Selepas kejayaan drama Nusyuz Berkiblat Cinta, aktres meningkat naik, Shaza Bae bakal membintangi sebuah lagi naskah terbaru yang dikatakan akan menguji kemampuan sebenarnya sebegai seorang pelakon.
Menurut Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri, dia amat teruja apabila dilamar rumah produksi, JS Pictures untuk menjayakan drama, Nikah Cerai Rujuk.
“Saya akan menjalani pengambaran drama siri 24 episod bersama dengan JS Pictures yang berjudul Nikah Cerai Rujuk. Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan Sheila Rusli dan Jinggo.
“Saya akui ini merupakan cabaran baru bagi diri saya. Bagaimanapun, saya percaya cabaran ini akan membantu saya untuk berkembang sebagai seorang pelakon dan manusia,” katanya kepada MH.
Jelas pemenang Dewi Remaja 2019 ini lagi, meskipun pada awalnya dia berasa agak gementar, namun, dia menyifatkan kesempatan ini sebagai peluang yang sangat berharga.
“Industri ini kecil, kalau kita nak elak pun, kita akan berjumpa juga dengan orang yang sama. Saya melihat ini sebagai satu peluang berharga apabila dapat bekerjasama dengan Sheila Rusli dan Jinggo.
“Saya suka bila berlakon drama baru, saya akan bekerjasama dengan ramai orang baru. Ia merupakan satu petanda positif. Penerbit dan pengarah yang berbeza sentiasa menginginkan saya dan sedar akan kehadiran saya di industri ini.
“Walaupun ada perasaan gementar, tapi saya akan jadikan ia sebagai cabaran dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin dengar jawapan saya macam ‘poyo’ tapi itulah hakikatnya,” ulasnya lagi.
Sementara itu, bintang berusia 26 tahun ini juga mendedahkan dia sebolehnya mahu merasai sendiri pengalaman berlakon dibawah bimbingan Jinggo dan Sheila Rusli.
“Saya sudah menjalani sesi bacaan skrip dan bertemu dengan Abang Jinggo tapi belum berkesempatan jumpa Sheila Rusli.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya dapat rasakan akan ada berbezaan sewaktu penggambaran nanti. Saya mahukan pengalaman itu.
“Orang lain boleh berkata macam-macam tentang mereka, tapi saya mahu rasai sendiri pengalaman berkerja dengan dua orang hebat ini,” kongsinya lagi.
Malah, Shaza mendedahkan dia juga ada bertanyakan kepada rakan artis mengenai persediaan yang harus dia lakukan sebelum masuk ke set penggambaran.
“Saya ada bertanya kepada Yusuf Bahrin sebab mereka pernah bekerjasama. Dia kata semuanya okay sahaja cuma disiplin kita kena tinggi.
“Saya tak risau sebab saya memang seorang yang sangat berdisiplin. Yusuf juga bagitahu, saya kena sentiasa bersedia dengan watak.
“Pada masa sama, saya juga tak sabar nak berlakon dengan mereka sebab saya nak tunjukkan yang saya merupakan pelakon yang lain daripada yang lain,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shaza Bae & Sheila Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian, Cari Aku Di Syurga bakal berakhir malam ini dan apa yang menariknya, episod terakhir bakal ditayangkan selama dua jam.
Makluman tersebut sudah pun dilakukan beberapa hari lalu. Malah para pelakon utamanya juga turut memberitahu perkara berkenaan meneusi platform media sosial masing-masing.
“Tayangan 2 jam untuk episod akhir #cariakudisyurga malam ni. Dah ready ke?,” tanya Mimi Lana yang mendukung watak Mira menerusi Instagramnya, beberapa jam lalu.
Malah, Aeril yang dipuji keberkesanan watakknya dalam membawa peranan sebagai Anas, turut berkongsi hal sama di Instagram miliknya.
Selain Mimi Lana dan Aeril, Cari Aku Di Syurga yang bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam turut dibarisi pelakon terkenal lain seperti Janna Nick, Maria Farida dan ramai lagi.
Apakah agaknya kesudahan drama ni kan? Korang rasa?
Foto: Instagram Aeril Zafriel, Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida memilih untuk menukar bilik penginapannya di sebuah hotel kerana mahukan bilik yang luas selain menghadap laut.
Melalui perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, penyanyi lagu Kuikhlaskan itu pada awal dilihat tidak berpuas hati dengan bilik yang ditempah.
Dia bagaimana pun gembira kerana berjaya tukar bilik yang dirasakannya lebih selesa.
Pelakon, Anita Baharom akui gembria selepas anak lelakinya yang juga pelakon cilik, Mohamad Dhia Iskandar bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya di pusat tahfiz.
Menurut Anita, keputusan tersebut sebenarnya telah dibuat atas kerelaan hati anaknya itu sendiri.
Katanya lagi, Allahyarham suaminya juga pasti akan turut gembira dengan perkhabaran ini.
“Yang.. @ismadiismail Dadar @dhiaiskandar_ofc saya dah masukkan ke Tahfiz atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga. Alhamdulillah MasyaAllah.
“Allah bukakan hati dia. Alhamdulillah
Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah terus tersemat di jiwa sanubari,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Tetuan Ang Dan Rahimi ini turut berharap agar segala proses pembelajaran anaknya akan sentiasa dipermudahkan sepanjang berada di pusat tahfiz tersebut.
Dikesempatan itu juga, Anita turut memanjatkan doa semoga allahyarham suaminya itu akan sentiasa tenang di alam sana.
“Baik adabnya, baik kelakuan, anak soleh mummy daddy penenang, pengejuk dan dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat kelak.. ameen ya mujib.
“Semoga awak tenang dan happy di sana yangg. Rumah sunyi tinggal bertiga huhuhu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Dhia akan sentiasa menjadi anak yang soleh.
“Dadar anak yang sangat bijak. InsyaAllah Semoga dipermudahkan pembelajaran nanti.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Ita dan anak-anak.
“Semoga terus menjadi anak soleh dan khayra ummah. Amin.
“Semoga Dadar berjaya menjalani pengajian di pusat tahfiz dan menjadi anak soleh umie dan daddy.
“Sending you big hug kak. Stay strong dan Allah bersama akak sekeluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, suami kepada Anita yang juga merupakan pengarah Ismadi Ismail, 50, baru sahaja meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...