Selepas tiga bulan mendiamkan diri, pelakon terkenal Hollywood, Will Smith akhirnya membuka mulut berhubung insiden menampar pelawak, Chris Rock di majlis anugerah Oscar 2022 pada Mac lalu.
Memurut Will Smith, selepas kejadian tersebut, dia cuba untuk bertemu dengan Chris namun, pelawak tersebut dikatakan belum bersedia untuk bersemuka.
Lantaran itu, menerusi entri terkini di laman Instagram, pelakon filem Bad Boy ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka diatas tindakannya itu.
“Saya terkaku pada momen tersebut. Segalanya agak bercelaru. Saya cuba untuk bertemu dengan Chris selepas acara selesai tetapi mesej yang saya terima, dia belum bersedia untuk bersemuka pada ketika itu.
“Katanya, bila dia dah bersedia nanti, dia sendiri akan mencari saya.
“Jadi, ini yang saya ingin katakan, saya ingin memohon maaf kepada awak Chris. Perbuatan saya itu sememangnya tidak boleh diterima.
“Saya sentiasa ada disini bila kamu bersedia untuk bercakap dan bersemuka dengan saya,” katanya.
Ads
Pada masa sama, permohonan maaf tersebut turut ditujukan buat seluruh ahli keluarga Chris lebih-lebih lagi buat ibunya, Rosalie Rock.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada ibu Chris. Saya ada lihat sebuah wawancara ibunya. Jujur saya katakan, pada kejadian tersebut, saya tak berfikir panjang dan tidak peduli yang saya juga telah menyakiti hati banyak pihak dek kerana perbuatan saya itu.
“Saya minta maaf juga pada seluruh ahli keluarga Chris,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Will turut memaklumkan sebagai manusia, dia sendiri tidak dapat menerima perbuatannya itu.
Ads
“Tiga bulan ini, saya menghabiskan masa untuk mengenang dan memahami kembali apa berlaku sepanjang kejadian tersebut.
“Disini, saya bukan nak mempertahankan perbuatan saya, tapi apa yang ingin saya katakan kepada anda semua, tiada satu pun bahagian di dalam diri saya yang memikirkan perbuatan tersebut adalah betul untuk dilakukan pada ketika itu.
“Itu bukanlah cara yang betul untuk berhadapan dengan situasi bila kita tak dihormati atau dicemuh,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah isterinya yang meminta dia untuk menampar Chris Rock, Will Smith menafikan mengenai perkara tersebut.
Ads
“Tidak. Tindakan tersebut dibuat atas keputusan saya sendiri.
“Saya juga ingin. Memohon maaf kepada isteri dan anak-anak saya kerana kontroversi yang saya cipta,” akhirinya.
Untuk rekod, pada Anugerah Akademi 2022 yang lalu, Chris Rock membuat jenaka mengenai kepala isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith, yang dicukur botak.
Gurauan itu menyebabkan Will Smith hilang sabar dan naik ke atas pentas seterusnya menampar Chris.
Kemudian, Will Smith diumum Pelakon Lelaki Terbaik, ia merupakan Oscar pertamanya untuk peranan utama dalam filem King Richard.
Selepas kelakuannya menerima pelbagai reaksi di media sosial, Smith membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock dan Akademi.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Will Smith
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebuah drama rantaian terbaru berjudul Takdir Yang Tertulis nyata mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan.
Masing-masing memberikan reaksi positif dan tidak sabar untuk menantikan episod terbarunya.
Lakonan Elvina Mohamad yang memegang watak Ruhila menerusi drama tersebut juga turut membuahkan hasil, sekaligus menjadi perbualan di kalangan pencinta drama tempatan.
Menerusi drama yang bersiaran di slot Samarinda TV3 itu, rata-ratanya memuji Elvina yang disifatkan berjaya menghidupkan watak Ruhila, seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seorang yang berbeza.
Dalam pada itu, Elvina ada menitipkan ucapan terima kasih kepada penonton yang telah menonton drama bersiri tersebut.
Pelawak Ali Puteh, memuat naik posting yang mengejutkan ramai di laman sosial Instagram miliknya, pada Rabu.
Menerusi posting tersebut Ali, seolah-solah dipercayai sedang melepaskan rasa tidak puas hati terhadap balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam Ali beberapa minit selepas dimuat naik.
Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu sebaliknya mencabar usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersemuka dengannya sekeluarga.
