Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi perkembangan permata hatinya, Ana Nayla yang kini mencecah usia 11 bulan.
Menurut Ayda, puterinya itu sedang untuk tidur, lebih-lebih lagi apabila berada di dalam kereta.
“Everytime masuk kereta, boss baby mesti mengantuk. Senang jaga. And boleh buka radio kuat. No worries, dia memang dari kecil boleh tidur bising-bising.
“Malam dia tidur je, mommy and daddy tengok movie,” kongsi Ayda.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Mata ini menerusi Insta Stories.
Ads
Malah, isteri kepada Nabil Mahir ini juga akui tidak terlalu mendedahkan Ana Nayla dengan sebarang gajet.
Ads
“No iPad, no iPhone. No cartoon bila dalam kereta. For now, kita tak biasakan dia dalam kereta even dekat rumah dengan gajet.
“No cartoon/TV/phone terutamanya masa makan, nak tidur. Playtime only boleh. Alhamdulillah shes very good girl.
Ads
“Bila tak biasakan, dia tak minta atau menangis kalau tak dapat,” tulisnya lagi.
Tanggal 1 Januari lalu, genap setahun usia perkahwinan Ayda dan Nabil dan cahaya mata sulung mereka itu dilahirkan pada 21 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Pengarahnya Ellie Suriaty, tambah pula ini filem pada zaman dia, jadi tak boleh tolak.”
Demikian kata penerbit, Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh yang menghargai penerimaan pelakon senior, Khatijah Tan untuk membintangi filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Pencil Pictures & Records Sdn Bhd berjudul Saadiah; Bekal Kasih Merdeka.
Ayu berkata, meski pernah menerima pelbagai penghargaan, namun Khatijah yang disapa sebagai Mak tidak berkira atau meletakkan harga terlalu tinggi untuk membintangi naskhah berkenaan.
“Kita ingatkan bila Mak sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan kita memang mahukan Mak, ingatkan dia akan letak harga ‘potong kepala’. Tapi Mak bukan macam tu, seperti segelintir pelakon.
“Dia teruja kerana ini projek filem epik dan mendukung watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Mak pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘roh’ untuk filem ini.
“Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, buat kami rasa kagum. Memang bakat Mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon,” katanya.
Melihat kepada komitmen tersebut, Datuk Ayu cuba memberikan bayaran yang lebih baik.
“Bila dia letak harga begitu, kami terkejut. Saya dan Ellie saling memandang. Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada Mak, kami ‘tutup mata’, berikan harga lain untuk dia.
“Sebab dialah yang menghidupkan keseluruhan cerita. Harga tersebut dia letak kerana awalnya ia super tele-movie dan tak masuk panggung, tapi skala nakshah ini besar.
“Mak masuk set dengan babak air mata tu, saya beritahu Ellie (bayaran lakonan) selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami,” katanya lagi.
Ditanya persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Datuk Ayu kagum dan berpuas hati.
“Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil Mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak‘diva’, mudah berikan kerjasama.
“Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit,” katanya lagi.
Saadiah; Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke IPD Gerik selama 37 tahun sebagai mengenang arwah suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem yang turut dibarisi Azriel Ismail, Kaka Azraff, Faizal Hussien dan ramai lagi ini bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan kasih sayang seorang bapa yang bergegas berlari mendapatkan anak saudaranya yang tumbang menahan terik matahari ketika dalam perbarisan.
Video serta gambar tular tersebut nyata meruntun hati banyak pihak termasuklah buat pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, insiden tersebut mengingatkannya kembali kepada pengorbanan arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak yang sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menyaksikan anaknya itu bermain bola.
“Ya Allah berkaca mata Abe Joe tengok video ni malam tadi. Korang dapat rasa tak perasaan seorang ayah yang tengok anaknya rebah depan mata. Kalau jadi kat Abe Joe, confirm arwah ayah Abe Joe akan buat benda yang sama.
“Hmm teringat Abe Joe masa zaman main bola dulu. Arwah Ayah Abe Joe sanggup ulang alik dari Pasir Puteh ke Kota Bharu semata-mata untuk support Abe Joe tepi padang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Lantaran itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama bapa sementara hayat mereka masih ada.
Katanya lagi, kasih sayang seorang bapa sememangnya tidak ternilai walaupun kadang kala tidak terungkap melalui kata-kata.
“Sebagai seorang anak dan ayah, Abe Joe sangat terkesan bila tengok video ni. Itulah namanya ayah, bila dia sayang, dia tak cakap, tapi dia akan tunjuk.
“Bila last korang berbual dengan ayah korang? Tahu korang busy, tapi luangkan masa sekejap untuk call ayah korang tanya khabar.
“Ayah ni tak minta banyak pun, cukup bila dia tau anaknya sentiasa selamat dalam pekerjaan yang dilakukan. Al-fatihah untuk arwah ayah Abe Joe – Wan Omar bin Wan Ishak,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji usaha warga emas tersebut untuk membantu anak saudaranya itu.
“Tak pernah tak sedih tgk video ni. Hebatnya kasih seorg ayah dan ibu. Al-fatihah buat ibu bapa yang dah meninggalkan dunia.
“Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah hingga ke mati.
“Berkali-kali ulang tengok video ni air mata mesti keluar.
“Tiap kali video ni lalu, bukan setitik airmata yang gugur. ALLAH, hebatnya kasih seorang ayah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, insiden tersebut difahamkan berlaku ketika sambutan Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.
Menerusi video tersebut, si ayah bukan sahaja memapah anak saudaranya untuk kembali berdiri, malah dia juga turut kekal di belakangnya agar si anak terus berada dalam perbarisan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai nasib 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah.
Kesemua mereka didakwa telah menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan yang sepatutnya membawa jemaah untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah.
Perkhabaran ini nyata mengundang reaksi pelbagai di kalangan warganet. Antara yang turut sama memberikan reaksi berhubung insiden ini termasuk pelakon popular, Aaron Aziz.
Menurut Aaron, dia menyifatkan penipuan jemaah haji sebagai tindakan yang paling keji dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
“Sungguh biadap. Sungguh tak beramanah. Sungguh keji. Saya harap pihak berkuasa dan Persatuan Kebajikan dapat kutip penipu dan pembohong semua.
“Jom siapa yang solat Jumaat ramai ramai kita doakan utk mangsa mangsa yg ditiipu dan dipermudahkan urusan mereka,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Jelas Michael, sikap mereka ini seolah-olah tidak menghiraukan kepayahan dan kesusahan para jemaah yang telah bertungkus lumus mengumpul duit dan membuat persediaan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 itu.
“Banyak-banyak benda yang kamu semua nak menipu, janganlah menipu orang yang pergi umrah atau haji lebih-lebih lagi dari kalangan warga emas.
“Tak rasa bersalah ke menipu duit orang-orang tua tu? Secara seriusnya, anda tiada ibu bapa juga ke?
“Nak menipu pun pergilah menipu orang yang mudah tertipu atau nak cepat kaya,” ulasnya.
Rasa geram itu dikongsikan sendiri oleh Michael menerusi entri terkini yang laman Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar nasib para jemaah ini dapat dibela.
“Betul sangat. Kesiannya. Semua simpan duit. Mereka ingat mereka akan sampai Mekah dengan duit yang dikumpul hasil penat lelah.
“Sampai hati buat begini pada mereka yang nak menunaikan haji. Simpanan sepanjang hayat. Ada yang bergolok gadai semata-mata nak jejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
“Kesian dekat diorang. Teringat kalau mak bapak kita yang kena.
“Mereka semua ini tiada hati dan perasaan.
“Setuju, hancur hati bila baca berita tentang ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, memetik laporan terkini Astro Awani, sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji terlibat berikutan isu penipuan ini.
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat.
Kesemua jemaah Haji itu berdaftar di bawah visa furada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz, Michael Ang & Fareez Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.