Mengimbau kembali kenangan lalu semestinya mengusik jiwa. 1001 kenangan menerpa di dalam minda. Terbaru dalam hantaran di Instagram, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw memuat naik gambarnya di dalam sebuah rumah berdinding kayu yang berada di tepi sungai.
Kelihatan damai dan permai seperti rumah kampung kebiasaannya, namun ada kisah sedih yang membelit hati pelantun lagu popular ‘Ku Bahagia’ ini.
“Ini rumah tempat saya dan keluarga saya dan saya dilahirkan. Sekarang adik bongsu arwah mama mendiami rumah ini. Kawan-kawan saya ketika kecil juga masih ada disini. Namun sekarang mereka diancam usir oleh PT KAI (Kereta Api Indonesia), saya akan berjuang semampu mungkin untuk mendapatkan kebajikan yang selayaknya untuk mereka. Bismillah semoga hidup saya masih akan ada gunanya,” ujarnya meluah rasa.
Mengimbau kembali memori mendiami rumah tersebut ketika kecil. Dia berkongsi kisah, “Di depan jendela ini adalah sungai yang cukup besar, kalau hujan besar dan banjir, saya cukup suka bila digendong nenek dan melihat banjir dari jendela ini. Kadang-kadang ada ular yang cukup besar berenang dan momen itu bagi kami sudah cukup menjadi hiburan yang menyenangkan.”
Dia yang kini sudah berusia 47 tahun sudah menghasilkan lebih dari 500 buah lagu sepanjang kariernya dalam bidang muzik. Menjadi orang yang sukses dan kaya bukan bermaksud harus mendongak ke langit. Oleh itu, isteri kepada Anto Hoed ini lebih senang bersikap low-profile.
Apabila ada yang menganggap dirinya sombong kerana tidak memenuhi undangan, penyanyi ini punya pendapat sendiri. Katanya, “Apa yang hendak saya sombongkan, saya lahir dan dibesarkan dari keluarga dan lingkungan yang bawah. Mungkin perkara ini membuatkan saya lebih suka terlibat dalam kegiatan kemanusiaan dan juga sosial. Kerana saya pernah berada di tempat yang sangat bawah. Apa yang saya miliki sekrang adalah hasil kerja keras selama ini.”
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-55 ibunya, pelakon Mira Filzah ada mencoretkan ucapan istimewa buat wanita paling disayanginya itu dalam satu posting terbaru di Instagram.
Dalam satu dedikasi istimewa, pelakon Sweet Dreams itu menyatakan sambutan hari jadi ibunya, Faizatul Akmar Dato’ Hisan tahun ini berbeza atas situasi semasa.
“Happy 55th Birthday Mak. Too many work postings sempena 6.6 sale semalam, so I decided to post this today. I want this posting to be special.
“Happy 55th Birthday Mak sayang. Tahun ni sedikit berbeza. Kita tak dapat beraya sama sama. Kita tak dapat birthday dinner sama sama,” tulisnya.
Mira bagaimanapun turut memanjatkan doa, mengharapkan agar ibunya senantiasa dirahmati dan diberkati Yang Maha Esa.
Pelakon, Zul Ariffin mengakui selesa bekerja bersama pengarah, Michael Ang lebih-lebih lagi menerusi drama terbaru berjudul Love, Elsa.
Jelas Zul, Michael merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan dia juga menghormati setiap permintaan para pelakonnya.
“Michael Ang seorang pengarah yang bagus. Tak boleh disangkal lagi. Ramai yang tak tahu, dia seorang yang sangat menghormati polisi setiap pelakon dia, seperti apa yang mereka selesa dan apa yang tidak.
“Dia sangat memahami dan memberi ruang kepada para pelakon. Dia akan mengambil kira mengenai apa sahaja berdasarkan situasi.
“Apa yang saya paling suka mengenainya, dia selalu memudahkan setiap perkara di set pengambaran meskipun kita berdepan dengan pelbagai masalah,” katanya kepada MH.
Tambah Zul, sepanjang berlakon di bawah arahan Michael, dia tidak berasa terlalu tertekan kerana segala urusan mereka akan dipermudahkan.
“Sebagai pelakon saya rasa seperti tiada tekanan dan lebih relak. Saya dah berkerja dengan Michael ni lama. Dia akan bagi segalanya.
“Saya percaya sesiapa sahaja pelakon yang bekerja dengan dia, pasti mereka ingin kembali berkerja bersamanya satu hari nanti,” jelasnya lagi.
Pelakon berusia 34 tahun itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media drama, berjudul Love, Elsa secara virtual pada Rabu.
Terdahulu, Zul dan Michael pernah berkerjasama menerusi drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari di samping Neelofa.
Bagaimanapun, Zul berpendapat, setiap pengarah memiliki cara kerja berbeza dan kerana itu dia sebolehnya tidak mahu terbawa-bawa dengan keselesaan yang telah diberikan oleh Michael.
“Kadang kala saya perasaan, bila kita selalu berkerja di bawah arahan Michael, nanti kita akan terbawa-bawa kerana dia akan beri banyak keselesaan. Jadi bagi saya, kita kena rasa pengalaman berkerja dengan orang lain juga.
“Bila Michael selalu memudahkan segalanya, nanti kita akan fikir produksi lain juga begitu, namun setiap set berbeza. Sebagai pelakon, kita juga kena merasai cara kerja, kreativiti dan vibes orang lain,” ujarnya lagi.
Selain Zul, drama ini dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Uyaina Arsyad, Ramona Zam Zam, Riz Amin dan ramai lagi.
Love, Elsa bakal bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Sumber Foto: Curi Curi Klik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.