
Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut bulan lalu, pelakon Nur Fazura memuat naik sepotong video di YouTube yang turut memaparkan suaminya, pelakon Fattah Amin.
Dalam video tersebut, pasangan itu berkongsikan pendapat dan pandangan mereka mengenai Hari Bapa.
Paling menarik perhatian ialah pesanan berharga yang dititipkan bapa Fattah kepada anaknya itu ketika masih di awal fasa perkahwinan.
Menurut Fattah, bapanya berpesan agar jangan sesekali berlaku curang kerana setiap perbuatan buruk itu pasti akan mendapat balasan Allah SWT.
“Dalam hubungan suami isteri, jangan curang dengan pasangan sebab apa sahaja perkara buruk yang dilakukan akan dibalas semula oleh Allah S.W.T,” kongsi Fattah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan pesanan tersebut dan menyatakan betapa bertuahnya Fazura dikurniakan suami seperti Fattah.
“Bagus sangat pesanan ayah Fattah. Semoga Fattah, Fazura dan Fatima sentiasa dalam lindungan Allah.
“Untunglah Fazura bersuamikan Fattah Amin. Fattah seorang yang baik hati dan keturunan keluarga yang warak dan baik, selari dengan personalitinya.
“Bagus pesanan ayah Fattah, moga menjadi pedoman juga buat semua.
“Suka pasangan ini. Semoga kebahagiaan terus mengiringi sehingga ke Jannah.
“Bila pesanan ayah tu kukuh tersemat dalam hati Fattah bermakna ayah dia ni hebat orangnya dalam mendidik anak. Patutlah Fattah ni sangat positif orangnya,” komen netizen.
Sekadar informasi, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan yang digelar Fattzura ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fattah Amin, Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Difikirkan Secara Waras, Bapa Mana Tak Sayangkan Anak,” – Ramai Salah Faham, Dr Che Hafiz Cerita Kisah Sebenar Konon Tak Hirau Jeritan Anak

Suami kepada Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menjelaskan situasi sebenar mengenai apa berlaku sejurus sebutan pertama kes cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor, 18 November lalu.
Menerusi satu potongan video yang mulai tular, Dr Che Hafiz didakwa seperti tidak menghiraukan jeritan anak yang memanggilnya ketika selesai prosiding di perkarangan mahkamah.
Menerusi Instangram, Dr Che Hafiz tampil memberikan penjelasan.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Memandangkan ramai sangat warganet yang Salah faham dan Salah memberi tafsiran berkenaan dengan isu video yang sedang menular tentang Saya tidak hiraukan anak apabila anak saya memanggil berkali2.
“Sebenarnya Saya memang prihatin dan faham memang perkara sebegini akan menjadi perhatian ramai orang apatah lagi ia membabitkan sentimen anak kandung sendiri.
“Isu ini juga menjadi sangat sensitif dan ia boleh membangkitkan kemarahan ramai pihak terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga dan mempunyai anak,” tulisnya.
Dr Che Hafiz pada masa sama turut memaklumkan, dakwaan kononnya dia tidak sayangkan permata hatinya itu adalah tidak benar malah turut dihalang daripada berikan peluang untuk melunaskan tanggungjawan sebagai bapa.
“Jadi apa yang Saya ingin jelaskan disini adalah berkenaan dengan dakwaan2 seperti tidak sayangkan anak dll adalah tidak benar malah sy dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sbg bapa.
“Gambar2 yang Sy upload di atas ada babak2 ketika saya berada di dalam mahkamah. Kalau perhatikan di dalam gambar2 tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak sy Sampai la anak sy pergi kepada ibunya. then selepas itu baru la sy keluar dari mahkamah.
“Sejurus keluar sahaja dari mahkamah ramai juru kamera dan wartawan menyapa (itu Saya memang faham dengan tugasan mereka). Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan tanya.(maklumlah sy rasa nervous Sebab ini adalah kali pertama seumur hidup Saya berada dalam situasi di mahkamah ).
“To my love one Laana haura. Daddy really sorry Sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love. Jika difikirkan secara waras bapa mana Kat atas dunia ni tak sygkan anak mereka sedangkan binatang seperti singa betina yg ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anak nya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal.
“Akhir sekali saya ingin beritahu bahawa sy amat tertarik dengan satu kata2 ini iaitu Jika benar seseorang itu adalah orang yang beriman kepada Allah swt maka tidak lah dia sanggup untuk memutuskan silaturrahim (hubungan Kekeluargaan) apatah lagi Jika ia melibatkan hubungan antara bapa dengan anak Jika benar caption ini adalah message maka likes itu adalah messenger. Sekian itu Saja drpd Saya,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Dr Che Hafiz sebelum ini tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka pada 16 Oktober lalu.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
View this post on InstagramA post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on
Foto: Instagram Dr Che Hafiz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Lepas Putus Tunang…,”- Pakai Eyeshadow Warna-Warni, Raja Illya Imbas Detik Jadi Pramugari

