Selepas namanya diperkatakan ramai susulan kejayaan drama bersiri Melur Untuk Firdaus baru-baru ini, Meerqeen sekali lagi menerima perhatian apabila bintang muda itu menerima pencalonan 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022).

Menjadi calon tunggal lelaki dari Malaysia, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menerima pencalonan berkenaan daripada media antarabangsa, TC Candler.

Perkara sama turut dikongsikan laman berkenaan menerusi satu ciapan di Twitter tiga hari lalu.

“Tahniah kepada empat calon ini kerana secara rasminya dicalonkan sebagai 100 Wanita Tercantik/ Lelaki Terkacak 2022. Mana satu calon kegemaran anda? Teruskan mengundi!,” kapsyen yang tertera.

Melihat senarai, TC Candler ada memuat naik tiga lagi foto calon yang tersenarai termasuk Riku NiziU, pelakon Bollywood Kartik Aaryan dan Shownu Monsta X.

IKLAN

Untuk kempen tahun ini, namanya turut berada sebaris dengan bintang popular dunia lainnya seperti Bradley Cooper, Liam Hemsworth, The Weeknd, Suga BTS, Song Joong Ki, RM BTS, Hrithik Roshan dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Sebelum ini, pelakon Anna Jobling turut menerima pencalonan sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh organisasi sama.

IKLAN

Selain Anna, turut tersenarai ialah anggota Blackpink iaitu Jisoo, Camilla Belle, Kiko Chan dan ramai lagi.

Tahun lalu, salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan yang tersenarai dalam kategori tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

IKLAN

Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Meerqeen

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI