Penyanyi dan rapper, T-Pain telah membuka satu kisah yang mana dia pernah mengalami masalah kemurungan selama empat tahun akibat dari komen oleh individu yang dihormatinya yang juga sahabat, Usher. Dalam perkongsian menerusi rancangan siri doku This Is Pop yang disiarkan di laman penstriman digital, Netflix, dia menceritakan bagaimana komen tersebut memberi impak negatif terhadap dirinya.

“Suara Auto-Tune Kamu Merosakkan Industri Muzik,” – Komen Usher Menyebabkan T-Pain Alami Kemurungan Selama 4 Tahun

 

Kejadian itu terjadi ketika dia dan Usher berada di dalam pesawat yang sama menuju ke acara Anugerah BET 2013. Kongsi selebriti yang terkenal dengan lagu Low bersama Flo-Rida ini, “Ketika berada di dalam pesawat, pramugari mengejutkan saya yang Usher mahu berjumpa. Jadi saya bangun dan berjalan ke belakang menuju ke arahnya. Kami berbual-bual seketika, dan kemudian dia berkata yang dia mahu memberitahu saya sesuatu. Ketika itulah dia mengatakan yang saya telah merosakkan muzik.

IKLAN

Tapi bagi saya, saya mengunakan auto-tune namun tidak menyuruh orang lain turut menggunakannya. Apa yang saya tidak faham kerana dia adalah sahabat saya tetapi mendengar dia meluahkan pandangan yang saya merosakkan muzik untuk penyanyi sebenar merupakan permulaan kepada empat tahun masalah kemurungan yang saya hadapi.”

“Suara Auto-Tune Kamu Merosakkan Industri Muzik,” – Komen Usher Menyebabkan T-Pain Alami Kemurungan Selama 4 Tahun

IKLAN

 

Selepas siri doku itu disiarkan, T-Pain membuat ciapan di laman Twitter mengenai apa yang dia luahkan. Menurutnya, “Saya masih sayang dan hormat Usher, perkongsian itu bukanlah bertujuan untuk bersikap kurang ajar. Orang bercakap buruk tentang saya setiap hari, namun apabila ia datang dari orang yang anda hormati, kesannya berbeza.”

IKLAN

Isu penggunaan auto-tune oleh penyanyi ini sebenarnya bukanlah perkara baharu, dalam satu temubual lain bersama NPR pada tahun 2014, “Orang menyangka saya menggunakannya untuk kedengaran bagus. Tetapi saya hanya menggunakannya untuk tampil berbeza dari penyanyi yang sedia ada. Saya tidak akan mengubah gaya ini hanya kerana orang lain mula menggunakan auto-tuned secara berlebihan.”

Sumber: This Is Pop/Netflix, NPR

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI