Selepas terpalit kontroversi susulan klip video klip lagu duet Baby Sayang bersama Baby Shima yang dianggap keterlaluan, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 35, akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Menurut Aliff, apa yang berlaku selama ini adalah kesalahan dirinya sendiri kerana menyanyi merupakan hobinya yang dibuat untuk tujuan secara suka-suka dan hiburan semata-mata.
Biarpun menerima kecaman berhubung taktik pemasaran yang digunakan, Aliff bagaimanapun menjelaskan, video klip lagu tersebut langsung tidak memaparkan dirinya bersentuhan dengan Baby Shima.
“Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya ada kelakuan saya tak kisahlah mengenai apa jua, lagu ke apa.
Ads
“Saya sangat-sangat mohon maaf terutama kepada mak saya, isteri dan keluarga. Sebab ini kesalahan daripada saya. Saya buat benda ini sebagai hobi. Saya buat benda ini hanya kongsi dalam media saya untuk suka-suka,” katanya dalam video dimuat naik dalam laman Instagram miliknya.
Tambah usahawan itu lagi, memang menjadi impiannya sejak dahulu untuk bergelar penyanyi tetapi kehadirannya dalam industri bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana artis lain.
Ads
“Saya tak suka bergaduh, saya suka kebaikan. Jujurnya saya sendiri tak pasti kenapa orang suka kecam saya. Apa salah saya awak?
“Saya juga tidak pernah marah atau bergaduh dengan mana-mana pihak,” luahnya.
Ads
Terdahulu, Aliff dan Baby Shima dikecam kerana didakwa menari agak keterlaluan dalam muzik video lagu Baby Sayang.
Sejak ia mula dilancarkan pada minggu lalu, muzik video single tersebut menjadi trending di laman perkongsian video YouTube.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar duka dikongsi oleh pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad pada pagi 19 Ogos 2022 mengenai pemergian abang sulungnya ke negeri abadi. Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina memaklumkan yang abangnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad meninggal dunia sama usia dengan arwah bapanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina meluahkan kata mengenai abang sulung kesayangannya itu. “Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta.Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk Ummi.
“Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang.Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam. Gelak sama-sama. Macam-macm juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia,” ujarnya.
Lebih menyentuh hati, dalam perkongsian itu juga Uyaina yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya berkongsi bahawa abangnya meninggal dunia pada hari jadi ibunya sendiri.
Luahnya, “Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata-kata. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang.Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar.
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Janna Nick mendedahkan dia sememangnya berhadapan dengan cabaran yang sangat berat sewaktu menjalani penggambaran filem, Juang.
Sewaktu melakonkan filem sarat emosi itu, Janna memberitahu, dia sebenarnya sedang berada dibawah pengaruh ubat anti depressi.
Katanya lagi, situasi tersebut menjadikan dirinya agak tertekan lebih-lebih lagi apabila perlu memaksa diri untuk menghayati setiap babak yang telah dipertanggungjawabkan.
“Kalau bercakap mengenai cabaran untuk menunjukkan perasaan ketika membawakan watak berat ini, saya tak biasa untuk menilai dan tak reti nak mengagungkan lakonan saya sendiri.
“Nak dijadikan cerita, ketika penggambaran filem ini, itu adalah kali pertama saya mengambil ubat bipolar. Sejujurnya saya memang sangat kecewa.
“Pada waktu itu, saya memang tiada perasaan langsung dan saya kena paksa emosi itu keluar sebab saya dah makan ubat anti depressi untuk menghentikan segala rasa dalam diri.
“Bayangkan dalam keadaan sebegitu, saya kena berlakon serta wajah sugul dan sembab yang ditunjukkan dalam filem ini memang real. Mata saya itu pun bukan dibuat-buat,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Gatal ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Juang yang berlangsung di Pavillion pada Selasa.
Dalam pada itu, Janna memaklumkan situasi tersebut sememangnya sudah diketahui oleh pengarah dan penerbit.
“Pengarah dan penerbit memang tahu mengenai perkara ini. Ada babak yang saya request untuk buat sekali lagi sebab saya sangat kecewa kerana tak boleh sampaikan watak itu dengan baik disebabkan pengaruh ubat tersebut.
“Bagaimanapun, pengarah mengatakan lakonan saya okay. Namun, saya sendiri tak tahu keadaan saya waktu itu. Apa yang kalian tengok ini adalah usaha yang sudah saya buat sehabis baik. Sebelum ini, saya tak pernah rasa tension seperti ini,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, disebabkan kesan yang melampau, pelakon asal Sungai Petani, Kedah ini memutuskan untuk berhenti daripada mengambil ubat tersebut selepas dua bulan bagi memastikan kerjaya seninya tidak terganggu.
“Memang betul sebab keadaan seperti ini sangat mengganggu kerja-kerja saya. Walaupun saya hanya mengambil ubat tersebut sebelum tidur, tapi kesannya adalah 24 jam dan saya akan tiada perasaan sepanjang hari.
“Ia juga buatkan saya amat mengantuk. Setiap kali director cut, saya akan tidur. Saya dah macam mayat bergerak. Saya jalani penggambaran dalam keadaan saya yang kurang stabil.
“Saya mengambil ubat tersebut selama dua bulan dan ketika penggambaran filem ini, itu adalah dua minggu yang pertama. Orang yang pernah mengambil ubat anti depressi dos pertama ini, mereka akan tahu betapa kuat kesannya.
“Sebelum saya putuskan untuk berhenti, saya dah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan bagitahu ubat yang sebelum ini tak sesuai dengan kerja saya. Kalau nak tukar ubat lain pun tak boleh juga. Jadi, saya berhenti,” akhirinya.
Terdahulu, Juang merupakan filem yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang betungkus lumus menjaga keselamatan negara sewaktu krisis pandemik Covid-19.
Filem ini diarahkan oleh lima pengarah terkenal iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia serta Osman Ali.
Selain Janna, Juang turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperi Zizan Razak, Zul Ariffin, Sangeeta, Steve Yap dan ramai lagi.
Juang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...