Susulan tindak tanduk yang pernah disifatkan pelik di media sosial oleh sesetengah jetizen, pelakon Iqram Dinzly menegaskan itu bukanlah dirinya yang sebenar.

Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, apa yang dipertontonkan di media sosial itu adalah merupakan karakter keduanya yang diberi nama Prince Chiki Dinzly.

“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.

“Prince Chiki Dinzly adalah karakter yang saya tampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.

Dakwa Miliki 7 Personaliti Berbeza, Tuan Badan Jawab; “Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly, Bukan Iqram Dinzly.” Dakwa Miliki 7 Personaliti Berbeza, Tuan Badan Jawab; “Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly, Bukan Iqram Dinzly.”

“Karakter saya tidak kisahlah sebagai Iqram Dinzly atau Prince Chiki Dinzly, masing-masing membuatkan saya semakin mengenali diri sendiri,” katanya kepada MH.

Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendakwa memiliki lima lagi karakter lain yang belum ditonjolkan kepada umum.

IKLAN

“Sebenarnya saya ada lagi lima karakter yang belum lagi saya keluarkan. Karakter Prince Chiki Dinzly diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang selalu berasa berkuasa dalam media sosial.

“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan sudah banyak kali Prince Chiki Dinzly cakap bahawa Iqram Dinzly sudah ‘mati’.

“Bila netizen, tabloid atau berita laporkan bahawa individu dalam ‘Live’ itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua individu berbeza,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni terbaharu, Iqram bakal tampil dengan drama bersiri baharu berjudul Cinta Hilang Kata.

IKLAN

Dakwa Miliki 7 Personaliti Berbeza, Tuan Badan Jawab; “Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly, Bukan Iqram Dinzly.”

Dakwa Miliki 7 Personaliti Berbeza, Tuan Badan Jawab; “Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly, Bukan Iqram Dinzly.”

Menerusi drama arahan Kyoll Hamzah itu, Iqram digandingkan dengan dua pelakon wanita baharu iaitu Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam.

Mengulas mengenai kedua-dua aktres tersebut, Iqram berkata dia yakin Sophia dan Nelissa mempunyai masa depan yang cerah selain merupakan generasi pelakon pelapis yang perlu diberi perhatian.

IKLAN

“Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Sophia dan Nelissa.  Dua-dua pelakon baharu yang saya tengok mempunyai potensi besar untuk menyerlah.

“Tak mustahil satu hari nanti nama mereka akan jadi besar dalam industri,” kata Iqram lagi.

Cinta Hilang Kata akan ditayangkan bermula 18 Julai ini di saluran Astro Prima, jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

Ia turut dibintangi Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan Hariz Hamdan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI