Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjelaskan dia percaya kepada rezeki dan penghasilan produk terbaharunya, Inna Nunha bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana jenama inai sedia ada.

Sebaliknya, Neelofa, 33, berkata dia sedia maklum setiap peniaga pasti mempunyai cara tersendiri di dalam memasarkan produk yang dihasilkan.

“Ini bukanlah produk pertama saya. Sebelum ini dalam bisnes saya pernah hasilkan pakaian, tudung dan sebagainya. Selebiriti lain pun pernah juga lakukan perkara yang sama.

“Jadi kita di sini bukan nak bersaing, tidak. Bagi saya rezeki Allah itu luas. Saya juga percaya, setiap peniaga ada cara, strategi dan hala tuju masing-masing.

“Yang melaga-lagakan dan memanaskan ini ialah orang luar dan mereka yang berkaitan, yang mungkin tidak faham dengan konsep rezeki.

“Kita di sini ‘chill’ sahaja. Orang nak cakap apa, mengenai warna begitu begini kita relak,” katanya kepada MH.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

Ditanya mengapa soal perbadingan timbul, bekas hos program MeleTOP ini berpendapat perkara berkenaan terjadi kerana ia dipasarkan dalam waktu yang hampir sama.

Malah, inai juga menjadi tular kerana ada yang rasa was-was serta persepsi pengguna sama ada ia boleh dibawa solat atau sebaliknya.

“Ia terjadi mungkin disebabkan oleh produk ini dilancarkan dalam tempoh yang lebih kurang sama dengan jenama lain. Jika sebaliknya, isu ini mungkin tidak akan timbul.

IKLAN

“Lepas tu pula viral mengenai macam-macam perkara misalnya soal mesra solat, warna dan sebagainya. Di akhirnya, perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya.

Tidak melihat sebarang manfaat sekiranya ada netizen bergaduh sesama sendiri mengenai isu yang diperkatakan, ibu kepada seorang cahaya mata memilih untuk fokus mencari rezeki yang berkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

IKLAN

“Tak payahlah memenatkan kalian punya tangan, mulut dan kepala untuk berbuat demikian. Sebab Allah sudah tentukan rezeki kita semua di dalam setiap perkara.

“Tinggal lagi kita perlu tekankan untuk mencari rezeki yang berkat sahaja. Cari rezeki dengan cara yang baik, tanpa perlu maki hamun, mengecam, menghentam dan sebagainya,” katanya lagi.

Terdahulu, Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memberikan penerangan dan bukti saintifik terhadap inai keluarannya telap air.

Inisiatif tersebut dilakukan bagi menangkis keraguan ramai susulan kekeliruan yang timbul sama ada ia sah atau tidak untuk dibawa solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI