Penyanyi yang juga kakak kepada Tomok, Ismaliza Ismail, 40, mengakui dirinya gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana diberikan jodoh untuk mengharungi hidup bersama insan dan keluarga tersayang.
Malah katanya lagi, apa yang didambakan kini hanya untuk menggembirakan hati, sekali gus tidak mahu lagi ungkit apa kisah yang pernah berlaku sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya pun tak sangka dapat jodoh, orang kata cepat juga dalam masa dua tahun (selepas berpisah dengan suami pertama). Kita tidak tahu perancangan daripada Allah, jadi saya terima seadanya.
“Pada usia begini, saya sebolehnya mahu gembirakan hati. Tidak mahu lagi ungkit kisah yang lepas. Tutup buku lama, buka buku baru,” katanya jujur kepada MH.
Ditanya apakah yang membuka hatinya untuk kembali menjalani hidup sebagai seorang isteri, ibu kepada lima cahaya mata itu menambah, soal jodoh dan ajal semuanya terletak atas Yang Maha Esa.
“Sebenarnya apa yang telah terjadi sebelum ini saya jadikan pengajaran. Saya tiadalah cakap untuk terus tutup pintu hati apabila mengalami fasa perceraian sebelum ini. Tidak boleh cakap begitu.
“Jadi bila Dia sudah bukakan pintu hati, saya terima. Penerimaan anak-anak semuanya baik. Mereka terima dan tiada masalah dengan bapa baru mereka,” katanya yang menjaga anak secara bergilir-gilir dengan bekas suami.
Bercakap mengenai soal cahaya mata pula, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh ini tidak mahu mengharap, sebaliknya berserah kepada rezeki.
“Kami serahkan kepada Allah SWT. Kalau Dia izinkan kami untuk ada zuriat, alhamdulillah. Mendoakan yang baik-baik.
“Saya tidak boleh untuk cakap mengenai hal tersebut secara berlebih-lebih bimbang nanti apa yang dirancang tidak menjadi, nanti kita juga yang akan rasa kecewa. Kami berserah,” jelasnya.
Lebih selesa untuk tidak berkongsi lebih perihal suaminya, Mohd Dzaki, 35, bintang berusia 39 tahun ini bagaimanapun menjelaskan ia adalah permintaan suami dan sebagai isteri, dia menghormati permintaannya.
“Suami tidak selesa untuk berkongsi mengenai hal peribadi. Apa yang boleh saya beritahu, dia bekerja dalam sektor kerajaan.
“Cukuplah kalau peminat tahu saya sudah berkahwin. Dia juga lebih selesa untuk tidak ke depan dan hanya di belakang tabir sahaja.
“Itu juga permintaannya. Dia seorang yang merendah diri. Malah begitu juga dengan keluarganya.
“Apa yang saya kongsikan di media sosial sebelum ini, hanya itulah yang semampunya untuk saya berkongsi. Saya hanya nak beritahu yang saya sudah berkahwin beserta dengan foto-foto sekitar majlis,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya.
Isma sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada 16 April 1998, tetapi bercerai awal tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel,20, Seri Aida Merlissa,18, Seri Ayreen Merlynda,16, dan Seri Adryana Mercella,12.
Isma ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur. Pada majlis berkenaan, turut diperagakan ialah koleksi terkini dari jenama berkenaan melibatkan koleksi jubah dan busana muslimah untuk wanita di negara ini yang mementingkan kualiti gaya serta keselesaan.
Jenama ini diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Abu Bakar selaku Pengarah Urusan yang turut bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dalam melahirkan koleksi terkini ini.
Dihoskan Zulin Aziz majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan VIP, rakan media serta selebriti tempatan.
Penyanyi seksi, Kilafairy menerusi posting yang terkini di Instagram ada memuat naik dirinya posing mengenakan baju tidur dari satu jenama.
Lalu, kerana ini menyatakan keselesaan baju tidur berkenaan, penyanyi yang juga anak kepada bintang senior Rohana Jalil Ini telah menulis kapsyen yang begitu ‘mengundang’.
Peka dengan situasi semasa, anak kepada usahawan dan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B serta adiknya, Kacak tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang terjejas sepanjang fasa pandemik Covid-19.
Turut sama teruja atas inisiatif yang dilakukan, Datuk Seri Vida mendedahkan anak-anaknya itu menggunakan wang sendiri bagi menyumbangkan bantuan berupa barangan keperluan harian.
“The happiest face i have seen ever. Cik B pergi beli barang untuk sumbangan. Cik B memang minta kebenaran nak pergi membeli.
“Katanya Cik B pergi beli barang sumbangan, nak beli pakai duit Cik B, Cik B nak minta keluar,” katanya menerusi video yang dikongsi di Instagram Cik B, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
Menurut Cik B, dia akan berusaha untuk menjejaki kediaman yang meletakkan bendera putih bagi tujuan tersebut.
“Cari bendera putih, insyaAllah ada di sekitar Ipoh. Ini sedikit sebanyak yang mampu Cik B bagi,” katanya.
Datuk Seri Vida pada masa sama turut berdoa agar usaha kedua anaknya itu dipermudahkan.
“Saya tak pernah tengok Cik B gembira macam ni. Sebenarnya memberi inilah kegembiraan Cik B.
“Kalau boleh barang-barang dia yang bernilai nak jual dan beri sumbangan. Sabar dulu Cik B, kita beri biar sampai ke tangan mereka yang memerlukan.
“Doakan Cik B mudah untuk penuhi cita-citanya seperti ini ya, membantu mereka yang memerlukan di luar sana,” katanya.
Sementara itu menerusi satu entri di Instagram miliknya pula, Datuk Seri Vida ada memuat naik video sama sambil menyatakan rasa bangga terhadap usaha Cik B dan Kacak.
“Alhamdulillah… Dah lama @cikb_havoc66 & @kacak_._ berniat & berhasrat bg BANTUAN utk mereka yang memerlukan spnjng PKP NI. Hari ini tercapai jugak apa yang ANAK ANAK MAMA inginkan.
“Ni yang lebih dapat buat mereka HAPPY sebenarnya. Keluar sendiri beli sendiri & guna duit sendiri untuk beli barang barang bantuan.
“SEMOGA BERTERUSAN NIAT YANG BAIK NI. MAMA BANGGA DENGAN ANAK ANAK MAMA,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sehingga kini, video yang dikongsi pada Selasa itu sudah pun ditonton lebih 100,000 kali.
Rata-rata warganet turut sama mendoakan agar usaha mereka dipermudahkan selain memuji keprihatian dua remaja berkenaan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.
“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
“Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu dalam masa sama turut bersyukur kerana anak perempuannya seorang yang kuat semangat.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.
Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...