Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn. Bhd. yang bakal ditayangkan 1 September depan menampilkan kelainan apabila mempertaruhkan pemain bola sebenar sebagai antara pelakon utamanya.
Berkisar mengenai sukan popular berkenaan, penerbit, Fadzil Manap berkata, filem ini turut menampilkan jumlah pelakon tambahan yang ramai bagi memastikan suasana seperti di stadium nampak realistik seperti dalam situasi sebenar.
Malah, kira-kira RM5.5 juta kos telah dibelanjakan untuk menghasilkan filem berkenaan, tidak menggunakan computer-generated imagery (CGI).
“Bajet untuk pembikinan Anak Rimau besar sebab ramai pelakon, terutamanya untuk dalam stadium sebab kita nak nampakkan suasana sebenar.
“Anak Rimau adalah satu produksi yang memperlihatkan jumlah penglibatan anak-anak muda remaja dan bakat-bakat baharu dalam skala yang besar.
Ads
“Rata-rata pelakon umur masih muda, masih sekolah dan pastinya pihak produksi perlu bertanggungjawab perihal kebajikan dan jadual sekolah mereka.
“Di samping itu, cabaran terbesar yang kami hadapi hampir semua anak cilik Anak Rimau bukanlah latar belakang pelakon. Kami harus siapkan program latihan lakonan dengan Fatimah Abu Bakar yang berjaya membentuk bakat-bakat terpendam mereka dalam menghafal dialog, bermain emosi dengan watak-watak mereka,” katanya.
Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Soft-Launch Anak Rimau The Movie & Pelancaran Koleksi Rasmi, Lagu Tema Dan Muzik Video yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, Senator Datuk Sri Ti Lian Ker di Al-Ikhsan Sports, The Curve, baru-baru ini.
Katanya lagi, Anak Rimau arahan Areel Abu Bakar yang dibintangi Beto Kusyairy, Idan Aedan, Kechikimi, Azhan Rani, Adam Corrie, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi itu, bakal menemui penonton di 55 buah pawagam mulai 1 September 2022 ini.
Ads
“Anak Rimau adalah sebuah filem yang penuh dengan drama, adegan lucu, inspirasi dan sarat dengan mesej yang kami harap mampu memberi impak yang positif kepada penonton tentang pentingnya semangat berpasukan dan pentingnya dorongan keluarga dalam mencapai cita-cita.
“Unsur perpaduan dan nasionalisme yang dimuatkan dalam filem ini sesuai dengan tarikh tayangan 1 September 2022, sesuai dengan suasana ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65 tahun.” katanya yang mendapat idea menghasilkan filem Anak Rimau pada April 2018.
Ads
Projek filem berkenaan turut mendapat sokongan Majlis Sukan Negara (MSN).
Sementara itu, sempena pelancaran filem yang bakal ditayangkan, Al-Ikhsan turut melancarkan jersi edisi khas selain menaja jersi yang disarungkan oleh pelakon dalam filem berkenaan.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7ZkIkJci69U
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna kini sarat mengandung cahaya mata sulung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Hasil perkongsian dengan suami tercinta, Hanif Zaki pada Februari 2016, Anzalna kini teringin memiliki badan gempal.
“Berat Anzalna sekarang 54kg dari 43kg. Baby 2kg. Melantak lagi banyak-banyak kat kenduri orang! HahHhahahah Tapi I dah lama teringin badan berisi!,” tulisnya.
Sebentar tadi, pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada berkongsi satu insiden lucu yang menyaksikan dia menyelamatkan seekor kura-kura sesat di tengah-tengah lebuh raya.
Oleh kerana kasihan, Zizan memutuskan untuk mengambil kura-kura tersebut untuk dilepaskan di tasik yang berhampiran.
Sepanjang kura-kura tersebut berada di dalam keretanya, pelbagai momen lucu telah berlaku lalu dikongsikannya di laman Instagram
“Nampahnya kisah Zizan dan kura-kura mendapat sambutan. Kepada yang beminat boleh layan lah ye. Semoga terhibur. Like. Comment. Repost. Memang best cerita ni,” tulisnya.
Video Zizan itu kemudiannya tular setelah mendapat hampir 40,000 tanda suka malah turut dijuhani komen netizen yang terhibur dengan aksi comel Zizan itu.
Alahai, comel betul Zizan ni. Bukan dengan orang je boleh melawak, dengan kura-kura pun bolej jadi bahan kelakar.
Apapun, pujian harus diberikan kepada Zizan kerana menyelamatkan kura-kura sesat itu.
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, penyanyi Aina Abdul mengakui dia lebih gemar mengenakan pakaian yang ringkas dan selesa setiap kali menyambut Aidilfitri.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia senang untuk memilih persalinan Melayu tradisional sesuai dengan suasana hari raya.
“Setiap tahun pilihan baju raya saya ringkas saja. Begitu juga dengan tahun ini, tidak ada yang ekstravaganza.
“Sejujurnya mata saya lebih tertarik kepada baju kurung Kedah dan baju kurung kain kapas (cotton).
“Sebab bagi saya ia lebih estetik dan sesuai untuk digayakan kepada insan bernama Nurul Aina,” katanya yang sinonim dengan imej unik setiap kali muncul membuat persembahan.
Aina pada masa sama menambah, sejak bergelar penyanyi dia gemar mengeluarkan sampul raya sendiri untuk diberikan kepada peminat dan kanak-kanak.
“Sekarang ini saya suka nak keluarkan sampul raya sendiri. Ini adalah tahun kedua saya tampil dengan sampul raya yang menampilkan wajah saya.
“Sekurang-kurangnya sampul raya itu menjadi satu tanda ingatan kepada si penerima itu,” katanya yang turut muncul dengan lagu raya terbaharu, Jalan-Jalan Hari Raya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan rakan pelakon, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya,...