Baru-baru ini, akhbar tempat, Harian Metro ada menerbitkan sebuah artikel mengenai bintang Bollywood, Kareena Kapoor yang kini dikatakan meletakkan harga yang terlampau tinggi bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmatnya.
Kisah tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon senior, Sharifah Shahora.
Jelas Sharifah, dia menyifatkan tindakan Kareena itu tidak sepatutnya dipertikaikan memandangkan bintang tersebut mempunyai pengalaman yang begitu luas di dalam dunia lakonan.
Katanya lagi, senario yang sama turut berlaku di dalam industri seni tanah air apabila bayaran yang ditawarkan buat buat pelakon baru dan lama dilihat seolah-olah tiada beza.
“Dia pelakon lama. Memang ada harga . Lakonan Kareena pun best. Kat Malaysia heroin/ hero pengalaman 5 tahun dengan heroin/ hero baru 6 bulan berlakon, harga dah sama.
“Penat hero/ heroin dah berpengalaman 5 tahun nak memanjat sampi ke puncak, harga dah sama dengan hero/ heroin baru. Tiada harga siling,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Angkara Cinta itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Sharifah turut merasakan para artis senior ini berhak untuk mendapatkan bayaran yang lebih baik berdasarkan cara kerja dan pengalaman mereka selama ini.
“Tu pun harga tak baca skrip. Director kena explain kenapa scene tu terjadi, apa yang berlaku terhadap karektor hero/heroin. Jadi value harga tu tak tahu atas sebab apa?
“Maybe sebab follower, lakonan dapat sambutan, management amik percent tinggi? Kenapa oh kenapa? Jangan letak murah.. jangan letak mahal. Letak harga ikut pengalaman,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut senada dengan Sharifah selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat diperbetulkan.
“Mereka ikut pengalaman, Malaysia ikut populariti. Berbakat atau tidak, berpengalaman atau tidak, semua letak tepi. Simpati dengan pelakon-pelakon lama seperti dibuli.
“Saya setuju kak. Sepatutnya lebih banyak pengalaman lebih banyak bayarannya bukan sikit.
“Kalau kerja dah 10 tahun tapi gaji tetap sama bagaimana kak? Kami yang crew-crew pula?,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Sharifah Shahora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Menjadi ke idok??? walapun dok tngh sakit masih gigih. Sila wish birtdy @shahidadherbs di ruangan komen di bawah.. sy nak baca.
“Kalau nak nak tengok sambungan kehidupan sy #ohabangkosmetik boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris disana saya posting smua mengenai anak2 saya,masakan,motivasi kehidupan dan bisnes kejayaa sy,” tulis Aliff.
Bagaimanapun, video tersebut hanyalah sekadar lakonan dan prank semata-mata buat isterinya, Datin Seri Nur Shahida sempena hari jadi.
Menariknya, Aliff telah menghadiahkan seutas gelang tangan berjenama buat isteri tercinta.
Lalu,netizen turut menitipkan ucapan hari jadi buat Shahida.
Video : Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat Kaka yang semakin berseri dan bahagia.
Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 15 Disember yang lalu dan kini penyanyi yang berusia 28 tahun itu sedang hamil 5 bulan.
Foto : Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad ada berkongsi perkembangan terkininya mengenai sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalaninya.
Menurut Elizad, dia baru sahaja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ dan kini sedang menantikan keputusan yang berikutnya.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan arti memberikan kata-kata peransang selain turut mendoakan yang terbaik buat Elizad.
Terdahulu, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan kini masih menantikan zuriat sulung mereka.
Sumber: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Naufal Azrin dilihat kembali berkongsi video Instagram lamanya yang dimuat naik lebih setahun lalu ke Insta Stories, pada Khamis.
Tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak,...