Pengasas komestik, Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu baru-baru ini berkongsi hadiah sebuah kereta yang diterima daripada suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang sinonim dipanggil sebagai Tuan Penasihat (TP).

Kereta mewah daripada model Mercedes-Benz G-Class itu diberikan TP sebagai penguat semangat wanita berusia33 tahun itu dalam menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Madammu menjelaskan, dia sebelum ini jarang berkongsi video seumpamanya, namun rasa terharu atas layanan suami yang berusaha bakar semangat bagi meneruskan ikhtiar mendapat rezeki zuriat.

“Madammu jarang nak share video kereta. Tapi Madammu share yang ini. Madammu rasa terharu. TP dia belikan kereta ini untuk pregnancy gift. TP order 10 bulan lepas. Dengan harapan, bila kereta ini sampai Madammu dah pregnant.

“Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Banyak dugaan proses IVF Madammu. Banyak proses, kadang Madammu give up! Lagi-lagi lepas kena remove fallopian tube pula,” tulisnya.

IKLAN

Dia bagaimanapun menyifatkan dirinya cukup bahagia dengan kehadiran suami dan anak-anak serta masih bersemangat meneruskan proses berkenaan meski banyak cabarannya.

‘Madammu sedih tiap kali TP sebut ‘bila nak bau baby ni’. Lepas itu dia pujuk Madammu balik. Tak apa la! Gift kereta ni untuk semangat Madammu untuk teruskan IVF journey. Terima kasih TP yang sentiasa buat yang terbaik untuk Madammu.

“Madammu tak perlukan harta benda untuk bahagiakan diri ini. Cukuplah suami dan anak-anak di sisi. Tanpa gift ini pun Madammu tetap akan teruskan journey IVF,” tulisnya lagi.

IKLAN
@eriyca.baiduri 😭 #ladyofnoirmalaysia #noir ♬ Angel Baby – Slowed – Troye Sivan & xxtristanxo & Slowed Radio

Perkongsian berkenaan sehingga kini sudah pun mencecah hampir 900,000 tontonan dan rata-rata netizen mendoakan agar impiannya untuk memiliki cahaya mata sendiri dimakbulkan.

Video sama juga turut dikongsikan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) ini menerusi Instagram.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M A D A M M U (@eriyca.baiduri)

Terdahulu, Madammu pernah berkongsikan mengenai perkara ini bersama MH dan dia percaya rezeki mengenai zuriat cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/YMPiTDvnd9E

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI