“Mengarut je (saja) jamu semua ni, aku dah cuba minum. Konon bertenaga sangat, bertambah lemah lagi ada lah! Pahit.”

Itu antara komen yabg ditinggalkan pengguna di aplikasi TikTok menerusi hantaran video dimuat naik pelakon dan usahawan, Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga meski selepas bersalin anak kedua.

Menerusi video tersebut, Tya, 28, atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari mendedahkan, ia berkat amalan turun temurun dengan mengamalkan pengambilan jamu termasuk produk diusahakan, jamu Mutyara.

Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya.

“Kadang Yang Komen Tu, Mereka Tak Minum Pun,” – Tya Ariffin Terasa Bila Ada Beri Respon Jelik Pada Jamu Keluarannya “Kadang Yang Komen Tu, Mereka Tak Minum Pun,” – Tya Ariffin Terasa Bila Ada Beri Respon Jelik Pada Jamu Keluarannya

“Rasanya tidak salah berkongsi apa yang saya buat dan amalkan. Sebab sebelum memulakan perniagaan ini pun ramai bertanya macam mana saya mengekalkan tubuh badan yang bertenaga sepanjang masa. Satu daripadanya adalah amalan meminum jamu. Itu sebab Mutyara ini dirumus dari resipi turun temurun keluarga saya di Indonesia dengan menggunakan bahan alami dan makanan sunnah.

IKLAN

“Sudah tentu saya juga ingin melihat keberkesanan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, baju kebaya saya empat tahun lalu masih muat dipakai hari ini. Buktinya seperti yang dikongsikan di TikTok dan Instagram. Bukan itu saja, tahap kesihatan dan kecergasan tubuh juga baik biarpun sekarang sudah ada dua anak. Ditambah pula dengan komitmen kerja, kerjaya dan keluarga memang memerlukan tenaga yang banyak.

“Jadi, kalau ada yang kata tak kena minum jamu pada dirinya atau apa saja, mungkin dia menggunakan jamu lain. Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita. Disebabkan itu saya mengangkat kembali nama jamu dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya.

Cuma, Tya akui sedih apabila terdapat komen yang mempertikaikan produk dihasilkan itu.

“Saya sedih baca komen itu yang mempertikaikan dan cakap jamu tak bagus. Kadang mereka yang komen tu, mereka tak minum pun jamu Mutyara. Seperti yang semua tahu, jamu ini dibuat bukan suka-suka, tapi sebab pengalaman saya sendiri.

IKLAN

“Saya buat Mutyara untuk wanita, sebab macam saya, saya  seorang isteri nak urus anak, selebriti dan menguruskan banyak perkara. Sama juga macam wanita lain yang sebenarnya ramai tak tahu tanggungjawab wanita sangat besar, nak kena bangun awal, tidur lambat, uruskan anak, uruskan pekerjaan, bisnes, semua ini perlukan tenaga fizikal dan emosi.

“Bagi saya ini adalah sesuatu yang saya perlu berikan dan sokong wanita. Wanita ini selalu ada masalah penat, lelah, letih dan lesu. Jadi kita sangat perlukan tenaga, jika tak  ada macam mana nak uruskan semua komitmen dalam kehidupan seharian kita? Adakah saya salah buat semua ini? Adakah salah nak bantu wanita dapat tenaga lebih? Ini lah sebenarnya perjuangan saya. Saya sedih kalau masih ada orang yang bersikap negatif dan tetap nak nampak perkara ini tak bagus. Mentaliti yang saling menjatuhkan,” katanya.

“Kadang Yang Komen Tu, Mereka Tak Minum Pun,” – Tya Ariffin Terasa Bila Ada Beri Respon Jelik Pada Jamu Keluarannya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen di TikTok, ramai juga yang turut berkongsi keberkesanan Mutyara. Antaranya;

“@MissanisaliAlhamdulillah..dengan Mutyara ni banyak membantu sis memberi tenaga tambahan kepada mak 6 ni…tenaga dapat, sihat dan cantik pun dapat juga,” kata seorang pengguna.

“@AzlinaAziz_11Macam saya sendiri kalau dulu badan asik sejuk2 je.. minum jamu Mutyara ni terus badan kluar berpeluh..yg paling best bertenaga sgt,” kata seorang lagi pengguna.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/QPwU_3scuWk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI