka teringin sangat dan saya bersyukur dapat menunaikan impian mereka untuk ke sana pada 2019. Biarpun saya tak pergi, saya rasa itu kepuasan utama saya.

“Rasa gembira itu sangat berbeza dan selepas itu, alhamdulillah rezeki saya semakin murah,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI