Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber sebentar tadi telah mengumumkan kelahiran anak sulungnya.
Berita gembira itu dikongsikan kepada umum menerusi satu hantaran di Instagram dengan foto menunjukkan sebelah kaki anaknya itu.
Kapsyen pada hantaran pula berbunyi, “Welcome home Jack Blues Bieber.”
Seiring dengan pemberian nama itu, ia jelas menandakan jantina anaknya bersama Hailey Bieber adalah lelaki.
Ads
Terdahulu wakil kepada pasangan ini pernah berkongsi kepada media antarabangsa bahawa Justin dan Hailey mahu menyimpan perihal jantina dan tarikh jangkaan bersalin kepada diri mereka sendiri.
Sepanjang lebih lima tahun perkahwinan, Justin dan isterinya kerap menyatakan yang mereka ingin membina sebuah keluarga lengkap dan berhasrat mahu membesarkan anak jauh dari kerlipan gemerlap Hollywood.
Ads
Imbas kembali, pasangan popular ini berkahwin pada September 2018.
Sebelum berkahwin dengan Hailey yang merupakan seorang peragawati, Justin terlebih dahulu hangat bercinta dengan Selena Gomez sebelum hubungan mereka kandas di tengah jalan.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membawa khabar gembira buat Malaysia apabila mereka berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara beregu lelaki badminton sebentar tadi.
Kemenangan mereka sekaligus menjadikan ia pingat pertama buat negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bermula sedikit goyah pada set pertama, Aaron dan Wooi Yik bangkit kembali pada set kedua dan set ketiga sekaligus mencatat mata 16-21, 22-20, 21-19.
Wakil Denmark, Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup yang berada di kedudukan ke-2 dalam ranking dunia terpaksa berpuas hati berada di kedudukan ke-4 untuk edisi Olimpik kali ini.
Imbas kembalik, Aaroon dan Wooi Yik yang juga pemain ke-3 dunia ketiga ini sebelum ini turut memenangi pingat gangsa acara yang sama di Olimpik Tokyo 2020.
Dengan kemenangan mereka, sedikit sebanyak menaikkan semangat pasukan badminton serta atlet Malaysia lain yang masih bertanding.
Malaysia mempunyai peluang untuk meraih gangsa esok apabila Lee Zii Jia bakal menentang pemain India, Lakshya Sen dalam penentuan tempat ketiga dan keempat acara badminton perseorangan lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Voice of Baceprot (VOB) bakal menjadi antara kumpulan muzik yang akan melakukan persembahan di F1 GP Singapura 2024 yang bakal berlangsung pada September ini.
Kumpulan Heavy Metal berhijab asal Indonesia itu mencipta sejarah apabila tersenarai dalam barisan artis antarabangsa seperti Kylie Minogue, One Republic, Thirty Seconds To Mars dan Lenny Kravitz
Dibarisi oleh tiga gadis berhijab iaitu Firda Marsya Kurnia, Euis Siti Aisyah dan Widi Rahmawati, Kumpulan itu dijangka bakal melakukan persembahan pada 20 September 2024 di Zone 4 Downtown stage.
Ditubuhkan sejak 2014, VOB membuktikan bahawa hijab dan genre heavy metal bukanlah dua perkara yang tidak boleh bersatu.
Menarik tentang trio ini, mereka mula-mula bertemu ketika sama-sama belajar di Madrasah Tsanawiyah, Singajaya. Ketika itu mereka dilabel sebagai pelajar bermasalah yang memerlukan bantuan.
Kemudian salah seorang guru membimbing mereka untuk menyalurkan ‘energi’ yang mereka miliki ke dalam medium muzik. Bermula dari detik itu VOB menjadi sebuah kumpulan muzik heavy metal.
Imbas kembali, mereka sebelum ini mereka mencapai populariti dalam kalangan peminat antarabangsa apabila diundang untuk melakukan persembahan di pentas Glastonbury Festival yang merupakan antara festival muzik terbesar di Eropah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan perubahan drastik berat badannya disebabkan pengambilan bahan terlarang.
Menurut Hafiz, dia kini amat menjaga kesihatan tubuh badannya untuk mengelak penyakit slip dics terus melarat.
“Alhamdulillah, sebab itulah ramai yang melihat badan saya kurus ketika ini. Saya bukan hisap batu, dadah dan segala benda yang orang di luar sana menuduh saya.
“Saya menjaga kesihatan dengan pergi ke gimnasium dan sertai kelas tinju. Saya sudah sertai hampir dua bulan.
“Saya sertai tinju bukan sebab nak bergaduh tapi untuk kecergasan badan, ketahanan diri dan kesihatan. Itulah sebab saya kurus,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ku Akui itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas berakhirnya Konsert ByAjai & Mega Friends yang berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, penyanyi asal Kuching, Sarawak ini juga memaklumkan keadaan tulang belakangnya kini sudah menunjukkan perubahan positif namun harus perlu berhati-hati.
“Seperti semua tahu, saya pengidap slip dics sejak 2016. Sebab itu saya kena menjaga kesihatan. Saya tidak disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Ketika awal diagnos mengidap slip dics, saya baru berusia 24 tahun. Ketika itu, saya masih muda dan doktor tidak cadangkan untuk pembedahan.
“Saya diminta menjaga makan dan berat badan. Keadaan saya kini Alhamdulillah. Nak kata okay sangat pun tak boleh juga. Penyakit ini tiada penawar.
“Jadi, saya perlu menjaga keadaan otot tulang belakang. Sebab itulah saya banyak buat senaman pull up bar,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Hafiz akui teruja apabila dapat kembali beraksi di pentas berprestij selepas beberapa bulan memilih untuk berehat daripada industri seni.
“Saya ingin berterima kasih kepada Abang Ajai kerana memberikan peluang dan mempercayai diri saya untuk membuat persembahan di atas pentas.
“Perasaan saya agak bercampur baur kerana sudah lama saya tidak membuat persemban di acara seindah dan sebesar ini.
“Malam ini sangat seronok dan saya telah berikan 120% ketika persembahan,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai respon penonton yang sangat teruja melihat kemunculan Hafiz sehingga memberikan standing ovation, Hafiz memaklumkan dirinya kini makin bersemangat untuk kembali aktif di dalam dunia nyanyian.
Lantaran itu, Hafiz mengumumkan dirinya bakal mengadakan konsert solo pada Oktober nanti di bumi kelahirannya Kuching, Sarawak.
“Ya Allah, sejujurnya saya rasa sangat bahagia dan agak terkejut juga. Saya tak sabar untuk mengadakan konsert solo pada bulan Oktober nanti di Kuching, Sarawak.
“Persiapan pun kini sedang giat berjalan. Saya nak buat konsert di Kuching dahulu kerana selama 15 tahun saya berkarya, saya banyak memberikan tumpuan terhadap negeri-negeri semenanjung sahaja.
“Kini saya ingin pulang ke kampung,” akhirinya.
Terdahulu, kemunculan Hafiz di Konsert ByAjai & Mega Friends mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton.
Pada malam tadi, juara program Akademi Fantasia musim ke-7 ini membawakan dua buah lagu iaitu Tak Mungkin Kerana Sayang nyanyian asal Datin Alyah dan lagu hitsnya Ku Akui.
Kedua-dua buah lagu ini merupakan karya ciptaan Ajai.
Selain Hafiz, antara penyanyi yang turut membuat persembahan bersama Ajai adalah Aina Abdul, Aufahanie, Hazama dan Dayang Nurfaezah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.