Desas-desus khabar berita berhubung hos baru rancangan hiburan popular, Melodi TV3 terjawab apabila Ain Edruce secara rasminya telah menjadi pengacara program tersebut, mulai hari ini.
Ain mengantikan posisi hos terdahulu iaitu Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil yang telah tamat kontrak perkhidmatannya pada minggu lalu.
Pengesahan khabar berita turut dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Melodi TV3.
Meninjau di ruangan komen entri berkenaan, Abil dilihat ada meninggalkan titipan istimewa buat Ain selain ucapan tahniah daripada peminat.
“All the best @ainedruce !! Love you,” tulis Abil.
Ads
“Yayyyy, congrats and love you ain edruce!!!!,” tulis seorang peminat.
“Wow, best and fun.. tahniah Ain!,” titip seorang netizen yang lain.
Ads
Sebelum ini, Abil telah mula mengendalikan program hiburan berkenaan sekitar Julai tahun lalu.
Melodi bersiaran pada setiap hari Ahad jam 12.00 tengahari di saluran TV3.
Pelakon dan pengacara Syafiq Nazri menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Nadia Azlan Shah telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Rabu di sebuah hospital swasta dia Putrajaya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu lagi, bayi lelakinya itu telah dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 1.42 petang.
“Assalamualaikum aunties dan uncles, nama saya Zayn Idrees. Saya lahir pukul 1.42 pm dengan berat 3.3kg,” tulisnya.
Menerusi posting yang sama, Syafiq turut memaklumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Zayn Idrees.
“And i love lots and lots of hugs. Special thanks to the doctors and nurses sebab baik sangat dengan mummy saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Nadia turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan bayi serta dirinya di ruangan Instagram stories.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang mendoakan Nadia. Maaf sebab tak dapat balas satu per satu.
“Amin atas doa kalian dan Nadia doakan semoga semua itu berbalik kepada kepada anda semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian juga.
“Untuk mommy yang tengah menunggu hari, good luck jangan pernah stop atau lupa untuk berdoa. Minta semuanya dipermudahkan,” ujarnya.
Sekadar informasi, Syafiq dan Nadia telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 19 Mac 2017.
Pasangan ini juga telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dahlia Sumayyah yang kini baru barusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto : Instagram Syafiq Nazri & Nadia Azlan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan drama Nusyuz Berkiblat Cinta, aktres meningkat naik, Shaza Bae bakal membintangi sebuah lagi naskah terbaru yang dikatakan akan menguji kemampuan sebenarnya sebegai seorang pelakon.
Menurut Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri, dia amat teruja apabila dilamar rumah produksi, JS Pictures untuk menjayakan drama, Nikah Cerai Rujuk.
“Saya akan menjalani pengambaran drama siri 24 episod bersama dengan JS Pictures yang berjudul Nikah Cerai Rujuk. Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan Sheila Rusli dan Jinggo.
“Saya akui ini merupakan cabaran baru bagi diri saya. Bagaimanapun, saya percaya cabaran ini akan membantu saya untuk berkembang sebagai seorang pelakon dan manusia,” katanya kepada MH.
Jelas pemenang Dewi Remaja 2019 ini lagi, meskipun pada awalnya dia berasa agak gementar, namun, dia menyifatkan kesempatan ini sebagai peluang yang sangat berharga.
“Industri ini kecil, kalau kita nak elak pun, kita akan berjumpa juga dengan orang yang sama. Saya melihat ini sebagai satu peluang berharga apabila dapat bekerjasama dengan Sheila Rusli dan Jinggo.
“Saya suka bila berlakon drama baru, saya akan bekerjasama dengan ramai orang baru. Ia merupakan satu petanda positif. Penerbit dan pengarah yang berbeza sentiasa menginginkan saya dan sedar akan kehadiran saya di industri ini.
“Walaupun ada perasaan gementar, tapi saya akan jadikan ia sebagai cabaran dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin dengar jawapan saya macam ‘poyo’ tapi itulah hakikatnya,” ulasnya lagi.
Sementara itu, bintang berusia 26 tahun ini juga mendedahkan dia sebolehnya mahu merasai sendiri pengalaman berlakon dibawah bimbingan Jinggo dan Sheila Rusli.
“Saya sudah menjalani sesi bacaan skrip dan bertemu dengan Abang Jinggo tapi belum berkesempatan jumpa Sheila Rusli.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya dapat rasakan akan ada berbezaan sewaktu penggambaran nanti. Saya mahukan pengalaman itu.
“Orang lain boleh berkata macam-macam tentang mereka, tapi saya mahu rasai sendiri pengalaman berkerja dengan dua orang hebat ini,” kongsinya lagi.
