Tahniah diucapkan kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang sukses memperbaiki ranking BWF bagi dirinya setelah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dunia.
Menerusi kemas kini terbaharu BWF melalui laman X ShuttleHard, bintang sukan itu mengatasi pemain perseorangan lelaki China, Li Shi Feng setelah mengambil kira mata tambahan selepas acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir kelmarin.
Lee Zii Jia kini berada di kedudukan keenam dunia dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 83,716 mata.
Ads
Sementara itu, juara dunia Kunlavut Vitidsarn memperoleh lonjakan ranking paling tinggi sebanyak +4 anak tangga untuk berada di kedudukan ke 4 dunia setelah pencapaiannya meraih pingat perak Sukan Olimpik Paris.
Ads
Tempat pertama dan kedua kekal milik Shi Yu Qi dari China dan Viktor Axelsen dari Denmark.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber, foto: Stadium Astro, Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin yang kini sedang hamil anak ketiga.
Pengumuman gembira itu dibuat Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri Arifin menerusi hantaran terkini yang dikongsikan menerusi Instagram, semalam.
Dalam video berkenaan, Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita ‘Welcome Little One’, sementara suaminya, Asyraf Khalid pula membaca ‘Baby Is On The Way’.
“Can you spot the announcement?,” tulisnya ringkas pada ruang kapsyen menerusi hantaran yang sudah pun menerima hampir 25,000 tanda suka itu.
Sementara itu, rakan selebriti dan peminat saling meninggalkan ucapan tahniah pada ruangan komen.
Rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin Tya selepas ini dipermudahkan.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kami mengambil masa juga untuk berkongsi mengenai perkara ini tapi perut saya sudah semakin membesar dan ada yang sudah boleh jangka.
“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran anak kecil ini yang kini semakin membesar di dalam perut saya,” tulisnya.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan itu juga, Tyra turut berkongsi reaksi suaminya, Emran Rijal dan ahli keluarga bila mengetahui mengenai kehamilannya itu.
Pada masa sama, Tyra turut berharap agar kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Kami juga bersyukur dan teruja kerana dapat melihat perkembangan bayi ini sejak beberapa bulan yang lalu.
“Masukkanlah Baby T&E di dalam doa kalian,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Tyra turut memberikan kata-kata semangat buat para suami isteri yang kini masih berusaha mendapatkan zuriat.
“Kepada mereka yang masih berusaha dan menantikan cahaya mata, saya titipkan rasa kasih dan sayang. Semoga dihadirkan keajaiban buat kalian,” ujarnya.
Sementara itu, Emran akui teruja dengan kehadiran cahaya mata dan berharap agar isterinya itu sentiasa diberikan kekuatan.
“Tiada kata untuk gambarkan betapa bersyukurnya saya mengenai hal ini. Semoga bayi dan mama sentiasa kuat,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat Tyra dan suami.
“Patutlah makin berseri-seri. Tahniah babygirl,” komen pengacara Adrina Adnan.
“MashaAllah. Tahniah buat kalian berdua. Alhamdulillah,” kata penyanyi Aisha Retno.
“Tahniah sayang. Selamat datang ke dunia ibu bapa,” kata pelakon Norreen Iman.
Kumpulan lawak lagenda, Senario Reunion akui teruja apabila turut diundang untuk membuat persembahan di acara muzik terbesar negara iaitu Hausboom Music Festival 2024.
Menurut pelawak, Azlee, acara seperti ini secara tidak langsung akan mengubati kerinduan peminat terhadap kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.
“Kami terlalu gembira bila pihak Hausboom menjemput kami untuk sama-sama buat persembahan di festival muzik ini. Kami tak sabar nak menghiburkan para peminat Senario.
“Banyak sangat yang tertanya-tanya bilakah Senario akan perform lagi. Dengan adanya pentas ini, dapatlah kami melepaskan kerinduan kepada peminat,” katanya kepada MH.
Kumpulan Senario Reunion ditemui ketika majlis sidang media Hausboom Music Festival 2024, baru-baru ini.
Sementara itu, pelawak popular, Saiful Apek pula menyifatkan undangan ini sebagai satu pengiktirafan buat pencapaian mereka selaku kumpulan lawak otai negara.
“Kami juga sudah terlupa dengan pencapaian-pencapaian kami sebelum ini. Namun, bila Hausboom mengingatkan kami kembali, ternyata sejarah itu tidak boleh dipadam.
“Jadi, kami berbesar hati untuk membuat persembahan bersama artis-artis seangkatan seperti Wings, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kami seronok bila dapat melengkapi festival muzik yang mempunyai pelbagai generasi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azlee akui tidak sabar untuk bertemu dengan barisan peminat Senario terutamanya daripada kalangan generasi baharu.
“Rata-rata mereka yang membesar ketika zaman-zaman Senario ini sudah pun berumah tangga. Jadi, anak-anak mereka yang baru lahir ini tahu mengenai kami menerusi ibu bapa mereka.
“Kami yang hiburkan mereka satu ketika dahulu. Secara tidak langsung, budak-budak ini pun kenal Senario. Malah, media sosial juga banyak memainkan karya-karya kami,” katanya lagi.
Pada masa sama, Apek turut berharap agar nama Senario ini akan sentiasa dikenang seperti mana seniman agong, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
“Jika melihat Allahyarham Tan Sri P Ramlee, walaupun beliau wujud ketika zaman hitam putih, tapi kesan warna-warni pada hidup kita itu kekal sehingga hari ini dan sampai bila-bila.
“Begitu jugalah yang kami mahukan untuk perjalanan Senario,” akhirinya.
Terdahulu, Senario merupakan antara 32 artis yang akan membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober ini di KL Base, Sungai Besi.
Selain Senario, antara barisan selebriti yang akan membuat persembahan adalah Dolla, Joe Flizzow, Exists, Bunkface dan ramai lagi.
Tiket sudah mula dijual bermula pada harga RM159 (Early Bird), RM189 (General Admission), RM349 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eira Syazira terkilan dengan sikap segelintir pihak yang mengecam anaknya, Ammara Sofea Rose susulan prestasi persembahan pada saingan minggu ketiga Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), Ahad lalu.