Aksi pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang menjadi bidan terjun melakukan tugas tukang gunting rambut suami, Nabil Mahir berikutan penutupan salun atau barber sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencuri perhatian.
Menerusi hantaran terkini melalui video di Instagram, Nabil ‘reda’ apabila is isteri melakukan tugas tersebut.
“Bila @aydajebat guntingkan rambut.. Batu belah batu bertangkup jadinya. Korang berani tak bagi bini potong kan rambut? Abam redho,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen yang disertai dengan beberapa hashtag.
Merusi video tersebut, kelihatan Ayda fokus menggunting rambut sambil ditemani salah seorang anak buah.
Meski pada awalnya ia kelihatan janggal, namun hasilnya tampak baik sejurus Nabil membetulkan stail rambutnya.
Pelakon, Luqman Hafidz mengakui berasa terkesan dengan pengunduran bintang Korea Selatan, Lee Kwang Soo daripada program televisyen popular, Running Man.
Jelas Luqman, sepanjang 11 tahun mengikuti rancangan tersebut, dia merasakan program Running Man telah banyak membantunya untuk mengharungi detik-detik sukar didalam hidupnya selama ini.
Katanya lagi, peranan yang dimainkan oleh Lee Kwang So sedikit sebanyak turut mempengaruhi kehidupannya.
“#LeeKwangSoo, last episode (559).
This might look so simple to anyone else, but an emotional one for me.
“Running Man help me go through many hardship in life. 11 years of following the shows, and this man is one of the biggest reason why.
“So genuine, entertaining, funny, caring, loving through out the shows. Love by many,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Ahli Bapak-Bapak Club itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Luqman turut menambah, semenjak bergelar pelakon, dia juga selalu menjadikan Lee Kwang Soo sebagai bahan rujukan terutamanya bila melakonkan watak-watak komedi.
“When acting became my profession, he is one of my reference in comedy. Now he’s saying goodbye. Thank you for what you did in #runningman .
“Thank you for the laughter, and thank you for the memories. Gonna keep supporting you and wish you all the best,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Lee Kwang Soo telah pun membuat penampilan terakhirnya bersama program Running Man yang disiarkan secara rasmi pada Ahad lalu.
Untuk rekod, Lee Kwang Soo telah merakamkan sebanyak 559 episod sepanjang 11 tahun penglibatannya di dalam program tersebut.
Sumber: Instagram Luqman Hafidz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia mahu memanfaat seterusnya memperbaiki hubungan bersama pelakon Syafiq Kyle.
Meskipun tidak menyatakan secara rasmi kembali rapat, namun perkongsian Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin dalam Instagram (IG) Story, beberapa bulan lalu bagai mengesahkan hubungan kembali bertaut.
Posting itu memaparkan video dan foto sejambak bunga dengan diiringi kad yang tertera ucapan romantis sempena sambutan ulang tahun Mimi ke-25 pada November, tahun lalu pemberian Syafiq.
Memetik Berita Harian, Mimi menyifatkan hubungan yang termeterai sejak enam tahun lalu sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Menurutnya lagi, hubungan yang pernah renggang sebelum ini telah membuatkan keduanya lebih matang dalam perhubungan.
“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang.
“Kami sudah lama menjalinkan hubungan cinta, hendak masuk enam tahun. Setiap tahun, daripada tahun pertama hingga sekarang, banyak perkara dipelajari.
“Antaranya, jika mahu selesaikan sesuatu masalah, kita kena sama-sama menghadapinya dengan cara lebih matang.
“Perkara utama dipelajari daripada perpisahan ini ialah kami perlu kenal diri dan menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain,” katanya yang dipetik.
Ditanya mengenai perancangannya untuk ke fasa berumah tangga, pelakon tinggi lampai ini menyifatkan dia kini sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Jika kita sendiri tidak mampu nak menyayangi diri sendiri, mana mungkin mampu melakukan perkara sama pada insan lain. Justeru, saya dan Syafiq perlu ada sifat ini untuk mencipta hubungan yang berlandaskan cinta sejati.
“Apabila bercinta, memanglah kami ada perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Namun, dengan situasi sekarang, ia bukanlah masa yang sesuai.
“Tarikh perkahwinan memang tiada lagi. Jika nak diikutkan, saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma, saya tidak tahu bila. Cepat atau lewat, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan.
“Pada waktu ini, saya hanya mahu menjadi seorang insan dan wanita yang lebih baik. Apapun, saya percaya, jika niat murni, Tuhan akan permudahkan,” jelasnya lagi.
Mimi akui, perkara itu pernah dibincangkan bersama pelakon drama rantaian Nur itu, namun ia hanyalah sekadar perbualan biasa.
Dia pada masa sama percaya rezeki ditangan Allah SWT, Mimi menjelaskan dia tidak risau mengenai soal naik tirun populariti selepas berkahwin nanti.
“Jujurnya, saya tidak pernah risau soal populariti terjejas apabila sudah bergelar isteri. Saya percaya semua ini sudah diatur Tuhan. Saya tidak boleh tolak atau merungut.
“Mungkin ada orang berpendapat, rezeki pada mereka adalah kemasyhuran dan duit. Pendapat orang berbeza-beza. Saya pula lebih yakin perkahwinan akan lebih membuatkan rezeki seseorang bertambah,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Mimi kini muncul menerusi drama rantaian, Masih Ada Rindu bersiaran di slot Akasia di TV3. Drama arahan Osman Ali itu menyaksikan dirinya bergandingan dengan pelakon hebat, Farid Kamil.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan akibat kesempitan hidup.
Kisah yang berlaku di Semporna, Sabah itu nyata menimbulkan tanda tanya di hati ramai pihak yang mempersoal mengapa permasalahan seperti ini boleh terjadi.
Antara yang turut terkesan sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut termasuklah pelakon, Atu Zero.
Jelas Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, dia berasa terpanggil untuk memohon maaf kerana membiarkan insiden menyayat hati seperti ini berlaku di negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Atu turut dilihat mempersoal keberadaan ketua kampung dan jiran-jiran terdekat sewaktu kejadian tersebut berlaku.
“Salam semua. Alhamdulilah. Maafkan saya dik. Mana ketua kampung disitu jiran-jiran diorang tidak tanya ka masalah saudara-saudara di sekeliling.
“Nasib baik ada sukarelawan situ yang lalu. Terima kasih banyak-banyak sama sukarelawan tu,” tulisnya.
Rasa sedih itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Atu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak sukarelawan yang membantu menyempurnakan jenazah bayi tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga bayi tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Allahuakbar, SubhanAllah. Kesiannya baby tu. Aku tersentak baca ni. Lindungilah anak-anak kami semua Ya Allah.
“Nun di syurga tempatmu. Tiada lapar tiada sakit hanya kegembiraan sayang. Allahu.
“Allahuakbar berat dugaan si ibu.
“Semoga nasib keluarga ini terbela,” antara komen-komen yang diberikan netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Atu Zero
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.