Pereka fesyen dan pengusaha restoren, Shanell Harun baru-baru ini mendedahkan sikap pelakon, Uqasha Senrose yang tidak mengambil kesempatan dalam persahabatan yang terjalin di antara mereka.
Menurut Shanell, bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berminat untuk menempah beberapa set hidangan daripada perniagaan yang diusahakan, namun cuba menolak sekiranya menu berkenaan dihantar secara percuma.
Shanell memuat naik tangkap layar perbualan di antara mereka menerusi Instagram baru-baru ini.
Selepas muncul dengan single berjudul Sakit sebelum ini, pelawak dan penyanyi, Achey kini melancarkan pula Sembuh yang mana ia adalah kesinambungan sungle pertamanya itu.
Sembuh yang juga hasil ciptaan sepenuhnya Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Masih mengekalkan genre sama dengan single terdahulu, Achey berkata lagu Sembuh mempunyai sedikit kelainan dari segi bunyi dan penghayatan lagu itu.
“Komposer dan lirik lagu ini daripada saya sepenuhnya. Cuma gubahan muzik oleh Baby Majistret bersama pasukannya. Syarikat rakaman 17 Eleven menggalakkan saya cipta dan buat lirik.
“Dalam masa sama, saya sebenarnya suka pada sentuhan sendiri. Sebab kalau menjadi dan diterima baik, ia adalah hasil kerja saya dan ia satu rahmat. Kalau sebaliknya, ia tetap hasil kerja saya dan tidak membabitkan orang lain.
“Genre lagu ini balada, sama macam lagu Yang Terindah dan Sakit. Tapi, warna dalam lagu ini adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. Penghayatan juga lain daripada lagu sebelum ini. Jadi, ia sedikit berbeza,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu Sembuh, Achey berkata ia adalah kesinambungan lagu Sakit.
“Menerusi lagu Sembuh ini ia menceritakan bagaimana kisah selepas lelaki itu meninggalkan wanita terbabit menerusi lagu Sakit. Lagu ini memaparkan yang mana dia sebenarnya masih terkesan.
“Dalam pada terluka, dia tidak sedar ada seseorang yang sanggup menerima dirinya seadanya dan sanggup berkorban dalam apa cara sekali pun. Luka yang masih ada itu memberi kesan kepada kerjaya dan orang sekeliling.
“Jadi, disebabkan itu kehadiran wanita itu adalah untuk menyelamatkan diri lelaki terbabit dan orang sekeliling supaya tidak terus tejejas. Pendek kata, luka lama sembuh disebabkan wanita ini yang mana tanpa disedari pun,” katanya.
Sama seperti lagu lain, Achey meletakkan diri dalam lagu Sembuh agar penghayatan dan jalan cerita lagu itu lebih dirasai.
“Lagu ini berkaitan degan kehidupan saya. Sebab saya suka meletakkan diri saya dalam lagu. Macam lagu Sakit, saya dapat rasakan pengalaman orang lain yang diceritakan pada saya.
“Dari situ saya cuba selami perkara itu dan terhasillah lagu Sakit. Apabila nak menjadikan kesinambungan lagu itu, saya kena letakkan diri sendiri dalam lagu ini. Saya berasakan ia adalah diri saya.
“Apabila ia berkaitan kisah diri sendiri, maka ada ‘feel’ dan mudah diselami apabila menyanyikan lagu ini. Itu yang saya praktikkan dalam setiap lagu saya,” katanya.
Dalam masa sama, Achey tetap menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
“Saya sebenarnya menyimpan hasrat dari lagu pertama lagi. Sudah masuk pencalonan Muzik Muzik, tapi tak lepas. Saya beranggapan mungkin saya bukan penyanyi profesional. Tapi apabila diterima di media sosial dan YouTube ia sudah cukup baik.
“Tontonan sehari satu juta untuk setiap lagu, ia sangat memberangsangkan. Syarikat rakaman pun agak terkejut sebab sambutan sangat bagus dan kekal selama seminggu.
“Harapan untuk lagu ini tak banyak, cuma lebih kepada ia mendapat sambutan baik dan tontonan yang tinggi. Malah, paling penting nak orang faham lagu ini adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. Sembuh adalah penutup cerita itu. Selepas itu baru buat lagu lain pula,” katanya.
Sebelum ini, Sakit yang dilancarkan tahun lalu mencecah 34 juta tontonan di laman YouTube Seventeen Eleven Music Setakat ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kisah seorang warga emas berusia 80 tahun yang menjadi sasaran kemarahan apabila disalah sangka melarikan remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 16 tahun di Saujana Rawang pada Sabtu.
Dalam satu rakaman video yang viral di media sosial, seorang wanita dilihat masuk ke dalam sebuah kereta sambil cuba memukul warga emas tersebut.
Bagaimanapun, hasil siasatan daripada pihak polis, mereka mengesahkan kes berkenaan tidak mempunyai sebarang elemen penculikan.
Kisah berkenaan nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Jelas Michael, wanita berkenaan sepatutnya harus berfikiran lebih rasional lebih-lebih lagi apabila situasi ini turut melibat warga emas.
“Salam semua. Perempuan ni pasti jadi manusia yg paling orang menyampah kat Malaysia now! Termasuk la aku! Seriously kau hentam aje pakcik tu mcm tu.
“80 years old kot, tahu la kau tengah nervous anak hilang tapi takkan tak ada otak atau kesabaran untuk tanya sebelum serang.
“Pakcik tu duduk dalam kereta tu aje kot! Kau kaya sangat ke sampai ingat orang nak kidnap Anak kau?
“Kau yg tak reti jaga Anak sampai Anak merayau pun kau tak sedar lepas tu kau nak hentam orang! Tak baik tak baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pengarah drama, Love, Elsa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Michael turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak hilang pertimbangan dalam mengendalikan situasi seperti ini kerana jika tersilap langkah, orang lain bakal menerima kesannya.
“Kalau aku ahli keluarga pakcik tu takan aku lepas kan kau. Ehhhhh kalau aku boleh carut dalam sini aku dah carut kau kaw kaw kaw!
“Pada anda semua kita memang dalam keadaan yg parah tapi jangan sekali kali hilang pertimbangan rasa dan berpikir kita! Jgn jadi macam makcik gangster ni!
“Phuiiii punya manusia! Luv u all n be safe! BTW Ada siapa ke kenal makcik gangster over ni? Anyway benda ni berlaku kat mana eh?,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang.
“Tak sanggup nak tengok pakcik tua diperlakukan macam tu.
“Bayangkan itu ayah kita. Niat baik tapi disalah anggap. Sedihnya wei.
“Sedih sangat. Sampai terkencing pakcik tu dalam seluar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Lan Solo meluahkan rasa syukur apabila dia sekeluarga tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.