Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memaklumkan dua orang anaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Jelas Haziq, kedua anaknya itu telah dikejarkan ke hospital bukanlah disebab wabak Covid-19 sebaliknya akibat jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

“Kena Masuk Antibiotik Untuk 3 Hingga 4 Hari,” – Kedua Anak Haziq Hussni Kini Dirawat Kerana… “Kena Masuk Antibiotik Untuk 3 Hingga 4 Hari,” – Kedua Anak Haziq Hussni Kini Dirawat Kerana…

Katanya lagi, kesemua ahli keluarganya telah pun menjalani ujian saringan Covid-19 dah keputusannya adalah negatif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)

“To clear the air, Heidy Yaya kena jangkitan dkt paru-paru and it’s not covid. Result swab kitorang td dah dapat. Alhamdulillah 4-4 negatif. Doakan yg baik-baik,” tulisnya.

IKLAN

Memetik laporan Mstar, Haziq memaklumkan kedua anaknya itu, Muhammad Heidy Nufael, 4, dan Chayra Auliya, 3 mula mengalami demam, selsema dan batuk sejak seminggu yang lalu.

“Anak-anak saya alami demam, selsema dan batuk selama seminggu dan apabila buat pemeriksaan, doktor sahkan ada virus dekat paru-paru.

“Hari ini dah masuk hari kedua kami di hospital. Saya bersama isteri teman anak-anak di hospital. Untuk teman anak-anak, saya dan isteri kena lakukan ujian saringan terlebih dahulu,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

“Kena Masuk Antibiotik Untuk 3 Hingga 4 Hari,” – Kedua Anak Haziq Hussni Kini Dirawat Kerana… “Kena Masuk Antibiotik Untuk 3 Hingga 4 Hari,” – Kedua Anak Haziq Hussni Kini Dirawat Kerana…

Ditanya mengenai perkembangan terkini kesihatan anak-anaknya itu, penyampai radio Hot FM itu memaklumkan mereka kini masih lagi dalam pemantauan dan telah pun diberikan antibiotik selama empat hari.

“Buat masa sekarang doktor masih pantau keadaan anak-anak saya. Kena masuk antibiotik untuk tiga hingga empat hari. Kalau keadaan semakin baik dan tiada apa-apa selepas itu, boleh pulang dah.

IKLAN

“Harap boleh doakan Heidy dan Yaya croat sihat. Kita yang dewasa sakit juga nak tahan dan buang kahak semua. Budak-budak ni lagilah tak tahu apa-apa.

“Nasib baik isteri saya seorang yang kuat. Dialah yang paling tenang berhadapan dengan keadaan anak-anak tengah sakit,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isteri, Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telan pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Haziq Hussni & Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI