Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 39, tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof yang dilaporkan bakal bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.
Menurut Puteri Sarah, dia enggan mengeruhkan keadaan susulan hal yang diperkatakan ramai ketika ini.
“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.
“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.
“Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya.
Puteri Sarah turut menambah, dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.
“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan Syamsul sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Ia adalah pernikahan kedua Syamsul selepas berpisah dengan Puteri Sarah pada 14 Jun tahun lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 6 Januari tahun lalu, Syamsul mengakui sudah menikahi Ira di Thailand, sekaligus meleraikam teka-teki perhubungannya dengan wanita berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abang ipar kepada Allahyarham penyanyi Nidza Afham, Effie Amron memaklumkan jenazah Nidza telah selamat menjalani proses post mortem dan kini urusan memandikan jenazah sedang berjalan.
Sebaik sahaja urusan menandikan jenazah selesai, arwah Nidza bakal dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam
Pihak ahli keluarga telah pun diberikan kebenaran untuk melihat wajah Nidza buat yang terakhir kali.
Bagaimanapun, Effie memaklumkan pihak keluarga telah sepakat untuk hanya membenarkan adik beradik dan ibu bapa sahaja untuk melihah wajah Nidza buat terakhir kali sebelum dikebumikan.
“Saya minta semua untuk menghormati pihak keluarga dan arwah. Saya minta maaf sangat. Saya harap semua faham.
“Kami sebulat suara telah bersetuju,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam.
Terdahulu media melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.
Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun ibu tercinta, pelakon Nora Danish telah berkongsi gambar throwback ibunya, Sally Talib saat muda remaja.
Malah, menerusi perkongsian Nora di Instagram itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitip ucapan istimewa kepada ibunya.
“Today, 10th June is ur birthday Mama 💜 Alhamdullilah. Terima kasih Allah swt kerana jadikan Mama sebagai ibu Yg terbaik untuk atok. U are my father , my mother & my best friend !!
“U thought me so much about life, how to be strong , to be independent , to be happy 🙂 just happy & to appreciate dengan apa Yg ada Dan sentiasa bersyukur.
“U are my mentor , my idol & my everything… on ur birthday, atok doakan agar mama Di panjang kan umur , sihat selalu supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna , bahagia dunia akhirat, Di murah kan rezeki kami supaya dapat memberikan Apa Yg mama impikan , hajati. Atok sayang amieeeeee.
“Terima kasih diatas 37 tahun ini… I love u. @sallytalib,” kongsi Nora.
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal mendedahkan dia berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik – Api Neraka Menantimu!
Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama.
Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Arjin, 33, berkata, antara kejadian pelik dilalui ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.
“Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.
“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.
Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.
“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya lagi.
Bukan sahaja dirinya berdepan kejadian aneh, kata Arjin, ia turut dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.
“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan.
“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya.
“Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya jujur.
Mengulas mengenai lokasinya pula, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.
“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi.
“Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan. Ketika di tanah perkuburan, saya dapat merasakan sesuatu menyentuh belakang leher.
Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.
Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.
“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir.
“Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.
Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.
“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu. Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu.
“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya lagi.
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysi pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...