Tidak dinafikan, fasa pandemik Covid-19 di seluruh dunia memberikan kesan kepada beberapa sektor penting dalam negara antaranya sektor perlancongan.
Lalu hos dan pelawak, Shuk Sahar ada berkongsi sekeping foto ketika berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai sebelum berlakunya pandemik Covid-19.
Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar meluahkan rasa rindu untuk kembali menjalani kehidupan yang normal dan seperti sedia kala.
Ads
“Tempat ni dulu penuh orang nak jalan pun kadang2 beretuh bahu…nak beli tiket pun kena gi 2 3 kaunter tanya mana satu yg ada masa kena dgn time kita nak balik.
“Tapi laa xd org tpi nak beli tiket pun kaunter x bukak nak balik kampung pun x boleh…rindu pulak rasa dengan keadaan dulu yang kononnya leceh lah nak beli tiket bas balik kampung konon ramai orang.
Ads
“Tapi benda leceh tu lah yang kita rindu….korang suma duduk rumah taw order je @semooth.cafe kami dtg antar ke rumah anda,” tulisnya.
Pelakon Ruhainies menyifatkan keserasian yang terjalin bersama aktor Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah berjaya memberi impak sehingga ada yang meminta mereka untuk betul-betul bercinta.
Menurut Ruhainies, usikan tersebut suatu yang normal memandangkan mereka disatukan sebagai pasangan bercinta di dalam drama yang disiarkan secara ekaklusif di di Disney+ Hotstar itu.
“Bagi saya bila ada permintaan sedemikian hingga ke luar set, secara tak langsung menunjukkan drama tersebut berjayalah kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.
“Baik saya dan Zul, kami profesional dan senang bila digandingkan bersama. Malah perkara tersebut buatkan proses penggambaran jadi lebih lancar.
“Terima kasih juga buat pelakon lain yang turut sama membantu. Senang cakap, dia seorang kawan yang baik,” katanya.
Ditanya mengenai sikap Zul sepanjang beberapa minggu di lokasi penggambaran, Ruhainies menyifatkan aktor tersebut sebagai pelakon yang komited dan tidak pentingkan diri.
“Dia seorang yang mengambil berat mengenai sesebuah naskhah yang dibawa. Tidak pentingkan diri dan menyokong ‘team’ untuk sama-sama berikan yang terbaik.
“Kami kerap berbincang untuk berikan lebih ‘warna’ terhadap sesuatu babak. Kalau nak diikutkan, kami tidak ikut 100 peratus skrip. Masing-masing boleh lontarkan idea berbincang bersama pengarah, Shuhaimi Zulkefli,” katanya.
Pada masa sama, Ruhainies turut melihat Zul sebagai seorang yang tenang.
“Dia ‘cheerfull’, tak pernah tunjuk dia ada masalah dan macam tak pernah marah. Malah mungkin ramai tak tahu, dia suka makan Nasi Kandar. Sekali makan dua bungkus! Ada juga masanya dia tiba-tiba akan tempah set makanan untuk satu produksi makan. Dia pemurah suka belanja,” katanya lagi.
Selain Zul dan Ruhainies, drama 16 episod itu turut dibarisi Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil membalas kritikan yang diberikan seorang individu mengenai hasil masakannya, baru-baru ini.
Menurut individu berkenaan, dia menyifatkan kek biskut batik hasilan cef selebriti tersebut sebagai yang paling tidak sedap pernah dirasanya.
Tidak melatah, Fazley bagaimanapun menerima komen dan kritikan tersebut dengan hati terbuka, seterusnya cuba untuk memperbaiki kelemahannya selepas ini.
“Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti Saudara @fazleyjalal berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya.
“Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.
“Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih”
“Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut,
“Mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman2 beliau. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob turut berkongsi perihal prinsip yang diamalkan sebagai seorang cef atau tukang masak.
“Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan.
“Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama. Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama
“Sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.
“Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari.
“Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker,” tulisnya.
Pada masa sama, Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih individu berkenaan kerana telah memberikan komen yang jujur mengenai produk makanannya.
“Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan2 beliau! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you,” tulisnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazley kini menjalankan projek usaha sama dengan Starbucks Malaysia.
Antara menu yang diperkenalkan termasuk Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api, Roti Kerak Gula Melaka, Roti Kerak Pandan, Kek Biskut Batik dan Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak Achey diuji apabila ibunya, Ngaisah Hassan dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.
Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, ibunya disahkan mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman selepas menjalani pemeriksaan doktor.
“Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.
“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.
“Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.
“Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya,” kata Achey.
Achey yang juga ahli kumpulan Bocey ini turut mendedahkan, dia sanggup menggadaikan harta yang ada demi memberikan rawatan terbaik buat ibunya yang kini berusia 73 tahun itu.
Malah Achey yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor pada masa sama turut ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.
“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.
“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.
“Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.
“Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Achey ada memuat naik foto bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya demi merawat insan tercinta.
Sebelum ini, Achey berkongsi berita mendukacitakan apabila bapanya, Hamzah Salam, 80, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.