Pelakon Raja Ilya baru-baru ini bertanya kepada peminat di Instagram penyelesaian terbaik yang boleh dicuba susulan ruam yang dilihat muncul di bahagian wajah anak sulungnya, Talita.
Kasihan melihat keadaan yang menimpa puteri pertamanya yang kini mencecah usia tiga minggu, Ilya cuba mencari cara pencegahan secara alami.
“Siapa ada remedy untuk Milia Rashes on newborn ni? A.k.a Milk Rashes. Bila jumpa doctor they prescribe cream chemical lak.
“Anyone know natural remedy? Kalau tanya orang-orang kat sini semua kata it’s normal memang semua bayi umur 2 minggu akan kena.
Ads
“Baby baby kat Malaysia pun sama ke? Sebab tak pernah lak tengok baby dalam family or kawan-kawan yahg kena. Kesian lak tengok @talitalovegarrett ni,” tulisnya di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ada di antara pengikutnya yang berkongsi petua dah cara mengubati, termasuk rakan artis.
“Saya pakai Herbal Cream Shaklee. Few days gilang. Now dah licin muka anak,” tulis peminat.
Ads
“Saya apply Cetaphil Lotion. Sama macam ni, alhamdulillah berkesan, tiga hari surut,” peminat berkongsi cara.
“Same here. Tapi saya pakai je once chemical cream, terus hilang,” reaksi peminat lain.
“Petua orang-orang dulu letak Tepung Kanji. Memang menjadi. Saya dah buat untuk anak. Buat macam bedak sapu nipis kat kulit yang ruam tu,” antara cara yang dikongsikan.
Ads
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 800 komen yang ditinggalkan.
Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mengakui dia tidak menghalang isterinya itu untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni selepas ini.
Bagaimanapun, Adib berkata, dia menetapkan beberapa syarat buat Wany, seperti melabuhkan tudung serta tahu menjaga diri dan batas sebagai seorang isteri.
“Syarat paling utama saya beritahu dia, (untuk) labuhkan tudung itu sahaja.
“Kalau cakap bab masak, sekarang zaman dah berlainan… kemudahan banyak. Kalau duduk berdua nak beli bahan makanan (masakan) dah mahal, makan di luar lagi murah kadang-kadang,” seloroh Al-Adib.
Pasangan raja sehari ini ditemui pada majlis kesyukuran bagi meraikan perkahwinan mereka yang diadakan di Forest Valley, Cheras, pada malam Ahad.
Majlis yang diraikan secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, pihak media serta ahli kelab peminat Wany Hasrita.
Di dalam majlis tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan rona kelabu rekaan pereka, Eja Shahril.
Bakal menjalani kehidupan jarak jauh sebagai pasangan suami isteri, Wany berkata dia akan berulang alik ke Sarawak memandangkan suaminya masih lagi bekerja di sana.
“Kami sudah rancang untuk settle down (duduk bersama) tapi bukan dalam masa terdekat sebab masing-masing ada komitmen dalam kerjaya.
“Cuma buat masa sekarang, kami cuba untuk faham dan bagi saya sendiri, saya jaga apa yang perlu dijaga sebaik mungkin,” ujar Wany.
Bercakap mengenai rancangan bulan madu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini menjelaskan dia dan suami masih belum berbincang lanjut mengenainya.
“Esok baru nak fikir, selesai majlis… penat sebenarnya buat majlis ni.Nanti dah sempat rehat, baru kami scroll cari destinasi bulan madu.
“Mengenai anak pula, kami tidak tetapkan apa-apa… ada rezeki ada,” kata Wany lagi.
Untuk rekod, Wany selamat bergelar isteri kepada Al-Adib dalam sebuah majlis yang dilangsungkan di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor, jumaat lalu.
Pasangan ini menjalinkan hubungan rapat sejak 2019 dan Al-Adib merupakan sepupu kepada kawan baik Wany sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Entri terbaharu Mizz Nina di laman Instagram mendapat perhatian ramai susulan perkongsian kapsyen panjang yang diberikan.
Menerusi muat naik berkenaan, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkongsikan ayat dalam surah Al-Baqarah untuk renungan bersama.
“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.
“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.
“Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.
“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan.
“Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.
“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah di sebaliknya atau tidak.
“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya lagi.
Terdahulu, timbul dakwaan yang kononnya rumah tangga Mizz Nina bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bermasalah.
Bagaimanapun, Noh baru-baru ini menafikan perkara tersebut dan berkata itu hanyalah satu berita palsu.
Untuk rekod, pasangan selebriti itu berkahwin pada 1 Julai 2011. Mizz Nina dan Noh pada Mac lalu mengumumkan mereka mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mizz Nina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Klinik yang menjadi perhatian di era pandemik COVID-19, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus mencipta sukses apabila klinik itu menerusi pucuk pimpinannya, Datuk Mohd Nafidz Haji Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022.
Anugerah berkenaan itu terus menjadi aspirasi buat Mohd Nafidz untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.
Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawangan lain dan sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022.
“Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan COVID-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasukInfluenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.
“Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.
“Kita saling memerlukan. Ibu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit. Warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu,” kata Mohd Nafidz.
Justeru dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluurh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.
“Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform ‘bantu masyarakat’ di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan kamu.
“Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.
“Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tak boleh keluar rumah. Walaupun tak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam,” katanya.
Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.
“Dedikasi dan pengorbanan warga kerja KMZ amat saya hargai dalam terus membela nyawa serta tahap kesihatan masyarakat.
“Saya sendiri sangat optimis dengan kewujudan lebih banyak cawangan di serata semenanjung Malaysia dan pasukan yang kini mencapai bilangan anggota lebih 400 orang.
“Tentunya semua itu akan menjadi aset utama kepada perjuangan saya sekali gusmemberikan yang terbaik buat masyarakat dan negara,” katanya.
Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.
“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasibbaik.
“Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan,” katanya.
Terdahulu, sekitar Februari lalu, KMZ meraihkejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.
Kejayaan demi kejayaan diperolehimenjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuanga sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.