Bimbang memikirkan risiko yang bakal dihadapi, penyanyi terkenal, Zamani mendedahkan dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapi sejak tiga tahun yang lalu.

Menurut Zamani, dia agak risau sekiranya berlaku sebarang komplikasi pada prosedur tersebut yang boleh mendatangkan risiko tak terduga seperti lumpuh kekal.

Bagaimanapun, dia akur dengan keadaan semasa dirinya lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya itu dikatakan telah mencucuk bahagian rusuk kananya yang menyebabkan kesakitannya itu makin melarat.

Tulang Belakang Sudah ‘Cucuk’ Rusuk Kanan, Zamani Ikut Nasihat Isteri Terima Sumbangan Hasil Kutipan Pak Nil Tulang Belakang Sudah ‘Cucuk’ Rusuk Kanan, Zamani Ikut Nasihat Isteri Terima Sumbangan Hasil Kutipan Pak Nil

“Buat masa sekarang saya kena rujuk pakar neurologi terlebih dahulu. Tetapi ujian ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) sudah selesai.

“Saya pun agak takut juga. Saya pernah tontonan pembedahan tersebut di Youtube. Nampak macam seram juga.

“Keadaan sekarang memang agak sakit sebab. Dia dah kacau dan tercucuk di bahagian rusuk kanan. Keadaan tulang bengkok tu dah agak teruk.

“Rasanya memang dah teruk sangat. Kalau tak sakit, saya masih boleh tahan lagi. Bagi saya asalkan boleh buat kerja, kiranya okay la tu. Lagipun, siapa nak tengok artist bongkok sangat ni,” katanya.

Vokalis kumpulan Slam ini berkata sedemikian menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi ketik pertemuan mereka baru-baru ini.

IKLAN

Tulang Belakang Sudah ‘Cucuk’ Rusuk Kanan, Zamani Ikut Nasihat Isteri Terima Sumbangan Hasil Kutipan Pak Nil Tulang Belakang Sudah ‘Cucuk’ Rusuk Kanan, Zamani Ikut Nasihat Isteri Terima Sumbangan Hasil Kutipan Pak Nil

Pertemuan tersebut diadakan oleh Pak Nil bagi menyerahkan sumbangan yang telah berjaya dikutip hasil bantuan orang ramai yang perihatin dengan nasib Zamani.

Jelas Aznil, wang berjumlah lebih RM120,000 telah pun dipindahkan ke dalam akaun Zamani.

“Dalam masa beberapa jam sahaja, saya dah dapat kutip RM30,000. Kemudian pagi esoknya bangun subuh, tengok-tengok sudah ada RM60,000.

“Ramai orang sayang Zamani dan mereka percaya saya. Saya ada dua juta pengikut Instagram tetapi apa gunanya kalau ada jumlah seramai itu tetapi tak bagi manfaat kepada orang lain,” kata Aznil.

IKLAN

Pada masa sama, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut memaklumkan individu yang meyakinkan dirinya untuk menerima sumbangan tersebut adalah isterinya sendiri.

“Saya sebenarnya nak berterima kasih banyak pada Pak Nil. Yang mendorong saya untuk terima bantuan ini adalah isteri saya. Orang rumah saya bagitahu, Pak Nil Nil ni sebenarnya dah banyak tolong orang. Bukan saya sahaja.

“Dia minta saya terima dan saya juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya perkara ini tiada tekanan pun bagi saya sebab saya memang nak buat pembedahan ni. Kerana itulah saya nak ikhtiar dulu dengan penuhi jemputan menyanyi.

“Saya akan tetap jalani pembedahan cuma proses ini perlu ambil masa sebab prosedurnya sangat teliti,” kongsinya lagi.

Tulang Belakang Sudah ‘Cucuk’ Rusuk Kanan, Zamani Ikut Nasihat Isteri Terima Sumbangan Hasil Kutipan Pak Nil Tulang Belakang Sudah ‘Cucuk’ Rusuk Kanan, Zamani Ikut Nasihat Isteri Terima Sumbangan Hasil Kutipan Pak Nil

IKLAN

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim turut memberitahu, dia kita sudah tidak mahu lagi bergantung kepada ubat tahan sakit kerana memikirkan mengenai kesan sampingan yang akan ditanggung kelak.

“Kalau ikutkan memang saya tak nak buat pembedahan tetapi tiada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Sekarang nak tidur malam pun susah,” ujarnya lagi.

“Doktor kata otot saya langsung tak berfungsi, tak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Tetapi otot sahaja bermasalah.

“Doktor kaitkan sakit saya dengan penyakit yang pernah terjadi kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau otot ada masalah, memang tak boleh buat pembedahan,” katanya.

Sementara itu, Zamani turut mendedahkan, insiden terjatuh daripada bilik air satu ketika dahulu mungkin menjadi punca utama penyakitnya itu.

Penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis dihidapi Zamani semakin serius sejak 2019 sehingga keadaan tubuhnya yang membengkok tidak dapat disembunyikan lagi daripada peminat.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI