Proses mediasi antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bekas pekerjanya Nazatul Nazira berhubung saman fitnah dan pecah aminah dilanjutkan ke 25 September setelah gagal mencapai kata sepakat.
Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Azmi Mohd Rais berkata, pegawai mediasi mencadangkan proses diteruskan ke sesi kedua sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.
“Pegawai mediasi mencadangkan beberapa solusi untuk kes pecah amanah diselesaikan tetapi gagal.
“Apa solusi yang dicadangkan semasa proses mediasi tidak boleh didedahkan kerana kita ada sesi kedua.
“Kami bagaimanapun akur dengan arahan pegawai mediasi dan kita akan berjumpa semula seperti tarikh ditetapkan,” katanya yang ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang tadi.
Sementara itu, Puteri Sarah pula memaklumkan, dia sudah cuba berbincang serta mencari penyelesaian terbaik sewaktu proses mediasi.
Ads
Pegawai berkenaan juga sudah mendengar penjelasan kedua-dua pihak serta memberikan solusi yang terbaik tetapi proses itu gagal.
“Saya rasa kita boleh pertimbangkan solusi dikemukakan dan selesaikan masalah ini dengan tenang, kenapa perlu tertekan?
“Memang saya nak menuntut hak saya tetapi kalau boleh dengan cara yang paling tenang dan terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya
Ads
Diminta mengulas kenyataan Nazirah dirinya difitnah dan nekad membawa kes itu ke muka pengadilan berikutan nama baiknya terjejas.
Sarah bagaimanapun tertanya apa fitnah yang dilemparkan terhadap wanita itu.
“Saya fitnah dia? Entahlah kehidupan saya pun terjejas sedangkan itu adalah syarikat milik saya.
Ads
“Dia tiada kena mengena kerana rakan kongsi syarikat saya hanyalah Andi Arsyil dari Jakarta,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman serta tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.
Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.
Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kisahnya yang lebih 31 tahun menyemai kasih sayang bersama suami, Daud Leroy Abdullah yang menjadi inspirasi, pelakon Azah Aziz berkongsi pula foto terkininya bersama keluarga tercinta.
Hampir tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, bintang yang menetap di Montreal, Kanada kini bahagia harmoni bersama tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang menginjak dewasa.
“Married at 22, have my first born at 24, happily married for 28 years. Here my picture with my older son and last picture with all my 3 sons. I’m the queen in the house,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah menerusi hantaran terdahulu, Azah yang kini meniti usia 50an turut berkongsi foto lamanya sambil merakam memori indah.
“Picture 19 tu baru kenal, early 20’s tengah bercinta. Late 20’s dah kahwin anak seorang.
“30’s anak 3, 40’s anak-anak dah besar dan 50’s anak-anak dah boleh nak khawin, kita tunggu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi generasi 80-an dan 90-an, Azah yang juga bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 cukup bergiat aktif sebagai model selain lakonan.
Dia bagaimanapun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya seni demi mengikuti komitmen suaminya yang bekerja di luar Malaysia.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf, sekaligus meminta kepada mana-mana pihak yang mempunyai klip video dipercayai teaser lagu hari rayanya yang tular sebelum ini supaya memadamkannya.
Menyatakan perkara itu menerusi salah satu hantaran di Instagram baru-baru ini, Aliff turut meminta supaya ia tidak dipanjang-panjangkan.
“Maafkan saya… mohon yang ada video yang korang tak senang tu, delete lah. Tak payah dipanjang-panjangkan. Maaf ya sahabat-sahabat semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, hantaran yang telah menerima lebih 8,000 tanda suka menerima reaksi pelbagai warganet.
Terkini pada semalam, media melaporkan telefon bimbit dan kad sim milik Aliff yang dipercayai memuat naik video lagu hari raya telah disita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang dipetik berkata, peralatan komunikasi terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” katanya.
Terdahulu, MCMC telah meneliti klip video lagu hari raya yang dimuat pelakon filem Badang itu selepas mendapat kecaman orang ramai.
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...