Pelakon Ruhainies mendedahkan ketika ini dia mahu fokus terhadap kerjaya lakonan dan sebolehnya tidak mahu meletakkan soal cinta sebagai hal yang utama.
Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, komitmen jadualnya juga agak padat cuma ketika ini sahaja dia punya waktu untuk berehat dari dunia lakonan.
“InsyaAllah, jodoh bakal hadir dengan sendiri. Belum habis penggambaran drama, saya selepas ini perlu masuk set lain untuk projek seterusnya bergantung kepada situasi semasa.
“Jadi lebih baik untuk saya gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Pada saya, ini waktu untuk saya bersinar dan berkarya mencipta nama terlebih dahulu.
“Soal kahwin, insya-Allah akan hadir nanti,” katanya yang turut meminta doa semua selain mendoakan agar negara segera pulih dari fasa pandemik yang melanda.
Jelasnya lagi, tiada insan bergelar wanita yang tidak mahu mendirikan rumah tangga, seterusnya menjalani hidup sebagai isteri dan ibu.
Bagaimanapun, itu semua bergantung pada jodoh, sama ada cepat atau lambat dan dia juga lebih selesa dengan cara ini tanpa kisah sensasi yang boleh mengganggu reputasi.
“Tak perlu kontroversi. Cukuplah kita berdiri dengan bakat. Selebihnya pandailah peminat di luar sana untuk menilai.
“Saya selesa hidup begini dan memilih untuk terus dengan cara ini Insya-Allah. Apa pun semua itu bergantung kepada niat asal kita di dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya lagi.
Drama terbaru lakonan Ruhainies, Cukup Derita Itu kini mengisi slot Samarinda di TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena genap seminggu melahirkan cahaya mata kelima, pelakon, Ayu Raudhah akhirnya mendedahkan nama puteranya itu.
Sambil berkongsi sebuah video yang memaparkan wajah comel bayi tersebut, Ayu memaklumkan dia dan suami telah sepakat untuk menamakan anak mereka Muhammad Aisy Al Jibreel.
Jelas Ayu, dia berasa amat bersyukur kerana bayi seberat 1.94 kilograms itu telah dilahirkan dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah Syukur Allah Kurniakan lagi Rezeki Zuriat Keturunan untuk Yang Sempurna Untuk Ku.
“Semoga Akhlak dan Adabnya jugak Sesempurna ciptaNya. Menjadi anak yang soleh, penyejuk hati Mummy dan Daddy.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Zaquan Adha itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Ayu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya sepanjang melahirkan anak kelima ini.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dengan kata-kaka yang baik, semoga segalanya kembali kepada anda.
“Muhammad Aisy Al Jibreel, 1.94kg slim je kelahiran Jibreel memeriahkan keluarga kami.
“Kalau nak p bejalan mana takdak sapa bole tumpang dah. Penuh qeta 8 orang @zaqone_08,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga bayinya itu membesar menjadi anak yang soleh.
Sekadar informasi, Ayu dan Zaquan telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4 dan Muhammad Aisy Khaliq yang kini baru berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Ayu Raudhah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas aktif di dalam beberapa projek kebajikan, pelakon Zara Zya sekali lagi terpanggil melakukan inesiatif kali ini dengan merancang untuk menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan penghantar makanan (food rider).
Bagaimanapun, aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan itu memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat tersebut.
“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.
“Namun saya berasakan lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” katanya.
Zara turut menambah, golongan sasaran juga adalah ‘frontliners’ atau pekerja barisan hadapan yang terdedah kepada pelbagai risiko.
“Jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu untuk mereka. Kecil atau besar bantuan yang diberikan, ia pastinya tetap memberi makna tersendiri.
“Malah, saya pun antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang mereka perlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.
“Daripada situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran.
“Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Soal makanan yang akan diagihkan, saya akan masak sendiri di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya lagi.
Sebagai permulaan, aktres yang meningkat namanya menerusi drama bersiri, Love You Mr Arrogant dan Pia ini akan meletakkan pek sumbangan tersebut di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam, Selangor.
“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak. Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya
Justeri bagi yang ingin memberi sumbangan, anda boleh berbuat demikian dengan ke Instagram @malaysia.prihatin atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.