‘Sesi interview’ yang berlaku di antara pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama individu misteri yang dikenali sebagai Sultan Pemurah menerusi TikTok mencuri perhatian ramai.

Menerusi sesi berkenaan yang dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok lain, Aeril dan Wawa berbual dengan pengguna akaun @sultan_tiktok_legit itu sambil bertanya siapakah insan di sebalik gelaran tersebut.

Sambil menyatakan rasa terima kasih atas ‘gift’ yang diberikan, mereka turut bertanya dan meneka bahawa dia sebenarnya ialah anak lelaki Datuk Seri Vida iaitu Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak.

“Tak nak tunjuk muka ke ramai sekarang ni satu Malaysia nak tahu siapa Sultan Pemurah yang sebenarnya. Dah viral Sultan Pemurah,” kata Aeril dan Wawa.

“Itu rahsia tak boleh bagitahu, tapi thank you sebab invite (sesi live TikTok). Thank you menceriakan hari saya Wawa dan Aeril,” kata individu terbabit.

IKLAN

“Tapi ramai kata Sultan Pemurah ni Kacak betul ke? Anak Datuk Vida, nama dia Kacak,” tanya Aeril selanjutnya.

“Tak tahulah… okay-okay anak Sultan dah terjaga. Sorry-sorry. Okay bye bye,” balasnya.

IKLAN

Terdahulu, dermawan yang dikenali sebagai Sultan Pemurah itu menjadi tular selepas dikatakan banyak memberikan hadiah mewah kepada pempengaruh khasnya di TikTok.

Disebabkan sikap pemurahnya itu, ramai yang mula mencari siapakah individu lelaki dermawan di sebalik nama Sultan Pemurah itu.

IKLAN

Selain Kacak, beberapa nama lain turut diteka warganet misalnya Shuib dan Aeril Zafrel sendiri.

Video sama turut dikongsikan Sultan Pemurah dan sehingga kini ia sudah pun menerima tontonan lebih 300,000 kali.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI