Ads

Pemain Bass Kumpulan Spider, Tony Iskandar Meninggal Dunia

Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi.

Astro AWANI difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh.

Berita mengenai pemergian Tony turut dimaklumkan oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along menerusi akaun Instagramnya awal pagi ini.

Ads

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin,” tulis Along pada ruangan kapsyen.

Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular dalam negara yang mendapat didikan dan asuhan sifu M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Ads

Untuk rekod, Tony merupakan anggota asal kumpulan Spider bersama Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar).

Ads

Allahyarham kemudian meninggalkan kumpulan tersebut dan posisinya digantikan Is.

Anda mungkin berminat dengan

Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku selain pernah memenangi Juara Lagu ke-19 (AJL19) menerusi lagu Relaku Pujuk.

Sumber: Awani, Instagram Along Exist

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Didiklah Dengan Ilmu, Hukuman Akan Melemahkan,” – Sabri Yunus Gesa Penggiat...

Pelakon dan aktivis teater terkenal, Sabri Yunus tampil memberikan pandangannya berhubung isu tular membabit satu pementasan teater di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang teruk dikecam gara-gara didakwa mempertontonkan adegan kurang sopan.
error: Hello. Cannot.