Jurusolek profesional, MUA Bellaz menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Jumaat.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Bellaz atau nama sebenarnya Nir Nabila Zulyadini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram

Pada masa sama, Bellaz turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Nur Aisywara Nealofa.

“Allahuakbar, syukur Alhamdulillah. Nur Aisywara Nealofa,” tulisnya ringkas.

Menerusi entri berasingan, Bellaz turut memberitahu, anaknya bongsunya itu kini berada dalam keadaan yang sihat.

IKLAN

Malah, dia juga turut mengimbas kembali saat pertama dia mengetahui mengenai kehamilannya itu sewaktu menunaikan umrah di tanah suci.

“Salam maal hijrah buat semua aunty dan uncle yang beragama Islam. Alhamdulillah Nur Aisywara Nealofa sihat di awal Muharam ini.

IKLAN

“Awal Muharam hari yang penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari makkah ke madinah.

“Di Kota Makkah la Nur Aisywara Nealofa hadir dekat rahim mama. Test dekat Malaysia dia tak naik dua line. Duduk sana dalam dua minggi test-test, naik rezeki ya Allah. Suprise dekat sana,” kongsinya lagi.

IKLAN

Malah, Bellaz yang kini memiliki lebih dua juga pengikut di laman Instagram turut menitipkan doa buat semua pasangan suami isteri yang sedang menantikan zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka

“Bellaz doakan ibu-ibu semua yang menanti diberikan zuriat secepat mungkin. aminnnn Amin,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Bellaz dan suami.

Sekadar informasi, Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2013 dan telah terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI