Kakak Hailey Bieber, Alaia Baldwin telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Georgia kerana menyerang pelayan bar pada 24 Februari 2024. Bukan sekadar menyerang bahkan dia dikatakan membaling tampon yang sudah dipakai.

Dalam kejadian yang berlaku di Club Elan itu, Alaia yang merupakan anak sulung pelakon, Stephen Baldwin, dikatakan melakukan kesalahan kerana menggunakan tandas khusus untuk pekerja kelab tanpa kebenaran.

Apabila diberitahu dia tidak dibenarkan menggunakan tandas tersebut, model berusia 31 tahun itu naik angin. Ekoran itu dia mula bersikap agresif dan menyerang tiga orang pekerja bar tersebut.

Kakak Ipar Justin Bieber Ditangkap Polis Gara-Gara Baling Tampon Terpakai Kepada Pelayan Bar
Alaia bersama suami Andrew. Mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan.

BACA JUGA: “Doktor Temui Gumpalan Darah Beku Dalam Otak,” – Isteri Justin Bieber Dikejarkan Ke Hospital Kerana Alami Simptom Strok

IKLAN

Mengikut laporan polis yang diperoleh media, apabila pihak berkuasa sampai kesemua pekerja yang ditemui berkongsi kisah yang sama mengenai kes tersebut.

Seorang lagi pekerja wanita yang merupakan pelayan bar mendakwa dia dibaling tampon terpakai apabila dia masuk ke tandas pekerja yang digunakan Alaia untuk menyuruhnya menggunakan tandas awam.

IKLAN

Dua lagi pekerja yang merupakan pengawal keselamatan kelab tersebut mendakwa Alaia menarik rambut salah seorang dari mereka hingga tecabut manakala seorang lagi pula ditendang di celah kangkang.

Biar pun ditahan polis untuk siasatan lanjut. Minggu lalu, isteri kepada Andrew Aronow ini dilihat telah bersiar-siar di sekitar rumahnya.

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI