Rangkaian pasar borong dan runcit ST Rosyam Mart meletakkan sasaran hasil jualan sebanyak RM2 bilion bagi tahun ini melalui lapan cawangannya di seluruh negara.
Sasaran ini disokong oleh prestasi jualan memberangsangkan pada tahun lalu yang mencatat RM1.4 bilion.
Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Rosyam Nor, yakin matlamat ini boleh dicapai dengan konsep pasar raya yang memenuhi keperluan seisi keluarga.
“Saya optimis sasaran itu boleh dicapai. Kami juga memperkenalkan sistem pandu lalu pengambilan barang pesanan kepada pelanggan yang membuat pembelian secara dalam talian.
“Kami mempunyai impian yang besar. Setakat ini kami mempunyai lapan cawangan Rosyam Mart termasuk sebuah Rosyam Mall. Bersama ST Group juga kita mempunyai Sri Ternak dan dua pasar raya kita terletak di Sri Kembangan dan Selayang.
Ads
“Alhamdulillah untuk pengetahuan, jualan kami tahun lalu mencapai RM1.4 bilion. Jadi tahun ini, menerusi pembukaan ‘mall’ ini, kami target pertambahan jualan sebanyak RM2 bilion.
“Situasi ini menguatkan semangat kami untuk berada menjadi sebagai antara jenama yang besar, menerjah ke pasaran yang lebih luas, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan baharu ST Rosyam Mart di Jalan Kebun, Shah Alam, baru-baru ini.
Ads
Buka ‘Mall’
Mengorak langkah, pembukaan Rosyam Mall yang terletak di atas tapak seluas 114,000 kaki persegi, telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Rosyam menjelaskan, pembukaan cawangan ini adalah bukti komitmen syarikat dalam memastikan pelanggan memperoleh barangan segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan.
Ads
Cawangan ini dijangka menarik lebih ramai pelanggan dengan kepelbagaian produk dan kemudahan yang disediakan, sekaligus mengukuhkan jenama ini dalam industri peruncitan tempatan.
Dalam perkembangan lain, Rosyam turut meluahkan rasa bangga apabila ST Rosyam Mart tersenarai dalam Asean Records.
Ia susulan pencapaian sebagai Pasar Raya Borong dan Runcit 24/7 Pertama di Asia Tenggara yang inovatif dalam menawarkan 21 perkhidmatan awam percuma, termasuk kemudahan pandu lalu yang mesra pelanggan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zul Ariffin sedia tahu mengenai hubungan bekas kekasihnya, Zahirah MacWilson dan teman lelaki barunya, Aiman Hakim Ridza.
Ditanya mengenai apakah yang ingin dipertakannya, aktor bertubuh sasa ini mendoakan kebahagiaan keduanya.
Kata Zul, dia sedia maklum mengenai hubungan cinta pasangan pelakon itu menerusi media massa dan mengharapkan agar mereka menikmati momen-momen manis bersama.
“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Baguslah, mereka masih muda dan banyak perkara yang boleh dilakukan. Nikmati hidup kalian sebaik-baiknya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Zul yang ditemui pada majlis Malam Gala filem lakonan terbarunya, Misteri Dilaila berharap bekas kekasihnya itu tidak bercakap yang tidak baik mengenai kisah silam.
“Apabila telah berakhirnya sesuatu hubungan itu, saya tidak mahu bercakap belakang mengenainya. So saya harap dapat the same treatment,” jelasnya jujur.
Terdahulu, Zul dan Zahirah mula berkenalan pada 2015 namun akhirnya putus sekitar Mac tahun lalu.
Zahirah kemudiannya dikatakan menjalinkan hubungan dengan Aiman Hakim sekitar Disember 2018 hingga kini.
Secara terbuka meminati dan kagumi pelakon jelita, Mira Filzah, Caprice menerusi laman Instagram dilihat membuat serangan ‘cinta’ secara halus menerusi kapsyen di setiap entri.
Luahnya, Mira satu-satunya individu yang membuatkan hatinya gementar sewaktu berada di set lokasi.
Malah, sewaktu ditegur wanita ini mengenai tandapagar #miracap, jelas penyanyi yang popular dengan lagu Takda Hal Bro, dia juga mampu membina pelamin untuk mereka berdua.
Lebih menghiburkan, single terbaru nyanyian Caprice turut dipahatkan nama Mira Filzah sebagai penyanyi bersama.
Terhibur dengan keletah lelaki yang cukup sinonim dengan aksi bersahaja ini, netizen memberikan pelbagai reaksi.
Kedua-duanya berpasangan sebagai suami isteri dalam klip single terbaru Caprice, Baby Sayang yang baru sahaja dilancarkan semalam.
Foto : Instagram Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Bella Zahir mengakui tersinggung selepas mendedahkan ada pihak yang mempersoalkan mengenai perubahan bentuk badannya yang kini dikatakan nampak agak berisi.
Jelas Bella, kenyataan tersebut nyata menyentak hatinya lalu membuatkan dirinya kelu dan terdiam buat seketika.
Katanya lagi, dia menerima komen negatif tersebut selepas memuat gambar ketika sedang mengacarakan majlis pelancaran koleksi baju raya keluaran pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.
semalam ada orang cakap dia tak nak makan takut gemuk macam i.
sis tersentap sekejap sampai tak tahu nak reply apa…..
“Semalam ada orang cakap dia tak nak makan takut gemuk macam i.
“Sis tersentap sekejap sampai tak tahu nak reply apa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Bella menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Jelas pengacara yang sinonim dengan program jualan langsung itu lagi, dia telah menerima komen-komen seperti itu hampir setiap hari dan dia juga berasa agak kecewa kerana masih ada segelintir pihak yang tidak sensitif dengan isu ‘body shaming’ ini.
setiap hari akan ada orang cakap i gemuk. dah la, no need to point the obvious. i can point the obvious too — your stewpeediti.
“Setiap hari akan ada orang cakap i gemuk. Dah la, no need to point the obvious. I can point the obvious too — your stewpeediti.
“She was referring to last night’s photo :’)” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella selain turut menyifatkan tindakan ‘body shaming’ itu sebagai tidak wajar.