Pelakon Raja Illya meluahkan rasa rindunya apabila dia pernah bergelar pramugari satu ketika dahulu.
Malah, pelakon filem Felina ini juga mengimbau detik manis ketika bekerja di langit biru.
“Scrolling gambar2 lama ,terjumpa lak gambar waktu kerja kat @airasia.
“SERONOK jadi cabin crew actually,tapi lagi SERONOK bila dapat Make our passenger happy and smile back to you .. zaman ilya dulu dan zaman zaman kak ziana zain dulu service compulsory kena Meletop ,Kalau Tak confirm kena #tarok ,
“Lepas tu kalau tak hafal safety manual tu mampus kena campak buku manual kat muka Dalam briefing room .Grooming plak Kalau eye shadow Tak berwarna warni nampak sebatu confirm kena Warning latter . Bukan senang nak jadi cabin crew dulu ,
“Time Interview beribu yang apply dan beratus yang datang beratur tunggu turn , Kalau dulu Kakak ilya Tak push ilya apply masa iklan kat @thestaronline newspaper confirm ilya x dapat .
“Tapi itu time ilya masuk @malaysiaairlines 2004 . Walaupun zaman dulu bukan senang nak jadi cabin crew , Tak boleh Ponteng,kena lulus 98% setiap subject setiap minggu .. kena tahur by heart semua drill dan safety Tapi Tetap jiwa untuk jadi cabin crew,” tulis Illya.
Malah, Illya mengakui bahawa bukan mudah bergelar pramugari kerana keselamatan dan nyawa penumpang menjadi keutamaan baginya.
“Masa itu ilya ingat lagi , jadi cabin crew Ini macam jadi polis ,firemen, Doctor .. sebab masa atas udara semua nyawa dan keselamatan passenger atas bahu kami.
“Serious ilya Rindu gler jadi cabin crew . Tak pernah sekali pun ilya lupa nak greet atau senyum atau bagi passanger ilya happy ,Walaupun baru lepas putus tunang tetap fly jugak the next day . #jiwakental Tapi sekarang #majority cabin crew Tak macam jiwa kami dulu,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Dalam pada itu, Illya turut meluahkan rasa kesalnya apabila sesetengah pramugari yang bertugas kini kurang mesra dengan penumpang.
“Few years ni ilya fly “few Airlines” rasa sedih tengok Dorang . Senyum Tak ,Greet lagi laa Tak .. muka Masam , Tegur pasangger kasar.. service pun macam service budak2 kat taska.. #customerservice langsung Tak apply .
“Walaupun Ramai dari kami yang dah jadi Ex cabin crew Tapi kami tetap apply sifat2 cabin crew yang di ajar masa 4 bulan training kat academy Mas dan air asia in our daily life .. few hours atas awan tu .. bukan saja semata mata fly point A to B Tapi ,atas awan itu kita x de siapa siapa lagi Yang boleh kita trust dan tolong kita masa kita memerlukan, few hours tu actually it’s a very important moment of every each of passenger and also crews , Kalau apa apa jadi .. mereka itu laa Family kamu .. mereka itu laa would save your life .. so be nice to passenger and each other,” akhiri Illya.
Selain Illya, antara selebriti lain yang pernah bergelar pramugari seperti Scha Al-Yahya, Amy Mastura, Sherry Ibrahim, Ellie Suriyati dan Fouziah Ghous.
Foto: IG Raja Illya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kelam Kabut Pinjam Baldi & Mop…,” – Netizen Puji Fazley Cuci Muntah Anak Dalam Kedai Serbaneka

‘Common sense’ merupakan antara salah satu nilai hidup yang sangat penting perlu diterapkan buat setiap manusia dan ia harus dipupuk sejak kita masih kecil lagi.
Ia merupakan satu tugas yang penting buat ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Sebagai contoh, tindakan penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob mengemop lantai di sebuah kedai serbaneka menerima pujian daripada netizen kerana telah menunjukkan contoh serta tauladan yang baik buat orang ramai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazley, 44, memuat naik video tersebut dia sedang membersihkan muntah anaknya tanpa melibatkan ‘campur tangan’ daripada staf kedai tersebut.
“Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni, Fierudz masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai.
“Kelam-kabut saya pinjam baldi dan mop dari kedai tu. Nak marah (anak) kasihan dan masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkanlah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?
“Kalau anda, anda buat apa,” tulis Fazley di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen berasa kagum dengan tindakan Fazley yang enggan menyusahkan pekerja kedai untuk membersihkan kekotoran tersebut.
“Alhamdulillah, contoh a good Muslim dan tauladan yang bagus buat masyarakat dan anak-anak.
“Kejadian yang rare berlaku, kalau orang lain dah keluar tinggalkan sahaja… staf yang akan buat. Respek Datuk!
“Inilah contoh yang baik! Pernah berlaku depan saya budak jatuhkan aiskrim, mak dia marah-marah dan anak dia nak kutip dan cuci, tapi mak dia tarik dan cakap biar cleaner buat.
“Saya cakap ‘eh anak puan yang jatuhkan aiskrim ni’ dan dia jawab ‘tak payah nak ajar aku’ dan dalam masa yang sama, cleaner datang dan cakap ‘takpa dik, biar saya cuci, tiada masalah’ saya hanya geleng kepala sahaja, sebab bagi saya anak-anak ni belajar daripada sikap ibu bapa, orang sekeliling dan terdekat mereka,” komen beberapa netizen.
Video itu juga menarik perhatian pekerja kedai tersebut yang turut mengucapkan terima kasih di atas timbang rasa yang ditunjukkan Fazley terhadap mereka.
“Datuk, saya ingat lagi sebab masa ni syif saya tengah kerja. Kami nak cuci tapi Datuk minta pada kami mop dan baldi sebab Datuk nak cuci sendiri. Terima kasih Datuk,” tulis pekerja kedai tersebut.
Sekadar info, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI