Lari daripada kebiasaan watak yang dijayakannya sebelum ini, pelakon Intan Najuwa berasa cukup teruja membawakan karakter wanita berperwatakan ‘boyish’ menerusi drama terbaharu lakonannya, Jodohku Babysitter.

Walaupun begitu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, bersyukur dia tidak perlu mengorbankan rambut panjang yang selama ini menjadi imejnya bagi menjayakan watak Adelia Faranisa.

“Pada Awalnya Pengarah Nak Minta…,” – Pertama Kali Bawa Watak ‘Boyish’, Intan Najuwa Syukur Tak Kena Potong Rambut “Pada Awalnya Pengarah Nak Minta…,” – Pertama Kali Bawa Watak ‘Boyish’, Intan Najuwa Syukur Tak Kena Potong Rambut

“Jujur sebenarnya watak Adelia memang berperwatakan kasar dan boyish. Walaupun begitu pengarah tak nak buat dia nampak terlalu boyish, Adelia masih ada keayuan dia.

“Memang pada awalnya pengarah nak minta saya potong rambut tapi setelah berbincang, watak ini boleh juga dibawakan dengan saya ikat rambut dan pakai topi.

“Tak semestinya kena potong rambut untuk nampak boyish,” kata Intan kepada MH dalam majlis sidang media drama Jodohku Babysitter yang diadakan secara virtual pada Rabu.

IKLAN

“Pada Awalnya Pengarah Nak Minta…,” – Pertama Kali Bawa Watak ‘Boyish’, Intan Najuwa Syukur Tak Kena Potong Rambut “Pada Awalnya Pengarah Nak Minta…,” – Pertama Kali Bawa Watak ‘Boyish’, Intan Najuwa Syukur Tak Kena Potong Rambut

Jika diperhatikan kebanyakan naskhah drama yang pernah dibintangi Intan, kesemuanya memaparkan watak lemah lembut serta selalu dianiya.

Menerusi watak Adelia ini, Intan dapat menyerlahkan sisi lain dirinya kepada penonton yang selama ini mengikuti perkembangan karier seninya.

“Dalam drama ini saya hanya jadi diri sendiri… saya pun tidaklah sopan sangat. Untuk menampakkan karakter boyish, saya tonjolkan melalui cara berjalan serta percakapan.

IKLAN

“Dalam drama ini pun ada babak saya bawa motosikal, memang berbezalah daripada watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.

Jodohku Babysitter yang diarahkan oleh Hadith Omar ini menampilkan gandingan pertama Intan bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.“Pada Awalnya Pengarah Nak Minta…,” – Pertama Kali Bawa Watak ‘Boyish’, Intan Najuwa Syukur Tak Kena Potong Rambut

“Pada Awalnya Pengarah Nak Minta…,” – Pertama Kali Bawa Watak ‘Boyish’, Intan Najuwa Syukur Tak Kena Potong Rambut

Drama ini menghiasi slot MegaDrama Astro Ria (104) yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

IKLAN

Selain Intan dan Aliff, drama ini turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah dan Isaac Iman.

Ia mengisahkan tentang Adam, duda anak dua setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.

Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adelia yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka di hati Adam serta anak-anaknya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI