Nama aktor popular Indonesia, Randy Pangalila sememangnya bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana pernah membintangi beberapa drama bersiri di Malaysia

Bakal membintangi filem terbaru, Perjalanan Pertama, aktor berkenaan mengakui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia.

“Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia “Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia “Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia

“Sejujurnya saya cukup merindui untuk berlakon di Malaysia, malah sudah ada perbincangan untuk menghasilkan beberapa projek di sana (Malaysia) seperti Gantung The Series musim kedua.

“Cuma, semuanya terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dalam keadaan yang semakin pulih ini, saya harap apa yang tergendala akan dapat diteruskan,” ujarnya.

Menurut Randy, berpeluang dapat berlakon di Malaysia juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, sehingga melonjakkan namanya dalam kalangan peminat di sini.

IKLAN

Selain Gantung The Series, antara drama Malaysia lain yang dia turut terlibat adalah seperti Dalam Hati Ada Taman (2012), Benci vs Cinta (2013) dan Urusan Hati Cik Drama Queen (2017).

“Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia “Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia

Dalam pada itu, mengenai pembabitannya dalam filem Perjalanan Pertama, Randy memberitahu ia adalah satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon hebat Malaysia seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

IKLAN

Katanya lagi, biarpun peranannya dalam filem berkenaan tidak besar, tetapi dia tertarik menerima tawaran yang diberikan kerana mesej yang disampaikan menerusi filem arahan Arief Malinmudo itu.

“Sebaik membaca skrip filem ini, saya lantas tertarik dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan, berkisar tentang hubungan antara datuk dan cucu yang jarang dipertontonkan.

“Soal filem ini berbajet besar atau tidak, watak kecil atau sebaliknya… apa yang lebih penting mesej dalam penceritaannya itu,” ujarnya yang memegang watak sebagai Mukhtar.

IKLAN

“Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia “Harap Apa Yang Tergendala Dapat Diteruskan,” – Teruja Berlakon Dengan Datuk Ahmad Tarmimi, Randy Pangalila Rindu Nak Berlakon Di Malaysia

Selain Randy dan Ahmad Tamimi, filem Perjalanan Pertama turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan Gilang Dirga.

Diterbitkan menerusi usahasama syarikat D’Ayu Pictures (Malaysia) dan Mahakarya Pictures (Indonesia), ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Ogos ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Randy Pangalila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI