“Saya tidak pernah putus asa”. Itu kata-kata semangat pelakon dan pelawak, Louisa Chong apabila berdepan dengan dugaan untuk menjaga suaminya, Hamid Samad yang menghidap penyakit angin ahmar (strok) sejak beberapa tahun lalu.
Sudah pun memeluk agama Islam, Louisa atauĀ nama Islamnya, Louisa Alissa Chong Abdullah telah diberi kekuatan olehNya dalam menjaga suami tersayang.
āSuami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma.Ā
“Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta simpati,” kongsinya.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi saluran YouTube, JayIbrahim Al Islam yang dimuat naik Disember lalu.
Ads
Jelasnya, dia tetap reda dengan ujian dari Allah dan tidak mahu meminta simpati dari mana-mana pihak meski bergelar seorang selebriti.
“Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga mengalami penyakit serius seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya.Ā
“Saya tak kata saya seorang yang alim,Ā tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya,” katanya sebak.Ā
Ads
Mahu menjadi seorang hamba Allah yang kuat, anak kelahiran Perak ini bersyukur kerana dengan berkat doa dan kesabaranya selama ini, suaminya kini mampu berjalan secara perlahan-lahan.
“Syukur Alahamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah.
Ads
“Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kakiĀ
“Apa jua cabaran dan rintangan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat kepercayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputus asa, saya terima dengan reda ujian dari Allah.Ā
“Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dugaan dan cabaran pada kita,” akhirinya.
Video : YOUTUBE DOKUMENTARI LOUISA CHONG PART 1
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih lagi dibuai rasa teruja atas kehadiran ahli keluarga baru, pelakon Amar Baharin menerusi Instagramnya yang dikemas kini ada memuat naik foto anak keduanya.
Meski ia tidak dirakam dari jarak dekat, namun para peminat nyata teruja apabila selang beberapa hari selepas dilahirkan, suami kepada Amyra Rosli itu berkongsi kegembiraan berkenaan buat tatapan ramai.
Si ibu pula ada berkongsi video menerusi IG Stories yang merakamkan Amar sedang mendodoikan bayi yang masih belum diberikan nama itu.
Terdahulu, Amar ada memaklumkan isterinya telah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, seorang puteri pada pagi 1 Februari lalu dan menyatakan ibu dan bayi selamat.
Sekadar mengimbas, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 danĀ perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini mencecah usia 3 tahun.
Foto: Instagram Amar Baharin, Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga kakak kepada Tomok, Ismaliza Ismail, 40, mengakui dirinya gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana diberikan jodoh untuk mengharungi hidup bersama insan dan keluarga tersayang.
Malah katanya lagi, apa yang didambakan kini hanya untuk menggembirakan hati, sekali gus tidak mahu lagi ungkit apa kisah yang pernah berlaku sebelum ini.
āAlhamdulillah, saya pun tak sangka dapat jodoh, orang kata cepat juga dalam masa dua tahun (selepas berpisah dengan suami pertama). Kita tidak tahu perancangan daripada Allah, jadi saya terima seadanya.
āPada usia begini, saya sebolehnya mahu gembirakan hati. Tidak mahu lagi ungkit kisah yang lepas. Tutup buku lama, buka buku baru,ā katanya jujur kepada MH.
Ditanya apakah yang membuka hatinya untuk kembali menjalani hidup sebagai seorang isteri, ibu kepada lima cahaya mata itu menambah, soal jodoh dan ajal semuanya terletak atas Yang Maha Esa.
āSebenarnya apa yang telah terjadi sebelum ini saya jadikan pengajaran. Saya tiadalah cakap untuk terus tutup pintu hati apabila mengalami fasa perceraian sebelum ini. Tidak boleh cakap begitu.
āJadi bila Dia sudah bukakan pintu hati, saya terima. Penerimaan anak-anak semuanya baik. Mereka terima dan tiada masalah dengan bapa baru mereka,ā katanya yang menjaga anak secara bergilir-gilir dengan bekas suami.
Bercakap mengenai soal cahaya mata pula, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh ini tidak mahu mengharap, sebaliknya berserah kepada rezeki.
āKami serahkan kepada Allah SWT. Kalau Dia izinkan kami untuk ada zuriat, alhamdulillah. Mendoakan yang baik-baik.
āSaya tidak boleh untuk cakap mengenai hal tersebut secara berlebih-lebih bimbang nanti apa yang dirancang tidak menjadi, nanti kita juga yang akan rasa kecewa.Ā Kami berserah,ā jelasnya.
Lebih selesa untuk tidak berkongsi lebih perihal suaminya,Ā Mohd Dzaki, 35, bintang berusia 39 tahun ini bagaimanapun menjelaskan ia adalah permintaan suami dan sebagai isteri, dia menghormati permintaannya.
āSuami tidak selesa untuk berkongsi mengenai hal peribadi. Apa yang boleh saya beritahu, dia bekerja dalam sektor kerajaan.
āCukuplah kalau peminat tahu saya sudah berkahwin. Dia juga lebih selesa untuk tidak ke depan dan hanya di belakang tabir sahaja.
āItu juga permintaannya. Dia seorang yang merendah diri. Malah begitu juga dengan keluarganya.
āApa yang saya kongsikan di media sosial sebelum ini, hanya itulah yang semampunya untuk saya berkongsi. Saya hanya nak beritahu yang saya sudah berkahwin beserta dengan foto-foto sekitar majlis,ā katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu diĀ Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya.
Isma sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada 16 April 1998, tetapi bercerai awal tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel,20, Seri Aida Merlissa,18, Seri Ayreen Merlynda,16, dan Seri Adryana Mercella,12.
Isma ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur. Pada majlis berkenaan, turut diperagakan ialah koleksi terkini dari jenama berkenaan melibatkan koleksi jubah dan busana muslimah untuk wanita di negara ini yang mementingkan kualiti gaya serta keselesaan.
Jenama ini diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Abu Bakar selaku Pengarah Urusan yang turut bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dalam melahirkan koleksi terkini ini.
Dihoskan Zulin Aziz majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan VIP, rakan media serta selebriti tempatan.
Pengusaha jenama Naelofar dan hos terkenal,Ā Neelofa mencipta satu lagi momen manis buat dirinya apabila menjadi selebriti pertama dari negara ini yang dijemput untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen jenama tersohor, Versace di Milan Fahion Week di Itali baru-baru ini.
Gembira dalam memenuhi jemputan terbabit, Neelofa turut rasa berbesar hati dan gembira sebagai seorang individu yang menggemari fesyen.
āSungguh teruja kerana diberikan peluang buat pertama kali untuk hadir dan menonton pertunjukan fesyen Versace di sini.
āSaya memang menggemari Versace, lebih-lebih lagi untuk koleksi pada kali ini, banyak item yang diperaga di atas pentas boleh saya gayakan dengan hijab,ā katanya.
Selain Versace, Neelofa turut mendapat peluang sama buat pertama kali menonton pertunjukan fesyen jenama Bottega Vaneta.
āTahun lalu saya menjadi selebriti terawal di negara ini untuk menyaksikan koleksi terkini Prada dan Gucci di minggu fesyen di sini.
āKali ini saya sekali lagi mendapat peluang sama bersama dua jenama fesyen antarabangsa lain yang turut saya kagumi koleksi terbarunya.
āRasa terharu kerana dengan pendedahan positif yang diberikan mereka terhadap saya,ā katanya lagi.
Neelofa berada di Milan sejak 21 Februari lalu bagi memenuhi undangan jenama-jenama besar yang mengadakan pertunjukan fesyen di sini.
Dalam perkembangan lain, figura asal Kelantan ini juga turut merancang untuk mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia dalam tempoh terdekat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya turut terkesan dengan berita duka pemergian Almarhumah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.