Malah, Shaza mendedahkan dia juga ada bertanyakan kepada rakan artis mengenai persediaan yang harus dia lakukan sebelum masuk ke set penggambaran.
“Saya ada bertanya kepada Yusuf Bahrin sebab mereka pernah bekerjasama. Dia kata semuanya okay sahaja cuma disiplin kita kena tinggi.
“Saya tak risau sebab saya memang seorang yang sangat berdisiplin. Yusuf juga bagitahu, saya kena sentiasa bersedia dengan watak.
“Pada masa sama, saya juga tak sabar nak berlakon dengan mereka sebab saya nak tunjukkan yang saya merupakan pelakon yang lain daripada yang lain,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shaza Bae & Sheila Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bimbang memikirkan risiko yang bakal dihadapi, penyanyi terkenal, Zamani mendedahkan dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapi sejak tiga tahun yang lalu.
Menurut Zamani, dia agak risau sekiranya berlaku sebarang komplikasi pada prosedur tersebut yang boleh mendatangkan risiko tak terduga seperti lumpuh kekal.
Bagaimanapun, dia akur dengan keadaan semasa dirinya lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya itu dikatakan telah mencucuk bahagian rusuk kananya yang menyebabkan kesakitannya itu makin melarat.
“Buat masa sekarang saya kena rujuk pakar neurologi terlebih dahulu. Tetapi ujian ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) sudah selesai.
“Saya pun agak takut juga. Saya pernah tontonan pembedahan tersebut di Youtube. Nampak macam seram juga.
“Keadaan sekarang memang agak sakit sebab. Dia dah kacau dan tercucuk di bahagian rusuk kanan. Keadaan tulang bengkok tu dah agak teruk.
“Rasanya memang dah teruk sangat. Kalau tak sakit, saya masih boleh tahan lagi. Bagi saya asalkan boleh buat kerja, kiranya okay la tu. Lagipun, siapa nak tengok artist bongkok sangat ni,” katanya.
Vokalis kumpulan Slam ini berkata sedemikian menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi ketik pertemuan mereka baru-baru ini.
Pertemuan tersebut diadakan oleh Pak Nil bagi menyerahkan sumbangan yang telah berjaya dikutip hasil bantuan orang ramai yang perihatin dengan nasib Zamani.
Jelas Aznil, wang berjumlah lebih RM120,000 telah pun dipindahkan ke dalam akaun Zamani.
“Dalam masa beberapa jam sahaja, saya dah dapat kutip RM30,000. Kemudian pagi esoknya bangun subuh, tengok-tengok sudah ada RM60,000.
“Ramai orang sayang Zamani dan mereka percaya saya. Saya ada dua juta pengikut Instagram tetapi apa gunanya kalau ada jumlah seramai itu tetapi tak bagi manfaat kepada orang lain,” kata Aznil.
Pada masa sama, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut memaklumkan individu yang meyakinkan dirinya untuk menerima sumbangan tersebut adalah isterinya sendiri.
“Saya sebenarnya nak berterima kasih banyak pada Pak Nil. Yang mendorong saya untuk terima bantuan ini adalah isteri saya. Orang rumah saya bagitahu, Pak Nil Nil ni sebenarnya dah banyak tolong orang. Bukan saya sahaja.
“Dia minta saya terima dan saya juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya perkara ini tiada tekanan pun bagi saya sebab saya memang nak buat pembedahan ni. Kerana itulah saya nak ikhtiar dulu dengan penuhi jemputan menyanyi.
“Saya akan tetap jalani pembedahan cuma proses ini perlu ambil masa sebab prosedurnya sangat teliti,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim turut memberitahu, dia kita sudah tidak mahu lagi bergantung kepada ubat tahan sakit kerana memikirkan mengenai kesan sampingan yang akan ditanggung kelak.
“Kalau ikutkan memang saya tak nak buat pembedahan tetapi tiada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Sekarang nak tidur malam pun susah,” ujarnya lagi.
“Doktor kata otot saya langsung tak berfungsi, tak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Tetapi otot sahaja bermasalah.
“Doktor kaitkan sakit saya dengan penyakit yang pernah terjadi kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau otot ada masalah, memang tak boleh buat pembedahan,” katanya.
Sementara itu, Zamani turut mendedahkan, insiden terjatuh daripada bilik air satu ketika dahulu mungkin menjadi punca utama penyakitnya itu.
Penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis dihidapi Zamani semakin serius sejak 2019 sehingga keadaan tubuhnya yang membengkok tidak dapat disembunyikan lagi daripada peminat.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka video yang memaparkan dirinya menyanyikan semula lagu hitsnya, Kini Kau Tiada bersama komposer, Brandon Lim (MFMF) mendapat perhatian banyak pihak.