Penyanyi asal Singapura, Nana Karia mendedahkan single terbarunya yang berjudul ‘Meski’ diilhamkan menerusi pengalaman menakutkan yang pernah berlaku didalam hidupnya sebelum ini.

‘Meski’ merupakan lagu hasil kolaborasi Nana bersama penyanyi popular Malaysia, Ezad Lazim.

Menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Hasanah Zakaria, dia pernah hampir kehilangan nyawa sewaktu menjalani pembedahan bagi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

“Soal Mati Ini Berat Untuk Dibincangkan Suami & Isteri,”- Nadi Terhenti Ketika Buat IVF Kedua, Lagu Jadi ‘Wasiat’ Nana Karia & Ezad Lazim Kepada… “Soal Mati Ini Berat Untuk Dibincangkan Suami & Isteri,”- Nadi Terhenti Ketika Buat IVF Kedua, Lagu Jadi ‘Wasiat’ Nana Karia & Ezad Lazim Kepada…

“Lagu ini sebenarnya ditulis sewaktu pengalaman saya menjalani prosedur ivf untuk kali yang kedua. Selepas tujuh tahun berkahwin, saya masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, saya mencari alternatif dengan membuat iui dan ivf sebanyak dua kali.

“Sewaktu ivf kedua, semasa satu prosedur pembedahan, saya ditidurkan untuk mengeluarkan telur. Ketika itu, saya telah kehilangan nadi dalam 10 saat atau kata lainnya saya tak bernyawa selama 10 saat.

“Bila dah sedar, pakar bedah menasihatkan saya untuk tidak melakukan IVF lagi buat masa sekarang dan berehat dulu dalam masa satu atau dua tahun,” katanya kepada MH.

IKLAN

Penyanyi berusia 42 tahun itu ditemui ketika majlis pelancaran lagu ‘Meski’ yang diadakan di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Soal Mati Ini Berat Untuk Dibincangkan Suami & Isteri,”- Nadi Terhenti Ketika Buat IVF Kedua, Lagu Jadi ‘Wasiat’ Nana Karia & Ezad Lazim Kepada… “Soal Mati Ini Berat Untuk Dibincangkan Suami & Isteri,”- Nadi Terhenti Ketika Buat IVF Kedua, Lagu Jadi ‘Wasiat’ Nana Karia & Ezad Lazim Kepada…

Tambahnya lagi, insiden tersebut nyata memberikan tamparan hebat buat suaminya yang jelas sekali takut akan kehilangan isteri tercinta.

Malah, Nana juga mahu suaminya itu untuk meneruskan kehidupan andai umurnya tidak panjang.

IKLAN

“Bila suami diberitahu mengenai insiden kehilangan nadi itu, terus dia tak izinkan saya buat IVF lagi. Dia kata tiada anak pun tak mengapa. Saya melihat dia seperti takut dan tidak boleh terima kalau kehilangan saya. Katanya hanya kita berdua sampai tua pun tak mengapa.

“Saya nampak dia pun macam tak lalu makan bila memikirkaa perkara ini. Beza umur saya dan suami adalah sembilan tahun. Kenyataannya, yang tua akan pergi dahulu. Hal ini membuka topik untuk saya dan suami berbicara tentang kematian.

“Kerana itu saya menulis lagu Meski ini. Saya nak ingatkan dia, kalau saya pergi dulu, saya nak dia teruskan hidup dan jangan meratap. Soal kematian ini memang berat untuk dibincangkan oleh pasangan suami isteri.

“Dalam lirik lagu ini, saya mahu dia terus kuat. Kalau saya tiada nanti dan ditakdirkan dia ditemukan jodoh, kahwin sahajalah. Saya nak dia bahagia,” ujarnya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, Ezad turut merasakan lagu ini sangat dekat dengan kisah kehidupannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Soal Mati Ini Berat Untuk Dibincangkan Suami & Isteri,”- Nadi Terhenti Ketika Buat IVF Kedua, Lagu Jadi ‘Wasiat’ Nana Karia & Ezad Lazim Kepada…

“Sebelum ini, kesihatan saya pun agak tidak menentu. Saya pun asyik sakit. Saya juga ada memikirkan yang umurkan saya ni mungkin tak panjang. Tapi tuhan masih beri peluang kepada saya.

“Bila selalu sakit ni, memang adakalanya kita akan bersedih. Saya ada berbincang dengan isteri, kalau saya tiada nanti macam mana dengan keluarga saya. Sekurang-kurangnya saya dapat luahkan apa yang saya rasai melalui lagu ini,” kongsinya.

Terdahulu, Meski kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik video pula boleh ditonton di saluran Youtube Jaybon Music Production.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI