‘Konten’ video yang dimuat naik usahawan, Shuib bersama ‘Tik Toker’, Ryan Bakery pada Rabu di Instagram bagi mempromosikan bisnes minuman miliknya iaitu BubbleBee mencuri perhatian warganet.
Ryan sebelum ini cukup popular menerusi kandungan video yang mengimbau zaman kanak-kanak dan kebanyakan video yang dihasilkan menerima jutaan tontonan menerusi Tik Tok.
Di dalam hantaran yang sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka itu, ia memaparkan Shuib yang awalnya sedang memesan BubbleBee tiba-tiba dipandang seorang ‘kanak-kanak’ (Ryan).
Ads
Beberapa kali diperhatikan, Shuib kemudiannya menghulurkan cawan aiskrim yang dibelinya sebelum dilarikan oleh ‘kanak-kanak’ berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan video yang berdurasi kurang seminit itu.
Pelakon Putra Amaris mendedahkan dirinya masih belum lagi berstatus jutawan, sebaliknya komitmen untuk membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan balasan menjadi azamnya sejak sekian lama.
Amaris, 37, berkata, sejak empat tahun lalu dia bersama pasukannya sentiasa menerusian misi untuk melakukan projek infaq bagi membantu pelbagai golongan terutamanya asnaf dan ibu tunggal.
“Saya buat kerja-kerja amal ini atau infaq ini, semuanya Lillahi Taala. Demi Tuhan. Demi nak membantu orang yang susah. Untuk itu, saya memang set diri ‘aku kena kaya’ untuk bantu lebih ramai bagi orang yang memerlukan.
“Dalam masa yang sama, saya juga bertuah kerana isteri juga merupakan tulang belakang dan pemberi semangat kepada saya dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.
“Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah,” katanya.
Amaris ditemui pada majlis pelancaran kempen Pelaris Challenge by Soleque Cosmetics di Menara Shaftsbury Putrajaya, Ahad lalu.
Menerusi kempen terbabit, ia bertujuan membantu dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita menambah pendapatan menerusi kerjasama dengan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya.
“Dalam pertandingan ini, kita juga berkongsi rezeki. Bukan terhad untuk wanita sahaja, kita sebenarnya buka untuk semua di seluruh Malaysia.
“Insya-Allah sepanjang sebulan ini, kita juga akan bergerak membantu golongan wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan daripada pengasas produk dan orang persendirian untuk turut serta,” katanya lagi
Ia ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000. Pendaftaran boleh dibuat di www.pelaris.challenge.com.
Turut menjadi wajah wakilan bagi kempen tersebut, Amaris, bagaimanapun menjelaskan, program infaq terdahulu menerusi kempen Sama-Sama Kenyang dengan kerjasama Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) masih lagi berjalan.
“Program itu masih diteruskan seperti biasa setiap hari. Kami tak berhenti. Sasaran kami untuk membantu asnaf dan artis veteran juga masih digerakkan termasuk usaha untuk mendapatkan rumah untuk artis veteran yang tak berkemampuan.
“Walaupun tanggungjawab kini bertambah menerusi kempen Pelaris Challenge ini, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun. Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.
“Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izikankan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan khabar duka berhubung perihal neneknya yang telah kembali ke rahmatullah.
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini telah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
Di samping menzahirkan rasa sayu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah tidak menyangka hari yang tidak diduga akhirnya telah tiba.
Akuinya lagi, dia juga turut berasa takut dengan kehilangan dan pemergiaan nenek tercinta ke negeri abadi buat selama-lamanya.
“Losing a loved one is tough and now I am not able to recover from this and consistently miss her and fall into tears. Hopefully the pain and grief will pass. Miss na kita lola,
“P/s: setiap kali tengok nenek mesti nangis kenapa? Sbb saya selalu takut kalau2 kehilangan dia. Tapi nda sangka kemarin hari yang saya takut betul2 tiba sekarang saya tiada nenek sudah..,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan nenek kepada bintang berusia 28 tahun itu pernah jatuh sakit dan dimasukkan ke Queen Elizabeth Hospital, Sabah, sekitar tiga tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik, Noir Health & Beauty Sdn Bhd (NOIR) nyata komited dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka.
Noir Circle Meeting (NCM) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur pada 28hb & 29hb Jun 2022 misalnya menjadi langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR dengan terperinci.
NCM merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan Madammu dan Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas.
Ia diadakan pada setiap 6 bulan tiap tahun oleh pihak syarikat NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. dan dibimbing secara terus oleh pengasasnya, Eriyca Baiduri atau Madammu, selain kursus keusahawanan atas talian yang dijalankan secara konsisten.
NOIR juga komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.
Kali ini, Madammu turut berkongsi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh setiap usahawan NOIR dengan berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa).
Nilai-nilai ini telah memberikan objektif jelas yang membantu para usahawan NOIR untuk kekal fokus dan komited.
Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan, NCM kali ini turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR.
NOIR berbangga dengan pencapaian para usahawannya yang berjaya mengecapi impian, mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan dan sebagainya.
Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka.
Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri menerusi bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya.
Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019 selain tersenarai di dalam Nona Top Beauty Entrepreneur 2020.
Malah, Madammu juga diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020.
Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan & Kecantikan” satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi.
NOIR yang juga penerima The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” 2020 mencuri tumpuan apabila menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL).
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.