Memetik Gempak, rasa sabarnya hilang selepas menonton video ‘live’ yang dibuat oleh usahawan berkenaan ketika berkunjung ke rumah Hidayah untuk memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan perkakas rumah.
“Saya tidak kisah dia nak melawat keluarga arwah, tetapi dia tidak sepatutnya memberikan komen mengenai apa-apa hal sekalipun.
“Tindakan dia telah mengguris hati emak dan kami sekeluarga. Tidakkah dia sedar yang tindakan dia tu boleh menimbulkan fitnah?
“Apa yang dia nak tunjuk kepada masyarakat di luar sana? Saya cabar Datuk Seri Aliff Syukri bertemu dengan saya dan emak!
“Kalau boleh esok juga!,” katanya terkilan.
Ali berkata, usahawan kosmetik tersebut tidak sepatutnya membuat kandungan untuk ‘menjual videonya’ dengan kesulitan yang sedang dihadapi orang lain.
“Apa motif dia buat content dalam keadaan sekarang? Kalau iya pun nak berniaga bukan macam ni caranya.
“Tolonglah, saya dan emak mahu berjumpa dengan dia!,” ujarnya lagi.
Terdahulu Aliff Syukri telah memuat naik video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) Aliff Syukri Terlajak Laris.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ribuan tontotan dan ratusan komen.
Sumber : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program terbaharu, Talk To My Manager (TTMM) mencuri tumpuan sebaik sahaja episod pertamanya ditayangkan pada 24 Ogos lalu di Astro Ria (saluran 104) pukul 9 malam.
Berkonsepkan legasi hiburan keluarga, penonton disajikan dengan ‘pertembungan’ pasangan anak-beranak yang memiliki empayar serta jenama tersendiri dalam industri seni tempatan.
Lebih menarik, TTMM bukan sekadar program hiburan tipikal, sebaliknya ia turut memberi ilmu melalui pendedahan bakat si anak yang menjadi ‘produk’, sementara ibu atau bapa pula berperanan sebagai pengurus.
Antara barisan peserta yang menyertai ialah pasangan ibu dan anak seperti Siti Saerah – Amad, Sharifah Shahirah – Audrra, Sharifah Zarina – Athalia, Liza Hanim – Marsya dan Ina Naim – Hadie.
Manakala untuk pasangan bapa-anak pula terdiri daripada Ameng – Ammar, Shuib – Thalita, Aziz M. Osman – Ara Aziz.
Selain barisan peserta bertanding, turut menjadi perhatian pada episod ialah kehadiran Datuk Alif Syukri dan anak lelakinya, Ammar Ahyan atau lebih dikenali sebagai Ammayan sejurus program.
Walaupun mereka bukan peserta, kehadiran mereka mengendalikan slot Post Mortem yang bersiaran selepas TTMM pada jam 11 malam mencetuskan kemeriahan.
Gandingan Kecoh & Serius Jadi Tarikan
Perbezaan karakter dua beranak ini bagai ‘langit dengan bumi’. Alif dilihat beberapa kali tersasul sehingga suasana jadi huru-hara, manakala Ammayan kekal tenang serta serius membaca skrip ketika berinteraksi dengan peserta.
Gelagat mereka nyata mencuit hati warganet yang mengaku terhibur.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, pemilihan Alif dan Ammayan sebagai hos Post Mortem TTMM sebagai langkah tepat kerana aura mereka yang unik.
“Kami fikir pemilihan Alif Syukri dan Ammayan sangat sesuai mengendalikan Post Mortem TTMM kerana aura dan sikap bersahaja mereka saat melakukan siaran langsung.
“Mereka berjaya berinteraksi dengan penonton meski mempunyai cara yang berbeza iaitu Alif kecoh dan Ammayan tetap kekok.
“Nilai kekeluargaan mereka yang akrab juga menjadi faktor produksi sepakat memilih Alif Syukri dan Ammayan sebagai hos Post Mortem TTMM,” ujarnya.
TTMM menggunakan format penjurian 100% daripada juri tetap pada minggu pertama. Undian untuk minggu kedua dan seterusnya kini dibuka di laman Astro Gempak.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi, bersama barisan juri terkenal iaitu Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama tujuh minggu, konsert Talk To My Manager bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Penonton juga boleh menstrim program ini melalui aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebelakangan ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu penyanyi yang didakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada pihak penganjur apabila dijemput membuat persembahan di sesebuah acara.