Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan yang mengatakan dia kini seakan terdesak untuk memulakan perhubungan yang lebih serius bersama orang baru.
Menurut pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah ini, dia sering kali mendapat pertanyaan sedemikian lebih-lebih lagi bila mengadakan sesi soal jawab bersama para netizen di media sosial.
“Pada saya, mereka ini seperti tiada perkara lain yang nak diperkatakan. Namun, apa ditanyakan, saya akan jawab sahaja. Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak.
“Mengenai pasangan, kalau ada, saya akan kata ada. Begitu juga sebaliknya. Mudah sahaja. Saya pun tak akan tercari-cari alasan.
“Bila ada yang kata saya terdesak, saya anggap mereka ini hanya dengki. Saya tertanya-tanya juga mereka ni tak gembira ke dengan kehidupan mereka?,” katanya kepada MH.
Shila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duet terbarunya bersama penyanyi Liza Hanim berjudul Bahagiakan Dia yang berlangsung di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Bahagiakan Dia bakal menjadi lagu runut bunyi bagi drama terbaru Cinta Hilang Kata yang akan ditayangkan di Astro Prima.
Katanya lagi, di juga tidak gentar untuk berhadapan dengan apa jua soalan yang dilontarkan kepadanya saat ini
“Kehidupan saya ketika ini sangat baik dan saya sedang menikmatinya. Sejujurnya, tiada satu pun soalan di dunia ini yang akan menakutkan saya.
“Saya akan memilih keterbukaan yang akan saya tunjukkan. Sama ada 70% atau 50%, itu terpulang kepada saya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL36) ini turut menjelaskan dia tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti.
Ads
“Saya sangat terbuka dan tidak pernah menutup atau menidakkan takdir.
“Seandainya Allah hadirkan jodoh saya dan dia datang pada waktu, situasi dan perasaan yang tepat, mungkin ia boleh terjadi,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihannya, ini reaksi yang diberikan anak kepada penyanyi senior ND Lala itu;
“Seperti yang pernah saya katakan, saya akan memilih orang yang berkerja keras lebih daripada orang yang ‘talented’. Orang yang kerja keras ini akan melebihi mereka yang punyai segalanya.
Ads
“Begitu juga saya akan aplikasikan dalam perhubungan. Misal kata lelaki itu anak orang kaya tapi dia tak reti bekerja dan hanya harapkan ehsan ibu bapa, itu saya tidak mahu.
“Saya tak mahu dipertemukan dengan orang yang tiada hala tuju didalam kehidupannya. Yang tidak punyai visi dan misi dalam hidup.
“Bila seseorang itu tidak bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, dia tak mungkin boleh bertanggungjawab ke atas orang lain,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan mengumumkannya pada Februari lalu.
Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya cukup gembira dan cuba untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik.
Lalu tahun ini, dia secara serius cuba mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat dengan bantuan serta melakukan perawatan bersama SSKlinic.
Katanya kepada MH, perlantikannya sebagai duta pusat kesihatan itu juga secara tak langsung memberi ruang terbaik untuknya dalam mendapatkan bentuk tubuh lebih ideal.
Katanya kepada MH, dalam tempoh empat minggu sebelum ini, berat badannya berjaya susut sehingga 6 kilogram.
“Saya sangat gembira dan rasa lagi teruja apabila doktor yang pantau saya beritahu, berat saya boleh dikurangkan lagi kalau lebih berdisiplin, makan ikut waktu dan banyakkan minum air.
“Ingatkan 6 kilogram dalam tempoh sebulan itu sudah banyak, tapi katanya saya boleh turunkan lagi. InsyaAllah masih dalam proses dan kalau boleh, saya mahu miliki berat sekitar 80 kilogram, InsyaAllah,” jelas Dina optimis.
Ditanya sejauh mana kesukaran yang dihadapinya sepanjang proses untuk turunkan berat badan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini akui dirinya amat rindukan makanan segera.
“Ya saya akui sangat rindukan ‘jajan’. Berat saya ni 20 kilogram saja, selebihnya ‘jajan’ dan cokelat,” seloroh Dina.
“Saya tak nafikan memang susah. Bila pergi kedai pada peringkat awal tu, saya ambil kemudian terfikir untuk kurus jadi terpaksa letak balik. Kena kuatkan mental.
“Formula saya ialah, gemar untuk kongsikan apa yang dilakukan sekarang dengan orang sekeliling. Jadi bila berbuat demikian, mereka akan lebih faham dan sensitif dalam soal pengambilan makanan.
“Saya bertuah kerana rakan-rakan pun menyokong. Misalnya di konti kalau kami ada buat ‘potluck’, ada yang akan bawa salad, air mineral dan sebagainya.
“Malah kalau kita terlupa, ada yang akan tegur sama ada makanan yang saya nak makan itu mengandungi gula atau sebaliknya. Mereka pula yang ingatkan, termasuklah ibu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dina kini sedang mencari material baru untuk single dan sebolehnya, dia cuba untuk mencari lagu berbeza dari pada yang pernah dinyanyikan sebelum ini demi mencepati cita rasa penggemar muzik semasa.
Foto: Instagram Dina Nadzir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti asal Singapura yang kini bergelar usahawan, Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan popular Indonesia, Armada Band ke Sabah bagi mengadakan Konsert Armada Band – Janji Bahagia di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 November depan.
Konsert istimewa itu akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC bermula jam 8.00 malam.
Menariknya, Konsert Armada Band – Janji Bahagia itu merupakan projek pertama Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.
Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Terdahulu, pasangan ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah sementara konsert berkenaan adalah yang pertama dianjurkan mereka.
Mengulas mengenai pengajunran konsert tersebut, Harris tidak menafikan populariti kumpulan berkenaan di Sabah menjadi antara faktor dia dan isteri memilih Armada Band untuk mengadakan istimewa buat peminat tempatan.
“Tidak dinafikan, banyak lagu mereka dikenali di Sabah. Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu.
“Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi,” katanya.
Harris pada masa sama turut optimis berhasrat untuk membawa lebih ramai artis luar negara bagi membuat persembahan dalam skala konsert di Sabah khususnya.
“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.
“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara langsung,” katanya lagi.
Malah, pihak Jeeharris Corporation juga kini sedang meneliti beberapa nama penyanyi lokal Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert berkenaan.
Untuk informasi, layari myticket.asia dan tiket sudah pun dijual sejak 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet) selain boleh rujuk kepada media sosial Jeeharris Corporation.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video menangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah...