Emma Stone telah memenangi ketegori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Poor Things di Anugerah Academy ke-96 yang berlangsung sebentar tadi di Los Angeles.
Di dalam filem tersebut yang diadaptasi daripada novel oleh Alasdair Grey, Emma berperanan sebagai Bella Baxter di samping pelakon lain seperti Mark Ruffalo, Willem Dafoe dan Ramy Youssed.
Watak yang dimainkan wanita berusia 35 tahun ini berkisar mengenai karakter seorang wanita wanita dewasa yang diimplan dengan otak bayi, filem ini juga dilanda kontroversi kerana adegan seks dan bogel yang keterlaluan.
Ads
Selain Emma, pelakon wanita lain yang turut tercalon dalam kategori ini adalah Lily Gladstone (Killers of the Flower Moon), Sandra Hüller (Anatomy of a Fall), Annette Benning (Nyad) dan Carey Mulligan (Maestro).
Poster filem Poor Things
Kemenangannya ini menjadikan kali kedua dia diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik apabila dia terelebih dahulu mememangi kategori itu pada Anugerah Academy kali ke-89 pada 2017 menerusi filem La La Land.
Ads
Menerusi kemenangannya ini dia sekaligus menyertai senarai elit pelakon wanita yang memenangi anugerah berprestij itu sebanyak dua kali seperti Meryl Streep, Jodie FOester dan Jane Fonda.
Anugerah Academy atau popular dengan gelaran the Oscars, merupakan acara perfileman yang sudah dilangsungkan sejak 1929 bagi mengikritaf bakat dan kebolehan mereka yang berkecimpung dalam dunia perfileman sama ada di hadapan kamera atau di sebalik tabir.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persembahan penyanyi Aisha Retno menerusi lagu Sutera di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) mencuri perhatian apabila dia tampil dengan gimik ‘terbang’ di pertengahan lagu yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Kali pertama bertanding di acara muzik tahunan itu, persembahan Aisha turut mendapat ‘standing ovation’ penonton di stadium. Aisha yang mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama MFMF sebelum ini mengakui berhabis ratusan ribu bagi menjayakan persembahan terbaik malam ini. “Anggaran kos keseluruhan boleh dikatakan mencecah enam angka,” katanya yang turut diringi 22 penari. Mengakui 11 finalis lain mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri, Aisha menjelaskan tiga lagu baginya yang memberi saingan kepada lagu Sutera iaitu Kalam nyanyian Shiha Zikir, Santai (Naqiu) dan Kucuma (Wany Hasrita/Afieq Shazwan). “Ada tiga lagu yang memberi saingan seperti Kucuma, Kalam dan Santai. “Bagi kategori vokal pula, sudah tentulah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Malah penyanyi lain yang bertanding juga hebat,” katanya. Selain Aisha, AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul sekali lagi mara menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu. Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, turut tersenarai sebagai finalis AJL 38. Sementara bekas juara AJL 32 dan AJL 33, Hael Husaini juga mara ke pentas akhir melalui lagu ciptaannya berjudul Bintang. Lagu lain turut lolos ke AJL kali ini termasuk Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat). Turut bersaing, Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Hasrat (Amir Jahari/Amir Jahari) dan Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan/A Ramlee dan Ezra Kong/A Ramlee dan Ezra Kong). AJL 38 turut mempertaruhkan lagu duet, Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali/Amylea Azizan).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul kini muncul dengan sebuah karya kerohanian berjudul Kembara Nabawi, ciptaan oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan FJ Muzik juga.
Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.
“Untuk lagu ini saya, Anep Monosterio dan Alan Monosterio merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina.
“Ini kerana Aina mempunyai kebolehan menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut.
“Dia penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujar Anep Otwo.
Malah, untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
“Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW.
“Tapi dalam masa sama, agak susah untuk kami singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap selain mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat agar pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini.
“Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.
Muzik video lagu ini juga telah dilancarkan bersama pada 8 Mac lalu dan Kembara Nabawi boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, mendedahkan dirinya pernah hidup susah dan tinggal di kawasan flat sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini.
Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, dia juga bukan dilahirkan sebagai anak orang berada.
“Saya dilahirkan bukan daripada anak orang senang. Ketika arwah bapa meninggal dunia, saya baru berusia 15 tahun dan emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya.
“Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah atuk yang menjaga kami adik beradik.
“Dari situ, saya sudah tengok kesusahan emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain, pun,”katanya.
Namun, Che Ta menambah, kehidupannya sekeluarga mula berubah bila dia bekerja sebagai pramugari dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.
“Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi bercerai pada usia 30 tahun.
“Selepas bercerai, saya tiada pekerjaan serta turunnaik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam,” katanya jujur.
Kemudian barulah Che Ta kembali dalam bidang modelling dan menceburi dunia lakonan demi mencari rezeki.
Tambah Che Ta lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.
“Saya juga berlakon pada usia yang agak
lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.
“Tapi, sampai bila saya nak berlakon sebab itu sata buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana pendapatan, ” katanya.
Che Ta berkongsi perkara itu pada sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, baru-baru ini.
Acara itu menyaksikan Ketua Penjenamaan dan Editorial Perkeso, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku moderator dalam program yang berlangsung di pusat beli-belah, My Town Kuala Lumpur.
Terdahulu, majlispelancaran kempen Fiesta Perkeso Membawa Senyuman disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata, tunggak sesebuah keluarga adalah golongan wanita, ibu dan suri rumah yang tidak bergaji.
Menurutnya, sebelum ini suri rumah juga tidak ada sebarang perlindungan jika berlaku kemalangan sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka.
“Sebab itu Perkeso memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk melindungi golongan wanita dan suri rumah bawah 55 tahun jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit denganpelbagai faedah termasuk kematian.
“Kita adalah negara keempat di dunia yang perkenalkan skim sebegini.
“Dengan caruman yang begitu rendah untuk mereka terlindung jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit serta mendapat pelbagai faedah kematian, pencen bulanan dan dialisis,” katanya.
Sementara itu, acara turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10 artis yang turut menjadi pempamer selama tiga hari program PERKESO Membawa Senyuman.
Antaranya Tyzo Xander, Izue Islam, Ako Mustapha, Anne Abdullah, Darling Ngasri, Syanie, Ani Maiyuni, Haleeda, Ayu Damit dan Azza Elite.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!